
Minggu ini bayi anda sudah sebesar buah lemon dengan ukurannya sepanjang 2.9 inci dan seberat 22.96 gram.
Manakala anda sudah pun memasuki bulan ke tiga kehamilan. Minggu ini ialah minggu terakhir bagi trimester pertama kehamilan anda. Tahniah kami ucapkan.
Anda mungkin mula perasan yang simptm kehamilan anda mula berubah sedikit pada minggu ke 13 ini. Salah satunya ialah kurang rasa loya dan mual atau pun rasa mahu tidur. Selain itu juga, anda juga mungkin mengalami keadaan dibawah:
Bagi ibu yang hamil anak kembar, anda mungkin masih lagi merasai simptom simptom kehamilan di fasa trimester pertama seperti loya dan muntah. Ini kerana kandungan hormon hCG anda lebih banyak dari ibu yang hamil seorang bayi sahaja.
Pada minggu ke 13, tulang kecil mula terbentuk di bahagian kaki dan tangan bayi anda. Selain itu, bayi juga mula pandai menggerakkan jari-jarinya dan mungkin boleh memasukkan jarinya ke dalam mulut (satu habit yang sangat bagus buat bayi kerana mampu menenangkan dirinya selepas kelahiran nanti)
Usus bayi juga mengalami perubahan yang besar dan mula bergerak ke bahagian abdomennya.
Untuk memastikan keperluan janin anda dipenuhi seiring dengan tumbesarannya, plasenta juga turut membesar dan membuatkan berat anda bertambah. (Jadi, berat badan bukan sahaja dipengaruhi pemakanan anda).
Peti suara juga mula terbentuk pada minggu ini, tetapi disebabkan sifat bunyi yang tak dapat melalui janin, anda tak dapat lagi mendengar tangisan bayi anda.
TIPS MINGGU INI
Ajak suami anda untuk menemani anda melakukan checkup di klinik dan sama sama mendengar degupan jantung bayi anda.
Sekiranya anda pernah mengalami keguguran sebelum ini, bincang dengan doktor terlebih dahulu sekiranya anda mahu melakukan hubungan seks dengan suami anda bagi mengelakkan dari perkara-perkara yang tak diingini.