Pola Tidur Bayi Dari Umur 1 Bulan Hingga 12 Tahun

Pola tidur bayi 1 bulan
[rank_math_breadcrumb]

Bayi memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa. Ramai ibu bapa yang mengetahui fakta ini, tapi tidak ramai yang tahu berapa lama yang diperlukan.

Tambah-tambah anda yang baru sahaja mendapat cahaya mata pertama. Tahukah anda, hanya dengan kekurangan 30-60 minit masa tidur akan memberi kesan pada tingkah laku bayi?

Ini kami kongsikan pola dan waktu tidur bayi anda mengikut bulan sebagai panduan.

Bayi Berumur Antara 1- 4 Minggu

Dalam tempoh ini, bayi akan tidur sekitar 15 hingga 18 jam sehari tetapi bukanlah berterusan. Sebaliknya dalam blok-blok pendek antara 2-4 jam sekali tidur. Lama kan?

Bagi bayi pramatang, masanya mungkin lebih lama.

Bayi juga masih belum mempunyai internal biological clock (jam biologi) yang membantu menentukan kitaran siang dan malam, justeru corak tidurnya agak tidak seragam ketika ini.

 

Pola Tidur Bayi Berumur Antara 1,2,3 Dan 4 Bulan

Kira-kira dalam tempoh 6 minggu selepas kelahiran, anda akan mula nampak keseragaman dalam corak tidur bayi. Biasanya antara 14-15 jam sehari.

Sistem biologi mereka juga sudah mampu menentukan antara siang dan malam.

pola dan waktu tidur bayi 1,2,3 dan 4 bulan
Foto Kredit: Pixabay

Waktu Tidur Bayi Berumur Antara 4 – 12 Bulan

Tempoh ideal untuk bayi tidur ketika ini ialah 15 jam sehari, tetapi biasanya hanya 12 jam sahaja yang berjaya. Semasa bulan ke-6 kelahiran, bayi sudah mula membiasakan diri untuk tidur 3 kai sehari yang kemudiannya menjadi 2 kali sehari.

Corak tidur bayi juga sudah mula menyerupai corak tidur orang dewasa. Galakkan bayi untuk tidur dengan lebih teratur mampu membantu circadian rhythm untuk matang dengan baik dan sihat.

Foto Kredit: Pixabay

Anak Berumur Antara 1 – 3 Tahun

Sebaik sahaja bayi anda memasuki tempoh 18-21 bulan selepas kelahiran, dia akan mula tidur sekali sehari. Akan tetapi, si comel masih memerlukan antara 14 jam sehari untuk tidur.

Walaubagaimanapun, ianya normal jika anak anda hanya tidur kira-kira 10 jam sahaja. Apa yang anda boleh lakukan ialah menggalakkan anak anda untuk tidur diantara jam 7-9 malam hingga 6-8 pagi.

waktu tidur anak berumur 1,2,3 dan 4 tahun
Foto Kredit: Pixabay

Anak Berumur Antara 3 – 6 Tahun

Fasa ini, ada antara anak anda yang mempunyai masa tidur menyerupai umurnya 1-3 tahun. Jangan risau, kerana menjelang umur 5 tahun anak anda akan tidur dalam tempoh yang lebih pendek.

Tempoh masa tidur yang terbaik ketika ini ialah 10-12 jam sehari.

 

[Baca Juga: 13 Cara Tidurkan Bayi Dengan Lena Dan Cepat]

Anak Berumur Antara 7 – 12 Tahun

Anak anda sudah pun bersekolah, bergaul dengan rakan-rakan dan mempunyai aktiviti sepanjang hari. Sebaiknya, anda mewajibkan anak untuk tidur seawal 9-10 malam setiap hari.

Tempoh tidur ketika ini hanyalah sekitar 8-9 jam sehari.

 

ADHD & Sleep Apnea

sindrom ADHD pada bayi
Foto Kredit: MomJunction

Anak kecil yang kurang tidur boleh menujukkan simptom attention deficit-hyperactivity disorder (ADHD). Kanak-kanak akan berlakon seolah-olah mereka tidak letih dan nampak segar pada waktu tidurnya. Ini terjadi apabila kanak-kanak terlalu letih.

Hasil kajian mendapati sleep apnea, juga boleh terjadi pada kanak-kanak yang tidak cukup tidur. Sleep apnea ialah satu simptom yang mana kekerapan terjaga semasa tidur keranan kekurangan nafas.

 

Sekiranya anda merasakan bayi anda mengalami masalah tidak cukup tidur, segeralah berjumpa dengan doktor kanak-kanak bagi mengelakkan masalah yang lebih besar.

Apa-apa pun, pastikan anak anda untuk tidur sebelum jam 10 malam bagi memastikan tumbesaran otak dan kesihatan anak yang lebih terjamin.

 

 

Sumber: NewKidsCenter.comSleepFoundation.org

 

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah