5 Kelebihan Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil. Jom Amalkan!

minyak zaitun untuk ibu hamil
[rank_math_breadcrumb]

Umumnya, kita sedia maklum bahawa terdapat banyak manfaat minyak zaitun untuk ibu hamil. Sebelum kita mengenal dengan lebih lanjut manfaat tentang minyak zaitun, elok juga kalau kita kupas sedikit tentang jenis minyak zaitun yang terbaik yang terdapat di pasaran.

Jenis-jenis Minyak Zaitun

Di Malaysia, antara jenis minyak zaitun yang kita biasa dengar adalah pure olive oil, virgin olive oil, dan extra virgin olive oil. Ketiga-tiga jenis minyak zaitun ini minyak zaitun dari jenis extra virgin olive oil (EVOO) adalah yang paling berkualiti di mana ia berasal dari hasil perasan pertama buah zaitun. Minyak zaitun extra virgin ini mengandungi jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi, tidak ada bahan kimia tambahan, jernih, lembut, bertekstur, keasidannya kurang dari 1%. Ia boleh digunakan sebagai salad dressing, atau diminum terus dari sudu sebagai suplemen tambahan, atau disapukan pada badan. Pilihan kedua terbaik adalah virgin olive oil, dan seterusnya pure olive oil.

Selain daripada 3 jenis minyak zaitun yang disebutkan di atas, terdapat lagi beberapa jenis minyak zaitun yang kurang berkualiti atau bergred rendah kerana ia telah dicampur dengan bahan kimia dan diproses seperti pomace olive oil dan lite live oil.

5 Kelebihan Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil

Berikut adalah kelebihan minyak zaitun untuk ibu hamil:

1. Mengurangkan Stretch Mark

Minyak zaitun mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk ibu hamil, terutamanya yang mengalami masalah kulit kering atau stretch mark. Untuk mengurangkan regangan dan kegatalan, kandungan vitamin E yang terdapat di dalamnya sangat baik untuk mengekalkan kelembapan secara semulajadi.

Selain itu, kandungan squalane yang terdapat dalam minyak zaitun extra virgin menjadikannya sebagai salah satu kandungan utama dalam pelbagai produk kosmetik.

Caranya, oleskan sedikit minyak zaitun pada kulit dengan perlahan-lahan di kawasan yang kering atau stretch mark. Seeloknya, cuba dalam kuantiti sedikit dahulu dan tunggu beberapa minit untuk melihat jika timbul sebarang reaksi.

2. Meningkatkan Sistem Pertahanan Tubuh Ibu & Bayi

Manfaat minyak zaitun berikutnya adalah meningkatkan sistem kekebalan tubuh, terutama bagi ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, lebih-lebih lagi pada fasa awal kehamilan.

Vitamin A yang tinggi dalam minyak zaitun berpotensi mencegah risiko penyakit seperti demam pada ibu hamil. Selain itu, sebuah jurnal melalui National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun untuk ibu hamil didapati mengurangkan risiko lelah atau wheezing pada bayi seawal tahun pertama kelahirannya. Selain itu, ia mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan ibu hamil dan juga bayi.

3. Mencegah Sembelit

Sembelit adalah salah satu masalah yang kerap muncul sejak seorang wanita mula hamil. Medical News Today melalui laman web mereka menjelaskan bahawa minyak zaitun berkesan untuk menjadi penawar semulajadi bagi masalah

Ini kerana, lemak sihat yang terdapat dalam minyak zaitun boleh melembutkan najis dan memudahkannya untuk disingkirkan melalui usus. Minyak zaitun juga membantu najis memerangkap lebih banyak air, lalu mengelakkan najis daripada menjadi keras.

4. Melengkapi Nutrisi

Minyak zaitun kaya dengan pelbagai nutrisi yang penting untuk perkembangan bayi dan keperluan ibu hamil seperti lemak, protein, kalori, zat besi, vitamin E, vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 dan juga Vitamin C.

Di samping itu, ia membantu tubuh agar penyerapan nutrisi berlaku secara optimum.

5. Memudahkan Kelahiran

Salah satu petua memudahkan kelahiran adalah dengan melakukan urutan perineum pada bahagian faraj apabila menjelang tarikh kelahiran. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

Selain melakukan urutan tersebut, minyak zaitun juga boleh diminum dalam kuantiti 1-2 sudu setiap hari.

minyak zaitun untuk ibu hamil
Foto Kredit: stylecraze.com

Boleh Terus Diamalkan Sehingga Selepas Bersalin

Begitu banyak manfaat minyak zaitun untuk ibu hamil, malah ia juga boleh terus diamalkan sehingga selepas bersalin dan juga seisi keluarga.

Walaubagaimanapun, bersederhanalah dalam kuantiti yang diambil kerana apa saja jenis makanan tidak seharusnya diambil secara keterlaluan.

Kongsikan Artikel Ini

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah