Bilakah Haid Akan Kembali Normal Selepas Bersalin?

haid selepas bersalin
[rank_math_breadcrumb]

Sepanjang tempoh kehamilan, seorang wanita tidak akan mengalami haid sehinggalah melahirkan anak nanti. Selepas bersalin pula, seseorang wanita akan mengalami tempoh nifas buat beberapa lama. Kemudian, tidak ada tempoh yang tetap bagi seseorang wanita untuk menjangkakan datangnya haid itu secara normal semula.

Haid Selepas Bersalin

Ada wanita yang datang haid selepas bersalin 2-3 bulan, dan ada juga yang tidak datang haid hingga melebihi 1 tahun. Bahkan, ada wanita yang terus tidak datang haid selepas bersalin hinggalah mereka kembali hamil!

Semua keadaan ini adalah normal dan anda tidak perlu risau selagi tiada apa yang membimbangkan tentang keadaan kesihatan anda.

Faktor Yang Mempengaruhi Haid Selepas Bersalin

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tempoh kedatangan haid. Haid anda mungkin akan datang lebih awal sekiranya:

  • anda tidak menyusu badan secara ekslusif
  • anda menggabungkan penyusuan badan dengan susu formula
  • bayi anda tidur sepanjang malam
  • mengamalkan sebarang bentuk teknik pencegah kehamilan

Adakah Saya Masih Boleh Mengandung Sekiranya Tidak Haid?

Walaupun tidak mengalami haid selepas bersalin, sebenarnya ovulasi masih berlaku dalam tubuh wanita. Penyusuan badan hanya boleh bertindak sebagai perancang kehamilan dengan syarat tertentu seperti:

  • tempoh dan waktu haid anda masih belum teratur
  • bayi anda berusia bawah enam bulan
  • bayi anda menyusu badan secara eksklusif dan dengan kerap, pada waktu siang dan malam
  • menyusu bayi secara direct (bukan melalui susu yang diperah)

Bagaimanakah Keadaan Haid Pertama Selepas Bersalin?

Umumnya, haid selepas bersalin tidak banyak bezanya dengan haid anda sebelum ini. Namun, sesetengah wanita mungkin akan mengalami sedikit perubahan dari segi:

  • rasa cramp – mungkin bertambah atau berkurang
  • terdapat sedikit darah beku
  • darah lebih banyak
  • haid yang terputus-putus

Walaubagaimanapun, selepas beberapa bulan, simptom ini akan berkurang dan haid anda biasanya akan kembali normal setiap bulan.

haid selepas bersalin

Bilakah Saya Patut Risau?

Sekiranya darah haid yang keluar adalah terlalu sedikit atau terlalu banyak, anda boleh bertanyakan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dijalankan.

Selain itu, anda boleh mendapatkan nasihat doktor sekiranya haid anda masih tidak datang walaupun anda tidak lagi menyusukan bayi.

 

 

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah