- Otak Bayi- Walaupun bayi tidak lagi membesar seperti sebelum ini, otaknya masih terus membesar. Saiz otak bayi kini 30% lebih besar berbanding empat minggu lepas.
- Kulit Putih – Kulit bayi yang berwarna pink kini mula beransur berubah menjadi putih atau gelap sedikit. Kulit bayi tidak mempunyai pigmen sehinggalah hampir bersalin nanti.
- Berat Bayi – Berat bayi kini sudah mencecah berat yang sepatutnya ketika dia lahir nanti.
Otak bayi sedang pesat membesar dan jadi semakin bijak. Kuku bayi juga mungkin sudah melepasi hujung jarinya sendiri.
Doktor akan menjalankan imbasan ultrasound untuk mengenal pasti tahap kesihatan bayi di samping menjalankan pemeriksaan lain.
Sekarang hanyalah masa untuk menunggu tanda tanda yang menunjukkan bayi anda mahu keluar.
Anda boleh mengamalkan tips-tips di artikel ini bagi membantu proses bukaan rahim anda.