Mengapa Warna Susu Ibu Berbeza-Beza?

b
[rank_math_breadcrumb]

Semua orang setuju jika kami nyatakan warna susu adalah sama secara umumnya.

Namun, adakah anda percaya jika kami nyatakan warna susu ibu pula adalah berbeza untuk setiap ibu?

Ya! Warnanya adalah berbeza bagi setiap ibu. Ia bergantung pada corak pemakanan si ibu itu sendiri.

image

 

Andai anda adalah seorang ibu, dan tiba-tiba anda dapati warna susu anda adalah putih cair tetapi pada masa yang sama anda tengok warna susu rakan anda sedikit kuning pekat, maka anda tak perlulah risau. Usah bandingkan warna susu anda dengan warna susu rakan anda.

Sedikit info pemakanan yang biasanya boleh mengubah warna susu anda :

 

Tidak mengambil nasi seharian : Susu akan menjadi sangat cair
Gemar mengambil lobak merah : Susu akan berwarna sedikit oren
Gemar memakan sayur hijau : Susu akan berwarna sedikit kehijauan

 

Usah risau akan hal tersebut. Apa yang lebih penting untuk anda tahu adalah, susu ibu sangat baik untuk anak anda kerana  terkandung di dalamnya kandungan protein yang tinggi dan seribu jenis khasiat yang diperlukan untuk anak anda membesar.

Istimewanya lagi, komposisi susu ibu berubah mengikut keperluan si anak, sejajar dengan perkembangan usia mereka.

Namun bukanlah bererti jika anda nakkan susu anda berwarna merah, anda perlu makan strawberi banyak-banyak.

Bukan itu maksud kami.

Apa yang kami maksudkan adalah, prihatin dengan makanan yang anda makan. Serta pelbagaikan makanan yang berkhasiat supaya susu yang anda hasilkan juga berkualiti untuk si kecil anda.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah