Tahniah Tahniah dan Tahniah!
Sekiranya anda sudah buat UPT test dan keputusannya positif, keputusan itu adalah tepat. Anda disahkan hamil.
Cuma, masih terlalu awal untuk anda berkongsikan perkara ini dengan orang lain. Cukup untuk suami anda sahaja yang tahu buat masa ini.
Pada minggu ini, anda boleh berbincang dengan suami untuk mencari masa yang sesuai untuk berjumpa dengan doktor. Saiz bayi ketika ini lebih kecil atau sebesar biji benih poppy.
