15 Tanda-Tanda Mengandung Yang Boleh Tahu Sebelum Missed Period

[rank_math_breadcrumb]

Sudah beberapa hari badan anda rasa tidak selesa. Period anda juga sudah miss beberapa hari. Anda rasakan satu perasaan yang unik. Anda pasti yang ovum sudah pun bertemu dengan sperm, tapi anda mahukan sesuatu yang lebih meyakinkan.

Tanda-tanda mengandung awal berbeza-beza mengikut tempoh dan kekerapan. Sesetengah wanita, boleh mempunyai tanda seawal minggu pertama. Bagi anda yang kali pertama mengandung mungkin tidak perasan.

Jadi jom baca tentang tanda-tanda mengandung awal yang boleh anda perhatikan walaupun anda masih belum lagi missed period.

Bilakah simptom mengandung akan mula muncul?
Tanda dan Simptom Garis Masa
Tompok darah dan senggugut Minggu 1-4
Terlepas haid Minggu ke 4
Kejang Minggu 4 atau 5
Mual dan Loya (Morning Sickness) Minggu 4 hingga 6
Payudara gatal-gatal Minggu 4 hingga 6
Kerap kencing Minggu 4 hingga 6
Perut rasa penuh Minggu 4 hingga 6
Senang pening kepala bila naik kenderaan Minggu 5 hingga 6
Beremosi dan senang berubah mood Minggu ke 6
Suhu badan berubah-ubah Minggu ke 6
Tekanan darah tinggi Minggu ke 8
Sangat letih dan pedih ulu hati Minggu ke 9
Jantung berdegup laju Minggu ke 8 hingga 10
Perubahan payudara dan puting Minggu ke 11
Jerawat mula naik Minggu ke 11
Kenaikan berat badan Minggu ke 11
Muka berseri-seri Minggu ke 12

Sumber : Healthline.com

15 Tanda-Tanda Mengandung Awal Yang Paling Jelas Kelihatan

Berikut adalah tanda-tanda hamil yang boleh anda perhatikan seawal minggu pertama atau sebelum lewat datang haid yang seterusnya.

1. Perubahan Pada Payudara

Seawal 2 minggu pertama selepas percantuman antara sperm dan ovum (persenyawaan), perubahan hormon akan berlaku dan menyebabkan payudara membengkak dan mengeras.

Ini juga adalah persediaan awal tubuh badan untuk proses penghasilan susu dan penyusuan bayi nanti. Areola (warna hitam di sekeliling puting anda) juga mungkin berubah warna menjadi lebih gelap dan membesar ukur lilitnya.

Bagi sesetengah wanita, perubahan ini mungkin sama seperti ketika hendak datang bulan, dan sesetengah wanita yang lain merasakan simptom ini lebih jelas dan berbeza apabila hendak hamil.

Menurut laman web kesihatan The Health Line, keadaan ini akan berterusan selama 1-2 minggu selepas proses pembenihan berlaku. Selain itu, ia juga disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron dan estrogen dalam tubuh wanita hamil.


2. Tompokan Pendarahan Atau ‘Spotting’

Kadang-kadang terdapat tompokan darah akan keluar dari vagina anda. Pendarahan ini berlaku apabila embryo mula menempel ke dinding rahim anda. Biasanya berlaku kira-kira 10-14 hari selepas sperm dan ovum bercantum buat pertama kali.

Pendarahan ini warnanya lebih terang, dalam bentuk tompokan dan hanya keluar dalam tempoh yang singkat berbeza dengan darah haid yang lebih pekat dan keluar dalam tempoh lebih lama.

Sebahagian wanita juga akan merasai kekejangan seperti senggugut. Sakitnya lebih kurang sama seperti anda senggugut biasa. Mungkin ada yang keliru dan menyangkanya sebagai haid, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kitaran yang tidak tetap.

Namun, berbeza dengan haid, pendarahan ini biasanya amat sedikit dan tidak akan memenuhi ‘pad’ mahupun ‘panty liner’ yang digunakan.


3. ‘Cramp’, Senggugut atau Kembung Perut

Apabila berlakunya pendarahan, sesetengah wanita akan merasai sedikit sakit, kejang, atau terasa kembung pada bahagian perut.

Kesakitan ini diakibatkan oleh terhentinya produksi hormon progesteron dari corpus luteal setelah hadirnya sel plasenta. Perut juga terasa kejang kerana otot rahim yang meregang apabila hadirnya janin. Walaubagaimanapun, kesakitannya adalah masih terkawal.

Maka, sekiranya anda merasakan kesakitan yang kuat, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor.


4. Rasa Loya & Mual-Mual ‘Morning Sickness’

Gejala mual atau muntah merupakan tanda-tanda mengandung yang paling popular. Rasa mual dan morning sickness biasanya mula terjadi seawal minggu ke-4 – minggu ke-6. Ia sering berlaku ketika awal pagi, iaitu apabila bangun tidur. Sebab itulah ia digelar dengan nama ‘morning sickness’. Walaubagaimanapun, sebenarnya perasaan loya ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan ada yang melaluinya hingga tempoh hampir bersalin.

Sebenarnya, ia disebabkan oleh peningkatan asid pada perut akibat bertambahnya paras hormon estrogen. Selain itu, ia juga berkait rapat dengan hormon HCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang mulai dihasilkan oleh plasenta.

Kira-kira 50% wanita akan muntah dan loya semasa trimester pertama kehamilan mereka. Bagi sesetengah bakal ibu, rasa mual dan loya ini akan berakhir semasa trimester kedua, tetapi ada juga yang berlaku sepanjang tempoh kehamilan.

Tips Mudah

  • Letakkan biskut atau roti di tempat tidur anda dan makan sebaik sahaja anda bangun dari tidur
  • Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

5. Sensitif Terhadap Bau & Cerewet Dengan Makanan 

Ada kalanya wanita akan menunjukkan perangai pelik seperti mengidam dan berubah selera makan. Ini terjadi kerana berlakunya perubahan hormon yang ketara semasa awal kehamilan. Salah satu sebabnya adalah kerana sensitiviti yang dimilikinya ini. Malah, mual dan muntah yang dialami juga berkait rapat dengan peningkatan sel saraf pada bau-bauan tertentu.

Jadi, tidak hairanlah kadangkala makanan biasa dimakan setiap hari sebelum ini pun tiba-tiba membuat anda berasa sensitif, terutama yang beraroma kuat seperti telur dan bawang.

Satu kajian ada dilakukan bagi mengkaji hubungan antara bau dan kehamilan. Para pengkaji mendapati ibu hamil lebih sensitif dengan bau semasa di trimester pertama kehamilan mereka.

Pastikan beritahu suami anda bagi menjadikan suami anda lebih sabar melayan karenah anda.


6. Lendir atau Keputihan (Cervical Mucus)

Selain pendarahan, barangkali anda akan merasai keluarnya cairan dari vagina yang mirip dengan keputihan. Sekiranya anda sering merekod kitaran haid anda untuk persediaan mengandung, anda mungkin sudah mengetahui yang lendir di pangkal rahim anda akan menebal dan bertambah semasa proses persenyawaan berlaku.

Lendir cecair ini biasanya tidak berbau dan tidak gatal. Jika sebaliknya, berjumpalah doktor kerana dikhuatiri anda mengalami jangkitan.

Lendir ini juga memainkan peranan yang sangat penting bagi menghalang serangan bakteria dan virus terhadap embrio anda. Kesan dari itu, lendir ini juga akan mengalir keluar menerusi vagina anda lebih dari biasa.

Ini juga boleh menjadi tanda awal kehamilan anda.


7. Kerap Ke Tandas Untuk Kencing

Menurut BabyCenter, sebaik saja anda mengandung, perubahan hormon hCG – yang juga dikenali sebagai hormon mengandung – akan menyebabkan anda ingin kencing walaupun saiz embryo masih lagi kecil dan tidak menekan salur pundi kencing anda.

Hormon ini akan menyebabkan peningkatan saliran darah melalui buah pinggang. Hal ini menyebabkan buah pinggang anda terisi dengan lebih cepat, lalu anda perlu berulang-alik ke tandas dengan lebih cepat.

Kekerapan untuk kencing ini boleh berterusan apabila bertambahnya usia bayi dalam kandungan akibat tekanan pada bahagian pundi kencing, seiring dengan peningkatan berat badan bayi.


8. Cepat Letih

Keletihan tanpa sebab dapat menjadi tanda-tanda mengandung yang paling jelas dan nyata, terutamanya pada awal kehamilan.

Ini kerana tubuh badan anda mengalami peningkatan kadar hormon progesteron di samping perubahan isipadu darah, denyutan jantung, serta metabolisme tubuh. Peningkatan hormon ini juga membuatkan anda rasa mengantuk.

Sebaiknya ketika ini, anda mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.


9. Jantung Berdebar Dan Berdegup Dengan Lebih Kerap

Semasa minggu ke8 hingga minggu ke-10. jantung anda mula berdegup dengan lebih cepat dan kuat. Simptom jantung berdebar atau arrhythmias (degupan jantung berubah-ubah) adalah normal semasa hamil kerana berlakunya perubahan hormon dalam badan.

Selepas dari simptom ini, pengaliran darah ke janin akan mula berlaku. Sekiranya anda ada masalah jantung, seeloknya anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.


10. Sakit Gigi

Sistem imun anda yang lemah ketika mengandung membuatkan bakteria pada gigi mula-mula bertindak.

Ditambah pula badan anda mula menghasilkan darah dengan lebih banyak untuk diberikan kepada bayi anda, anda mungkin akan mengalami pembengkakan pada gusi anda.

Bengkak gusi ini membuatkan gusi mudah berdarah dan menjadi salah satu dari tanda-tanda kehamilan yang awal.


11. Rasa Sejuk Walaupun Tengah Panas

tanda tanda hamil rasa sejuk

Di peringkat awal kehamilan, sistem imun dan pertahanan tubuh anda akan cuba untuk menyerang embrio anda kerana badan mengenal pasti embrio sebagai anasir asing. Jadi, hormon progestrone akan memastikan perkara ini tidak terjadi.

Oleh sebab itu, ketika ini, virus dan bakteria juga mula bertindak dan ini menyebabkan anda rasa sejuk-sejuk badan walaupun dibawah terik matahari.

Jangan risau. Simptom ini biasanya berlaku dalam tempoh kira-kira 2 minggu sahaja.

Tips Mudah

  • Buat senaman ringan bagi memanaskan badan anda
  • Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas atau lebih sehari

12. Tekanan Darah Lebih Tinggi Dan Pening Kepala

Dalam kebanyakan kes, tekanan darah anda akan tinggi semasa di awal kehamilan. Ini kerana salur darah anda akan mengembang bagi menghantar darah kepada bayi anda.

Ini sekaligus menyebabkan anda pening dan sakit kepala. Selalunya simptom ini tidak dapat dikenal pasti dengan jelas. Paling baik sekiranya anda sering merekod tekanan darah anda bagi mengenalpasti sekiranya berlaku apa-apa perubahan.

Tips Mudah

  • Belajar untuk merekod tekanan darah anda dengan lebih kerap
  • Minum air dengan cukup dan amalkan makan snek sihat dengan lebih teratur
  • Lakukan rutin senaman yang sesuai dengan ibu hamil

13. Rasa Tak Sedap Di Lidah Seperti Rasa Besi

Ini mungkin antara simptom mengandung yang paling pelik. Lidah anda rasa tak sedap seperti rasa besi walaupun selepas anda makan.

Rasa aluminium dan besi ini terjadi kerana berlakunya perubahan hormon dalam badan anda. Menariknya, rasa ini juga ada istilah perubatannya iaitu dysgeusia.

Kadar hormon estrogen memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan rasa pada lidah. Jadi, sehingga hormon ini stabil, anda mungkin akan mengalami rasa ini sehingga awal timester kedua sebelum ianya hilang.


14. Muka Lebih Berseri-seri Dan Jerawat Mula Naik

Mungkin ada sesetengah kawan anda yang menegur muka anda nampak lebih bercahaya dan berkilat semasa mengandung. Ini terjadi apabila kadar hormon yang tinggi beserta pertambahan kuantiti darah dalam badan membuatkan lebih banyak darah mengalir menerusi salur darah.

Ini menyebabkan kelenjar minyak pada kulit anda untuk bekerja lebih keras. Aktiviti ini menghasilkan kulit wajah yang lebih bercahaya. Efeknya, jerawat juga mungkin akan mula mengganggu muka anda.


15. Perubahan Mood Dan Emosi

Selain perubahan fizikal, perubahan hormon juga dapat membuat anda merasa lebih emosional.

Dari tanda tanda sebelum ini, anda pasti sudah tahu yang perubahan hormon memainkan peranan dalam kesemua simptom simpton mengandung.

Jadi, ianya normal semasa di awal mengandung untuk emosi dan mood anda sentiasa berubah-ubah. Tidak dinafikan, seorang wanita dapat meneka dan mempunyai keistimewaan ‘sixth sense’ untuk mengetahui perubahan yang berlaku dalam dirinya.

Kadang kadang hanya kerana perkara kecil anda boleh merajuk dengan suami anda. Jadi, pastikan anda beritahu suami anda bagi mengelakkan suami anda berkecil hati dan lebih sabar melayan karenah anda. Ya lah..buat anak dah sama-sama, jadi besarkan anak pun mestilah bersama-sama juga kan?


Apakah Cara Dan Waktu Terbaik Untuk Mengenal Pasti Yang Saya Mengandung?

Kesemua tanda-tanda di atas hanya sekadar tanda dan tidak boleh digunakan untuk memastikan yang anda benar-benar telah mengandung.

Hanya satu cara untuk anda lebih YAKIN dan PERCAYA iaitu dengan membuat ujian air kencing setelah anda missed period anda. Anda boleh membeli kit pregnancy test di farmasi berdekatan anda. Sekiranya digunakan dengan betul, ujian ini boleh mencecah sehingga 99% ketepatan.

Waktu terbaik untuk anda menjalan ujian ini ialah 7 hari selepas anda missed period anda dan dilakukan sebaik sahaja anda bangun dari tidur iaitu ketika hormon hCG sedang tinggi.

Saya Dah Buat Ujian Kehamilan, Tapi Resultnya Negatif. Tapi Saya Ada Tanda-Tanda Di Atas. Apa Perlu Saya Buat?

Untuk pengetahuan anda, pregnancy test berfungsi dengan mengenal pasti hormon hCG dalam badan anda. Hormon ini hanya wujud semasa minggu awal mengandung (trimester pertama).

Kadar hormon ini juga agak rendah di awal-awal kehamilan anda. Jadi, apa yang perlu anda buat ialah tunggu sehingga beberapa hari atau paling baik 1-2 minggu sebelum melakukan ujian kehamilan sekali lagi.

Hormon hCG sentiasa bertambah setiap hari dan akan meningkat paling tinggi ketika anda hamil minggu ke-8 hingga minggu ke-11.

Jadi, dengan mengetahui kitaran haid, hormon dan perubahan badan anda, ianya akan membantu untuk anda membuat dan mendapat keputusan ujian kehamilan yang lebih baik.

Sekiranya masih lagi negatif keputusannya, jangan stress! Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. InsyaALLAH rezeki anda akan sampai juga nanti. Teruskan berusaha.

Untuk belajar cara kitaran haid anda, boleh klik sini.

Apa Perlu Saya Buat Setelah Saya Positif Mengandung?

Setelah ujian kehamilan menunjukkan double line, segeralah bertemu doktor bagi menjalankan ujian scan pula bagi mengenal pasti kantung bayi anda dan tahap kesihatan anda.

Pada minggu ke 8 dan ke atas, anda sudah pun boleh untuk membuka buku merah.

Tahniah kami, Zuriat.my, ucapkan kepada anda. Moga-moga sepanjang kehamilan anda akan dimudahkan dan memperolehi proses bersalin yang senang dan tenang nanti.

Rujukan : MamaNatural.com, HealthLine.com
Sumber Gambar : Shutterstock.com

Kongsikan Artikel Ini

292 Comments

  1. 13 hari sebelum sya period ttbe kluar tompok coklat dngn merah jambu pda 11/3 lps tu dh xde dh lps tu 13/3 dy kluar lg tapi sikit jgk.sy dh upt tapi negetif.kalau ikutkn tarikh period kalau mngdung baru 2 minggu tapi kenapa ya sy upt negetif

  2. Hai.. saya baru period 2 minggu lepas. Tapi beberapa hari ne sy mula ada simptom seperti nk makan mcm2 tapi bila beli mkn skit je.. mcm mengidam. Ada keluar spot kemerahan skit waktu sy buang air. Vagina saya pula kdg2 mcm basah tp x berbau. Mula cramp di bahagian tengkuk. Tekak loya asyik nk mkn asam. Craving coffee and benda2 manis.. ada kah ini antara tanda awal kehamilan. Trm kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah