11 Makanan Bayi Yang Bukan Berasal Dari “Bungkusan Kotak”

Resepi untuk bayi
[rank_math_breadcrumb]

Tinggalkan makanan kotak yang diproses. Lebihkan makanan asli dan berkhasiat. Bayi anda pasti menyukainya.

 

ss_101926618_peas

Peas Hijau

Lupakan bubur segera dan hidangkan bayi anda dengan peas hijau yang punyai rasa dan tekstur baru. Ia boleh dikukus, direbus, atau dihidangkan secara sejuk. Selain dari pemakanan yang baik, ia juga boleh melegakan gusi. Walau disejuk bekukan, saiznya yang kecil tidak mampu membuatkan bayi anda tercekik.

 

ss_101773191

Ikan Kukus

Makanan yang terbaik bagi bayi adalah yang lembut, mudah dikunyah dan berkhasiat. Ikan air sejuk seperti salmon, trout, dan halibut mampu membekalkan bayi anda dengan DHA, asid lemak yang penting untuk perkembangan otak dalam 24 bulan pertama kehidupan mereka. Sebagai hidangan untuk bayi anda, panggang atau kukuskan ia (elakkan garam jika bayi anda di bawah 12 bulan). Potong kecil-kecil atau hidangkan dalam bentuk kepingan.

 

ss_100899984

Bijirin, Nasi dan Kentang Lenyek

Hidangan ini adalah agak lapuk dan menyusahkan! Tetapi kebanyakan bayi sukakan ia. Jadi, letakkan tikar plastik di bawah kerusi bayi anda sebelum biarkan si comel anda celup jarinya atau meramas makanan tersebut dengan tangannya. Bermain-main dengan makanan adalah perkembangan penting dan ia sangat membantu mereka menjadi pelajar yang lebih baik.

 

ss_100466063

Daging Cincang

Daging adalah pilihan yang bijak untuk dijadikan sebagai sumber besi dan nutrien penting untuk bayi terutamanya jika anda menyusu badan (formula diperkaya dengan zat besi). Daging kini disyorkan oleh American Academy of Pediatrics sebagai makanan pepejal yang pertama untuk bayi anda apabila mereka sudah bersedia, biasanya usia antara 7 dan 9 bulan. Pastikan daging dimasak sehingga  lembut dan potongkan kecil-kecil. Bebola daging dan burger biasanya mempunyai tekstur yang lebih lembut dan mungkin lebih mudah buat bayi anda.

 

ss_101773191_beans

Kacang Yang Telah Empuk diMasak

Apabila bayi anda telah mampu menggenggam dan mengambil objek kecil, biarkan dia menggenggam kacang! Kacang yang telah siap dimasak adalah ideal untuk dipegang kerana bayi sukakan tekstur yang lembut. Tambahan lagi, kacang adalah sumber nutrisi, penuh dengan protein, serat, asid folik, dan lain-lain nutrien. Usah ragu untuk membeli kacang dalam tin, tetapi pastikan anda pilih tin bebas BPA dan bilas kacang terlebih dahulu untuk menghilangkan lebihan natrium.

 

ss_101926618

Lobak Kukus dan Kacang Hijau

Lobak mentah dan kacang hijau perlu diketepikan sehinggalah bayi anda berupaya untuk mengunyah dan menelan makanan keras dengan selamat, biasanya selepas usia 12 bulan. Lobak kukus bagaimanapun, selamat untuk bayi anda pada usia 7 hingga 8 bulan. Untuk pastikan lobak dan kacang dimasak cukup lembut, picit antara dua jari anda; jika sayur tadi mengeluarkan sedikit air, ia adalah sempurna.

 

ss_101380211

 

Mi atau Pasta

Mahukan pasta sebagai makanan malam? Pasta dan mi adalah makanan kegemaran kebanyakan bayi kerana ianya lazat dan mudah untuk dihidangkan. Untuk mengelakkan bayi anda tercekik, pastikan pasta dimasak dengan baik dan potong kepada lapisan kecil.

 

ss_101926435_w

Buah Lembut Seperti Tembikai dan Buah Pic

Secara semulajadi buah-buahan dan sayur-sayuran lembut tidak perlu dimasak. Banyak pilihan seperti tembikai, buah pic, tomato dan avokado boleh dipotong menjadi potongan panjang atau ketulan kecil untuk memudahkan bayi seawal usia 6 bulan untuk memakannya. Dalam apa-apa bentuk, buah-buahan adalah berkhasiat dan mudah disediakan.

 

ss_101503240

Telur Hancur

Walaupun telur putih kebiasaannya dihadkan sebelum bayi berusia satu tahun, kini kita tahu bahawa telur keseluruhannya adalah selamat dan menjadi sumber besi, protein, dan choline yang sangat baik. Telur juga adalah makanan yang sangat mudah disediakan kerana anda sudah pun punyainya di dalam peti sejuk anda. Jadi siapkan beberapa telur hancur atau telur dadar dan biarkan anak anda menikmatinya.

 

ss_101926107_w

Brokoli

Sebelum bayi mampu menggenggam dengan baik, penyediaan brokoli beserta dengan tangkainya adalah satu pilihan tepat untuk bayi anda. Sediakan brokoli dengan sempurna sebelum anda beri kepada bayi anda. Rasa brokoli yang agak pahit boleh mencabar selera bayi anda, tetapi jangan berputus asa. Pendedahan yang konsisten mungkin menyebabkan bayi anda mampu menerima makanan ini dari masa ke semasa.

 

ss_101926180_w

Potongan Timun

Potongan timun mungkin sukar buat bayi anda untuk menggigitnya sebelum pertumbuhan gigi, tetapi ia sebenarnya bagus untuk menyembuhkan sakit gusi pada masa yang sama. Untuk mengelakkan tercekik, potong timun kepada potongan berjalur panjang dan lebar supaya bayi anda boleh menggigit dengan selesa.

 

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah