Kencing Kotor Selalu Berlaku Semasa Hamil. 5 Perkara Ini Perlu Tahu

kencing kotor semasa hamil
[rank_math_breadcrumb]

Menurut sumber, hampir 10% wanita cenderung dijangkiti penyakit kencing kotor semasa hamil. Ia berpunca daripada jangkitan bakteria pada sistem urinari tubuh yang meliputi bahagian ginjal, ureter, pundi kencing, dan uretra.

Secara umumnya, ia bukanlah penyakit yang merbahaya dan boleh berlaku kepada sesiapa saja. Namun, ia boleh memberi kesan negatif kepada kehamilan sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

5 Perkara Perlu Tahu Tentang Kencing Kotor Semasa Hamil

Berikut adalah 5 perkara yang perlu diketahui tentang kencing kotor semasa hamil.

1. Punca Jangkitan Kencing Kotor Semasa Hamil

Disebabkan perubahan kondisi saluran kencing pada wanita hamil – di mana rahim yang semakin membesar menghimpit bahagian pundi kencing, ia mengakibatkan air kencing tidak dapat dikosongkan dengan efektif daripada pundi kencing. Apabila keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan jangkitan.

Jangkitan inilah yang dikenali sebagai kencing kotor atau urinary tract infection.

kencing kotor semasa hamil
Foto Kredit: healthtap.com

2. Tanda Kencing Kotor Semasa Hamil

Kencing kotor boleh diatasi dengan mudah dan cepat sekiranya ia dikesan awal. Oleh itu, sekiranya berhadapan dengan tanda-tanda ini, cepat-cepatlah pergi membuat pemeriksaan di klinik.

  • Lebih kerap kencing berbanding biasa, ada kalanya secara tiba-tiba (Kencing tak lawas)
  • Masalah / kesakitan semasa hendak membuang air kecil
  • Rasa perit atau cramp pada bahagian belakang, punggung dan perut
  • Rasa sakit ketika membuang air kencing
  • Warna air kencing yang keruh atau disertai dengan
  • Bau air kencing yang luarbiasa
  • Demam, loya, atau muntah

3. Adakah Kencing Kotor Memberi Kesan Kepada Bayi Dalam Kandungan?

Sekiranya kencing kotor tidak dirawat seawal mungkin, ia boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian ginjal / buah pinggang. Jangkitan pada buah pinggang boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan bayi yang kurang berat.

Penyakit kencing kotor boleh dikesan melalui ujian air kencing. Sekiranya ia dirawat dengan cepat dan menyeluruh, kencing kotor semasa hamil tidak akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

4. Rawatan Kencing Kotor Untuk Ibu Hamil

Kencing kotor semasa hamil boleh dirawat dengan antibiotik. Selalunya, doktor akan mempreskripsikan antibiotik yang perlu dihabiskan dalam masa 3-7 hari. Antibiotik yang diberikan ini adalah selamat untuk bayi dalam kandungan.

Namun, sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan seperti demam, menggigil, sakit perut, loya, muntah, atau kontraksi, pastikan anda memberitahu doktor tentangnya.

5. Cara Mencegah Kencing Kotor Semasa Hamil

Kencing kotor boleh dielakkan melalui beberapa cara seperti berikut.

  • Kerap ke tanda dan tidak menahan kencing
  • Membuang air kecil setiap kali sebelum dan selepas hubungan seksual
  • Memakai seluar dalam daripada kapas
  • Mengelakkan penggunaan pewangi, bedak, douche, semburan, atau sabun pada vagina
  • Mengelap alat sulit dari hadapan ke belakang, dan bukan sebaliknya
  • Meminum banyak air kosong

Amalkan Diet Seimbang Dan Gaya Hidup Sihat

Selain daripada perkara di atas, cuba juga elakkan bahan yang boleh mengganggu fungsi pundi kencing anda seperti minuman berkafein dan coklat. Pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh menyebabkan keradangan dan mengundang bakteria pada organ tersebut.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah