
Minggu ini bayi anda sudah sebesar buah betik besar yang panjang dengan ukurannya sepanjang 18.7 inci dari kepala hingga tapak kaki dan seberat 2.63 kg.
36 minggu bermaksud anda sudah hamil selama lapan bulan dan kini memasuki bulan yang ke-9.
Tinggal hanya lagi 4 minggu sebelum anda sampai ke tarikh dijangka bersalin. Kesemua simptom pada minggu ini berkait rapat dengan saiz bayi yang sudah semakin besar. Antara simptom yang ada ialah :
Sekiranya terdapat simptom yang lain dari kebiasaan, sila berjumpa doktor dengan segera.
Kulit janin yang melindungi bayi dan air ketuban sudah semakin lembut dan menunggu masa untuk pecah.
Tumbesaran bayi sudah mula berkurang bagi membolehkan bayi boleh muat untuk keluar semasa bersalin nanti disamping bayi boleh menyimpan tenaga yang cukup.
Buat masa ini, hampir keseluruhan sistem dalam badan bayi sudah berfungsi dengan baik dan boleh digunakan apabila bayi keluar nanti. Tetapi ada juga yang masih belum matang contohnya sistem penghadaman yang mengambil masa kira-kira 2 tahun selepas bayi dilahirkan.
TIPS MINGGU INI
Bersedia untuk air ketuban pecah bila-bila masa sahaja dari sekarang. Anda juga boleh bersedia menyediakan bahan-bahan masakan untuk berpantang bagi meringankan suami anda semasa tempoh berpantang nanti.
Jangan lupa sediakan sekali jadual dan menu makanan pantang sekiranya suami sendiri yang akan menjaga anda nanti.