Pada saat anda mengetahui anda hamil, mesti banyak perkara yang anda bayangkan dalam fikiran anda. Mungkin ini antara yang bermain di minda anda.
“Tak sabarnya nak jadi ibu/bapa!”
“Macam tak percaya je nak dapat baby.”
“Syukur sangat baby pertama. Yeay!”
“Alamak. Takutnya nanti gemuk masa pregnant!”
“Nanti mesti banyak guna duit. Nak beli baju baby, pampers semua.”
“Boleh ke aku pakaikan pampers/lampin kat baby aku nanti?”(selalunya untuk lelaki hehe..)
“Apa yang aku kena lakukan sekarang yer?????”
Jangan bimbang! Kami di sini untuk memberitahu anda beberapa tips dan perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil!
1. Jangan Beritahu Orang Sehingga Anda Melepasi Tempoh Trimester Pertama
Mungkin untuk ahli keluarga dibolehkan tapi seeloknya adalah tidak menghebohkan tentang kehamilan kita sehingga selepas trimester pertama berakhir.
Saya tahu kadang-kadang sangat sukar dan payah untuk menahan daripada tidak memberitahu kawan-kawan sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil lagi-lagi anak pertama kan, tetapi cuba untuk tidak post Facebook/Instagram atau tweet di Twitter dulu.

Apa yang merisaukan adalah takut-takut anda mengalami keguguran. Tempoh kritikal semasa hamil ialah dalam tempoh 12 minggu pertama anda hamil, dan untuk pengetahuan semua, peratus keguguran turun secara mendadak (sehingga 10%) selepas trimester pertama.
Jadi, saya galakkan anda tunggu sehingga anda hamil 13 minggu sebelum anda menyebarkan berita yang menggembirakan ini. Bila dah lepas 13 minggu, masa tu kita akan berasa lebih yakin dan lagi seronok untuk bercerita kepada kawan-kawan.
2. Dokumenkan Kehamilan Anda
Salah satu cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan menulis jurnal kehamilan. Anda boleh mula dengan membeli buku nota atau diari kehamilan yang saya yakin ada banyak di kedai-kedai. Beli online pun boleh.
Jadi apa yang kita boleh buat dengan jurnal kehamilan ni? Macam-macam anda boleh buat contohnya anda boleh menulis perasaan anda, apa yang anda idamkan, atau perubahan yang anda telah alami sepanjang kita hamil.
Contohnya, masuk bulan ketiga kita mengidam buah kedondong jadi kita tulis dalam jurnal kehamilan kita tu. Kita tulis juga dalam tempoh itu, apa hasrat (mengidam) kita yang tak ditunaikan suami.
Tujuannya, anda boleh tengok balik apabila anda hamil berikutnya dan bandingkan! Anda akan dapat lihat perbezaan setiap kehamilan yang semestinya anda tak mahu lupakan.
3. Mengambil Banyak Gambar
Gambar-gambar ni boleh dimasukkan sekali dalam jurnal kehamilan anda. Seronok bila ambil gambar-gambar semasa pregnant. Anda boleh menangkap gambar mingguan atau gambar bulanan.
Saya telah mengambil gambar setiap dua atau tiga minggu. Sangat menyeronokkan sebab anda dapat lihat bagaimana perkembangan kandungan anda, dan anda juga boleh menggunakan kelebihan seni masing-masing dengan cuba edit dengan menambah teks di gambar tersebut.
Kita boleh banding gambar-gambar tersebut dengan kehamilan kita yang akan datang. Ajak sekali encik suami untuk bergambar sekali. Mesti comel dan sweet! Cuma tangkap je gambar banyak-banyak!
4. Ambil Gambar Sebelum/Awal Kehamilan
Semasa mengandung anak pertama saya, saya mengambil gambar sebulan hamil sebaik sahaja kami mendapat tahu kami bakal mendapat baby.
Kemudian saya bandingkan dengan gambar yang saya ambil semasa saya hampir due untuk bersalin. “Ini akan membuat anda merasa buruk dan tak cantik,” No. Percayalah.
Ini akan menjadi seronok dan bagi saya, ia sebenarnya membantu mendorong saya untuk menurunkan berat badan apabila bayi dilahirkan. Saya telah naik lebih 20 kg semasa mengandung dan saya yakin semua tahu yang semasa pregnant berat mudah naik. Tapi, siapa yang tak nak kembali kurus kan.
5. Guna Losyen Pada Awal Kehamilan Dan Sapu Di Mana Sahaja Yang Anda Rasa Perlu
Semasa mengandung kulit kita akan mengalami regangan dan ini akan menghasilkan stretchmark di badan kita. Stretchmark ni boleh terjadi di mana-mana sahaja di dada, peha, punggung dan tentu sekali di perut.
Antara produk untuk stretchmark yang saya rasa terbaik digunakan adalah dari La Mamma stretchmark Losyen dari La Mamma saya suka sebab bau dia sangat wangi dan saya rasa selesa untuk menggunakannya.
Untuk tidak menjadikan kesan stretchmark makin teruk saya cadangkan guna losyen stretchmark pada awal kehamilan dan sapu sahaja di tempat yang nampak akan muncul stretchmark.
p.s: Wassap “Lotion” ke +6014-5161468. Nanti saya cerita lebih detail tentang losyen ini
6. Cari Satu Pelan Senaman Dan Cuba Amalkan
Senaman bukan sahaja penting semasa anda tidak mengandung tapi juga penting bila kita hamil supaya kita kekal sihat dan bertenaga sepanjang masa.
Semasa mengandung memang kita akan merasa penat selalu dan kurang bertenaga. Kadang-kadang makan pun tak lalu. Tapi dengan senaman kita boleh menggalakkan kesihatan tubuh badan kita.
Badan kita akan lebih fliksible dan boleh membantu memudahkan kita semasa bersalin nanti. Ia juga memudahkan kita untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin nanti tau. Jadi, jom biasakan senaman!
7. Cari Pakaian Mengandung
Anda mesti nak nampak comel dan stay cantik kan even tengah pregnant. Rasanya tak salah kalau kita cari baju atau pakaian yang nampak comel yang sesuai dengan baby bump Anda boleh juga cari baju untuk bersalin tetapi baju ni jarang kita pakai dan pakai hanya semasa bersalin.
8. Windows Shopping Barangan Bayi
Part ni yang paling excited sekali! Jangan kata kita, kadang-kadang mak dan ayah kita yang lagi semangat dari kita lagi-lagi kalau cucu pertama. Balik-balik rumah mak ayah je dah ada stroller dan katil baby.
Mana nak cari barang baby ni rasanya semua dah tahu kan. Kita boleh cari di kedai-kedai, pasaraya, dan paling senang kita boleh search online saje. Pastikan anda mempunyai bajet yang mencukupi sebab barang-barang baby ni boleh tahan juga harganya.
Jadi buat lah research lah dulu apa yang nak dibeli dan kedai-kedai mana yang buat promotion yang berbaloi untuk kita beli. Eloklah rancang awal-awal takut nanti takde masa dan sibuk dengan perkara lain.

9. Buat Senarai Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Dan Selepas Bersalin
Senarai ini adalah perlu untuk memudahkan kita apabila hendak bersalin nanti. Sebagai persediaan untuk kita menghadapi hari bersalin nanti supaya tidak kalut dan terlepas pandang perkara penting.
Saya percaya masa tu banyak benda yang kita nak fikir yang boleh menyebabkan kita lupa. Contoh perkara yang boleh dimasukkan di dalam list seperti menyediakan terus pakaian dan barang-barang yang diperlukan untuk dibawa ke hospital semasa bersalin nanti.
10. Tulis Apa Yang Berlaku Sepanjang Kehamilan Anda
Tulis apa sahaja yang anda rasa perlu ditulis dan apa yang penting seperti perasaan anda nak jadi ibu bapa, cerita-cerita tentang pengalaman pertama (apabila kali pertama mendengar denyutan bayi kita).
Ini adalah perkara yang taknak kita lupakan dan semestinya kita nak ingat tarikh dan perasaan anda ketika itu. Kehamilan adalah pelik dan macam-macam boleh bermain di fikiran kita.
Boleh ke kalau buat itu, boleh ke makan itu ini. Ataupun perkara-perkara yang berlaku pada tubuh anda. Dan kerana anda mungkin tidak mahu untuk memanggil doktor setiap hari, tulis soalan-soalan yang nak ditanya dan bawa ke temujanji dengan doktor.
Kalau doktor asyik marah je kita tanya terus soalan-soalan kita tu mana tau doktor jadi lupa nak marah kita.
11. Mula Mengambil Vitamin/Supplemen Hamil
Vitamin/supplemen boleh diambil sebelum mengandung atau apabila kita merancang untuk mengandung. Sesetengah vitamin/supplemen boleh membantu kita untuk lebih senang mengandung.
Vitamin/supplemen sangat elok diambil oleh ibu mengandung kerana ia mengandungi banyak nutrisi yang baby kita perlukan. Asid folik, zat besi dan kalsium adalah nutrisi yang sangat penting untuk baby dan juga anda.
Kebanyakan supplemen banyak mengandungi nutrisi-nutrisi tersebut. Lagi elok kalau anda prepare banyak cukup sampai anda bersalin. Bagi yang tak boleh menelan pil, saya cadangkan ambil lah supplemen yang berbentuk cecair atau jus.
Salah satu supplemen yang saya nak recommend kepada anda semua ialah lagi satu produk La mamma iaitu La Mamma Prenatal. La Mamma Prenatal (klik sini yer) diperbuat daripada ekstrak-ekstrak makanan sunnah yang benyak membantu ibu mengandung seperti menaikkan HB, menghilangkan loya, memberi tenaga dan juga memudahkan bersalin.
Jadi saya rasa tiada apa halangan lagi dari anda semua untuk mula mengambil supplemen/vitamin tambahan untuk persediaan anda dan juga untuk memberi nutrisi yang cukup untuk baby.
12. Periksa Ubat-Ubat Anda
Sekiranya anda ada mengambil ubat dari hospital eloklah anda periksa sama ada boleh mengambil nya semasa anda mengandung. Sesetengah ubat untuk allergic tidak sesuai dimakan semasa mengandung.
Ubat seperti ibuprofen juga tidak sesuai untuk dimakan semasa mengandung. Ada banyak lagi ubat yang mungkin anda tidak boleh ambil jadi periksa dahulu dengan doctor sebelum mengambil apa-apa ubat.
13. Muat Turun Aplikasi Kehamilan
Saya yakin sekarang banyak apps yang sesuai untuk ibu mengandung untuk membantu kita memantau perkembangan bayi di dalam perut kita. Apps ni juga banyak memberi tips-tips untuk ibu mengandung.

14. Banyakkan Membaca Bahan-bahan Ilmiah
Selain daripada banyak berehat saya juga cadangkan bakal ibu semua untuk banyakkan membaca. Boleh dijadikan hobi semasa hamil. Cuba tambahkan ilmu-ilmu yang boleh membantu sepanjang kehamilan.
Percayalah semua itu akan membantu anda suatu hari nanti. Membaca juga boleh membantu kita untuk lebih mengenali kita sendiri semasa kita mengandung. Tidak semua orang mempunyai pengalaman mengandung yang sama.
Cuba cari cara hidup yang sesuai untuk kita survive waktu hamil kita. Jadi, ingat membaca adalah pelita hidup!
Sebagai konklusi, tahniah bagi semua yang hamil! Anda ada lapan bulan (bergantung pada masa sewaktu anda baca artikel ini) untuk menyediakan diri anda yang terbaik sebelum mendapat baby (yeay!). Ya, ia boleh jadi menakutkan tapi menjadi ibu bapa (terutama ibu) adalah sesuatu perkara yang sangat berharga. Good Luck semua!