
Minggu ini bayi anda sudah sebesar buah tembikai besar dengan ukurannya sepanjang 20.2 inci dari kepala hingga tapak kaki dan seberat 3.4 kg.
40 minggu bermaksud anda sudah hamil selama sembilan bulan. Tahniah! Inilah masa yang ditunggu tunggu.
Antara simptom pada minggu ke 40 ialah :
Sekiranya terdapat simptom yang lain dari kebiasaan, sila berjumpa doktor dengan segera.
Bayi sudah pun bersedia bila-bila masa sahaja untuk keluar. Sekiranya anda masih lagi tidak bersalin, doktor akan menjalankan pemeriksaan biofizikal dan sentiasa memantau degupan jantung bayi.
Doktor juga akan membuat imbasan ultrasound bagi melihat tahap air ketuban dalam rahim anda. Sekiranya semuanya okay, doktor akan membenarkan anda menunggu maksimum dua minggu lagi.
Anda boleh mengamalkan tips-tips di artikel ini bagi membantu proses bukaan rahim anda.
TIPS MINGGU INI
Bincang dengan doktor tentang kenapa, bagaimana dan apa yang perlu dibuat sekiranya doktor menyarankan bersalin induce.
Artikel Berkaitan