Sungguhpun kebanyakan wanita biasanya akan melalui tanda-tanda kelahiran yang jelas, sebaiknya anda sudah mempersiapkan barangan keperluan bersalin di dalam sebuah beg khas seawal 1 bulan sebelum tarikh ‘due date’. Letakkan terus beg ini di dalam kereta supaya mudah dibawa bersama pada bila-bila masa.
Ia bukan saja akan memudahkan urusan anda dan pihak hospital, tetapi ia turut memudahkan suami agar tidak perlu berulang-alik untuk mengambil barang yang tertinggal.
Mari kita semak senarai barang keperluan bersalin yang patut anda sediakan.
Senarai Barang Keperluan Bersalin Yang Perlu Disediakan
Barang keperluan bersalin boleh dibahagikan kepada 2 iaitu barang keperluan ibu dan juga bayi.
Untuk Ibu
Berikut adalah barang keperluan untuk ibu yang perlu dibawa ke hospital bersalin.
- Buku Laporan Kehamilan (Paling penting)
- Guarantee Letter (GL) untuk penjawat awam/isteri
- Sepasang baju
- Sehelai kain batik
- Sehelai tuala
- Barang mandi (sabun, syampu, sikat, deodoran, dsb)
- Bra menyusu
- Nursing pad
- Sehelai tudung
- Maternity pad
- Sehelai baju tebal / sweater
- Stokin
- Getah rambut
- Handphone / charger
- Air mineral
- Snek pemberi tenaga (kurma, energy bar, biskut)
- Beg plastik (untuk baju kotor, dsb)
Untuk Bayi
Berikut adalah barang keperluan yang perlu disiapkan bagi keperluan bayi yang bakal dilahirkan.
- Pakaian bayi (lengan pendek dan panjang)
- Boots & mittens
- Kain lampin / lap
- Bedung
- Barut
- 5 keping lampin pakai buang (diaper)
- Tuala bayi
- Barangan mandi bayi
- Tisu basah
Barangan Tambahan (Optional)
Selain barang-barang asas di atas, anda juga boleh membawa beberapa barang yang dapat membantu memberi lebih keselesaan semasa di dalam wad nanti.
- Earphone
- Minyak aromaterapi
- Buku / majalah / buku doa
- Bantal / selimut
- Botol susu
- Pam susu
- Kamera

Sediakan Awal-awal, Baru Senang
Seeloknya, rancang dengan rapi hospital yang ingin anda pergi untuk bersalin. Kebanyakan hospital – tidak kiralah sama ada hospital kerajaan mahupun swasta; mempunyai prosedur tersendiri untuk menerima pesakit dan menyambut kelahiran.
Dengan adanya senarai ini, bolehlah anda menyediakan barang keperluan bersalin selengkapnya. Mudah-mudahan urusan anda akan dipermudahkan.
Selamat menempuh alam keibubapaan!
6 Comments
Trime kseh…list ni byk membantu saya,…☺️
Sama-sama puan =)
Type here..tapi kamera tu untuk apa yr🤔🤔🤔
Banyak juga ye barang nak kena bawa..
Ya puan. Takut juga kalau kita terpaksa berlama di hospital. Mungkin sebab czer ke, anak kuning ke.
1