Bolehkah Saya Bersalin Normal Kalau Sebelum Ini Caesar?

bersalin normal selepas pembedahan
[rank_math_breadcrumb]

Vaginal birth after a caesarean atau singkatannya, VBAC adalah di mana seseorang wanita bersalin secara normal selepas melalui sekurang-kurangnya sekali pembedahan Caesarean dalam kehamilan yang lalu.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan wanita yang tidak pernah melalui pembedahan Caesarean atau C-section, wanita yang berhasrat untuk bersalin normal selepas pembedahan (VBAC) selalunya diletakkan di bawah pantauan yang lebih rapi.

Peluang Bersalin Normal Selepas Pembedahan (VBAC)

Menurut sumber, peluang untuk melahirkan bayi secara normal (VBAC) walaupun pernah melalui pembedahan adalah agak tinggi, iaitu sekitar 70%.

Namun, ia bergantung kepada beberapa faktor:

1. Sebab Pembedahan Caesarean Dalam Kelahiran Lalu

Jika anda terpaksa dibedah disebabkan masalah ketidaknormalan pada rahim atau proses kelahiran yang terlalu lama, kebarangkalian untuk VBAC adalah lebih rendah.

Sebaliknya, jika ia disebabkan masalah seperti bayi songsang atau uri bawah, peratus untuk bersalin normal adalah lebih tinggi.

2. Pernah Bersalin Normal

Jika anda pernah bersalin normal dalam beberapa kehamilan yang lalu, kebarangkalian untuk VBAC adalah lebih tinggi.

Contohnya, anda pernah bersalin normal pada kehamilan pertama tetapi terpaksa menjalani pembedahan pada kehamilan kedua.

3. Kondisi / Komplikasi Pada Kehamilan Kali Ini

Kondisi kehamilan seperti masalah obesiti, overdue, berumur melebihi 40 tahun, atau saiz bayi yang besar adalah antara faktor yang boleh merendahkan peratus keberhasilan VBAC.

Risiko Bersalin Normal Selepas Caesar (VBAC)

Antara risiko bersalin normal selepas pembedahan adalah jangkitan pada rahim atau parut luka yang terbuka.

Selain itu bekas pembedahan Caesarean yang lalu boleh mendatangkan komplikasi serius yang dikenali sebagai uterine rupture atau rahim pecah. Sungguhpun kes ini hanya berlaku pada 0.5% wanita, namun pihak hospital akan sentiasa berwaspada dan meminimakan risiko tersebut.

Oleh itu, anda mungkin akan bersalin secara normal di dalam bilik khusus yang dilengkapi pelbagai kelengkapan pembedahan sekiranya terdapat keperluan terhadap emergency Caesarean. Menurut BabyCentre, hampir 25% wanita yang mencuba untuk VBAC memerlukan pembedahan kecemasan ini. Ia biasanya berlaku disebabkan proses kelahiran yang terlalu lama atau terdapat kerisauan terhadap keadaan kesihatan bayi.

Walaupun begitu, anda patut tahu bahawa risiko emergency Caesarean ini turut dihadapi oleh semua wanita yang bersalin normal dan tidak pernah melalui pembedahan.

Repeat Caesarean Mungkin Lebih Sesuai Jika…

Dalam sesetengah kes, doktor anda mungkin hanya akan membenarkan anda menjalani planned caesarean atau repeat caesarean sebagai satu-satunya pilihan bagi kelahiran yang seterusnya. Keputusan ini selalunya dibuat untuk keselamatan anda dan juga bayi, serta berdasarkan sejarah perubatan anda seperti:

  • Komplikasi parut terbuka / rahim pecah (uterine rupture) dalam kelahiran yang lalu
  • Bekas pembedahan yang menegak atau vertical c-section. Biasanya bekas pembedahan adalah melintang atau horizontal c-section.
  • Masalah semasa bersalin yang pernah dilalui seperti plasenta previa
  • Pembedahan fibroid atau sebarang abnormaliti pada rahim
  • Jarak kehamilan yang terlalu rapat (kurang 2 tahun)
bersalin normal selepas pembedahan
Foto Kredit: ambikapur.hchmission.in

Berbincanglah Dengan Doktor Anda

Sekiranya anda berhasrat untuk melahirkan secara normal dalam kehamilan kali ini, anda boleh membincangkan risikonya dengan doktor anda.

Bergantung kepada kepakaran hospital tersebut, mereka mungkin mempunyai unit khas tertentu untuk memantau kes-kes VBAC dengan teliti dan selamat.

Selain itu, dapatkan juga sokongan daripada pasangan dan keluarga kerana mereka juga perlu memahami keadaan kesihatan anda semasa dan selepas kelahiran bayi nanti.

 

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah