7 Tips Bersalin Normal Tanpa Koyakan Yang Ibu Perlu Tahu

[rank_math_breadcrumb]

Kesemua wanita yang mengandung berharap yang mereka akan bersalin normal tanpa koyakan dan jahitan.

Menurut satu kajian yang dilakukan, 85% wanita mampu dan berupaya untuk bersalin normal dan hanya 15% sahaja yang memerlukan bantuan doktor atau kaedah perubatan seperti C-section atau czer semasa bersalin.

Malangnya, statistik sebenar menunjukkan 1 dari 3 wanita terpaksa bersalin dengan kaedah pembedahan czer.

Dalam artikel ini kami kongsikan bagaimana anda boleh melalui proses bersalin normal dengan mudah tanpa koyakan dan jahitan.

Apa Itu Bersalin Normal?

Bersalin normal ialah satu kaedah semulajadi bagi mengeluarkan bayi dari dalam janin ibu ke alam nyata.

Proses bersalin yang normal membantu anda mendapat bayi yang lebih sihat dan anda juga lebih cepat pulih. Semua wanita berpotensi untuk bersalin secara normal.

Walaupun tiada formula atau teknik khusus bagi menjayakan bersalin normal, terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan bagi meningkatkan peluang anda bersalin tanpa koyakan dan jahitan.

Faktor Yang Meningkatkan Peluang Anda Bersalin Semulajadi

Faktor-faktor dibawah bukanlah jaminan yang anda akan berjaya bersalin normal 100% tetapi membantu meningkatkan peluang anda.

  • Anda bersalin normal semasa kehamilan sebelum ini
  • Anda tiada masalah kesihatan seperti asma dan lelah
  • Anda mempunyai berat badan ideal. Berat badan berlebihan mengurangkan peluang anda untuk bersalin biasa.
  • Anda hamil selama 9 bulan tanpa sebarang masalah seperti HB rendah, pendarahan dan lain-lain
  • Anda seorang yang aktif dan rajin bersenam semasa anda hamil. Lebih fit badan anda, lebih tinggi peluang anda
  • Kondisi fisiolgi badan anda seperti tekanan darah, bacaan gula dalam darah dan hemoglobin anda semuanya dalam keadaan terkawal

Faktor-faktor di atas mempengaruhi peluang anda bagi mendapatkan proses bersalin yang mudah.

Tanda Dan Simptom Bersalin Normal

Banyak perubahan akan berlaku di minggu-minggu akhir kehamilan anda. Doktor akan meminta anda untuk sentiasa berwaspada dengan tanda-tanda bersalin ini. Walau bagaimana pun, tanda-tanda bersalin mungkin berbeza sedikit bagi setiap wanita dan kehamilan.

Simptom Pra-Bersalin Yang Boleh Dirasai 1-4 Minggu Terakhir

Senaman Kegel - Senaman Kemut Untuk Wanita Bersalin Tanpa Koyak
Kredit : WikiHow
  • Pergerakan bayi kurang teratur disebabkan bayi sudah mula mengubah kedudukannya ke kawasan pelvik yang lebih sempit
  • Anda merasakan kawasan pelvik anda mula longgar
  • Anda lebih kerap kencing disebabkan kepala bayi memberi tekanan kepada pundi kencing anda
  • Kontraksi braxton Hicks mula berlaku. Kontraksi ini agak lemah berbanding kontraksi sebenar menandakan anda sudah nak bersalin
  • Kejang dan sakit di bahagian bawah anda

Tanda Awal Bersalin Beberapa Hari Sebelum Bersalin

  • Keluar cecair keputihan yang semakin banyak dan pekat dari vagina anda
  • Setiap kali anda kencing, anda akan dapati terdapat mukus plug turut keluar sekali. Sekiranya mukus yang berwarna pink dan pekat yang keluar, itu tanda anda sudah semakin hampir untuk bersalin
  • Kontraksi yang berlaku semakin kerap dan kuat
  • Air ketuban pecah

Pastikan suami anda sentiasa disisi sebaik sahaja anda mengalami tanda tanda di atas.

Kelebihan Bersalin Normal Berbanding Bersalin Dengan Kaedah Lain

Jawapannya sangat mudah. Bersalin normal ialah kaedah semulajadi yang telah dijadikan Tuhan buat manusia. Ianya paling sesuai buat badan dan kekuatan seorang wanita.

Selain itu juga bersalin cara normal

1. Lebih Sihat Untuk Kedua Ibu dan Bayi

Vagina anda akan pulih dalam tempoh yang lebih singkat dan ianya melindungi bayi anda dari sebarang bakteria berbahaya semasa proses bersalin berlaku.

2. Membantu Penyusuan

Bayi yang bersalin normal lebih mudah beradaptasi dengan penyusuan badan. Sekiranya anda bersalin menggunakan kaedah C-Section, doktor akan memberikan anda ubat tahan sakit.

Ubat ini akan mengalir ke bayi anda melalui susu badan menjadikan bayi tidak selesa dan susah untuk menyusu/

3. Masa Berpantang Yang Lebih Singkat

Bersalin secara semulajadi tidak melibatkan kekejangan dari perubatan dan membolehkan anda bergerak aktif selepas bersalin. Sekaligus masa berpantang anda akan lebih singkat.

4. Lebih Konfiden Dan Elak Dari Meroyan

Wanita yang bersalin secara normal rasa lebih konfiden dan bertenaga. Ini membuatkan motivasi diri anda dalam keadaan bayi dan boleh mengelak dari meroyan.

5. Meningkatkan Imun Sistem Bayi

Semasa meluncur keluar dari janin, bayi anda akan terdedah dengan bakteria. Proses iIni membantu bayi menguatkan lagi sistem imun dan pencernaan bayi.

7 Tips Untuk Anda Berjaya Bersalin Normal

1. Elakkan Diri Anda Dari Stress

Adalah sangat normal untuk anda rasa stress apabila semakin hampir dengan bersalin. Cuba sebaik mungkin untuk jauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh membuatkan anda stress. Antara caranya ialah

  • Baca kisah-kisah inspirasi wanita lain yang berjaya bersalin normal dan mudah
  • Banyakkan membaca buku, mendengar muzik dan alquran
  • Cari dan tonton video bersalin normal bagi membantu anda membayangkan teknik dan proses bersalin yang mudah
  • Sentiasa bercerita dan meluahkan perasaan kepada suami anda
  • Elakkan dari bergaul dengan mereka yang sentiasa memberi persepsi negatif
2. Cari Ilmu Tentang Bersalin

Ilmu sangat berkuasa dalam apa jua aspek kehidupan. Banyakkan belajar tentang kaedah dan cara bersalin sama ada melalui pembacaan di internet, buku, audio dan lain-lain

Selain itu juga, anda boleh hadir ke kelas-kelas bersalin yang disediakan pihak hospital berhampiran anda.

3. Amalkan Pemakanan Sihat

Pemakanan yang baik dan menyihatkan bukan sahaja penting buat tubuh badan anda, malah ia membantu proses perkembangan dan kesihatan bayi anda.

Melalui pemakanan sihat juga, badan anda lebih bertenaga dan bersedia untuk menghadapi proses bersalin dengan lebih mudah. Banyakkan makan sayur sayuran bagi mengelakkan dari berlakunya anemia selepas anda bersalin nati.

4. Selalu Bersenam

Amalkan senaman dengan konsisten dan kerap. Anda boleh belajar pelbagai teknik senaman yang akan membantu anda bersalin nanti di internet dan laman-laman perkongsian kehamilan.

Salah satunya ialah senaman kegel. Ia membantu menguatkan kawasan pelvik dan peha anda.

5. Tidur Dengan Cukup

Mendapatkan tidur yang cukup sangat penting bagi perkembangan bayi dalam kandungan anda. Ia juga membantu anda untuk lebih tenang dan kurang stess.

6. Praktis Teknik Pernafasan Yang Betul

Senaman pernafasan membantu anda semasa proses meneran nanti. Kadar okisgen yang cukup juga membantu tumbesaran bayi. Jadi, selalulah berlatih kaedah pernafasan seawal minggu ke 20 kehamilan anda.

7. Bincang Dengan Doktor

Berbincang dan dapatkan segala maklumat yang diperlukan bagi memudahkan proses bersalin anda nanti. Sentiasa datang ke klinik bagi menjalani pemeriksaan berkala. Sebaiknya cuba dapatkan doktor yang anda lebih selesa semasa bersalin (hospital swasta).

Jangan terlalu risau dengan sakit bersalin normal. Pastikan suami anda sentiasa disisi bagi menyokong dan memberi motivasi kepad aanda sepanjang proses bersalin nanti.

Semat dalam minda anda yang anda juga mampu dan berupaya untuk bersalin normal seperti wanita-wanita lain.

Sumber : MomJunction.com, Shutterstock 1 & 2

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah