5 Cara Menjadikan Bersalin Di Hospital Lebih Selesa, Seperti Di Rumah

bersalin di hospital
[rank_math_breadcrumb]

Salah satu sebab kaedah bersalin di rumah menjadi semakin popular adalah kerana keselesaan. Namun, ia tidak digalakkan kerana kurangnya kelengkapan perubatan serta alatan untuk membantu semasa proses kecemasan.  juga boleh menjadi lebih selesa jika anda tahu caranya.

Berikut adalah beberapa persediaan yang membolehkan anda berasa lebih selesa untuk bersalin di hospital.

5 Cara Menjadikan Bersalin Di Hospital Lebih Selesa, Seperti Di Rumah

Apabila tempoh bersalin semakin hampir, pastikan anda tidak lupa untuk membuat 5 persediaan ini.

1. Rancangkan Birth Plan

Birth plan adalah rancangan yang terperinci tentang apa yang anda inginkan menjelang hari kelahiran anda. Sungguhpun ia lebih popular di negara Barat, namun sebenarnya anda boleh merancangkan kelahiran bayi anda dengan doktor serta staf perubatan di hospital swasta.

Mereka akan mempertimbangkan apa yang anda perlukan dan apa yang anda inginkan supaya ia selari dengan keadaan kesihatan anda.

2. Bawa Bantal Dan Selimut Kegemaran Anda

Memang benar, di hospital dahpun disediakan bantal dan selimut yang diperlukan sepanjang anda berada di wad. Tetapi, dengan membawa sesuatu dari rumah, ianya tentu akan membuatkan anda berasa lebih selesa.

Di samping itu, ia sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan serta perasaan seperti berada di rumah!

3. Pek Makanan Kesukaan Anda

Salah satu sebab seseorang tidak suka berada di hospital adalah kerana makanannya. Mungkin ianya tidak kena dengan selera anda, atau ada menu yang anda tidak gemar. Hakikatnya, anda perlu mengisi perut dan tidak membiarkannya kosong kerana anda bakal mengerah sepenuh tenaga sebentar lagi.

Oleh itu, bungkuskan makanan serta snek kegemaran anda untuk menjana tenaga di labour room nanti. Antara pilihan makanan yang popular adalah oat / energy bar, minuman Milo, biskut, roti, serta buah-buahan kering seperti kismis, kurma, dan prun.

4. Menyediakan Playlist Kegemaran Anda

Setelah berada di wad, anda mungkin akan mengambil beberapa jam lagi, atau sesetengah kes mungkin 1-2 hari lagi sebelum bayi dapat dilahirkan.

Sementara menunggu, anda mungkin boleh memainkan alunan muzik atau bacaan ayat-ayat suci yang menenangkan. Sekurang-kurangnya, fikiran anda dapat dialihkan daripada asyik fokus terhadap sakit kontraksi yang datang dan pergi.

5. Wujudkan Bau-bauan & Aroma Kegemaran

Selain daripada membawa barangan peribadi dari rumah, anda boleh juga menjadikan keadaan sekeliling lebih selesa dengan mewujudkan aroma seperti di rumah.

Oleh itu, jangan lupa bawa bersama minyak aromaterapi kesukaan anda. Ia bukan saja memberi keselesaan, tetapi juga boleh digunakan untuk melegakan tubuh badan.

Pengalaman Bersalin Di Hospital Tidaklah Seteruk Yang Disangka

Bersalin di hospital sebenarnya bukanlah seteruk yang kita selalu baca di akhbar mahupun media-media sosial. Sebaliknya, ramai yang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh hospital-hospital, tidak kiralah hospital swasta atau hospital kerajaan.

Oleh itu, lakukanlah beberapa persediaan khusus supaya anda boleh menjadikan pengalaman bersalin di hospital lebih lancar dan mengikut apa yang anda bayangkan.

 

 

Kongsikan Artikel Ini

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah