Pizza, Cheese Kek, Keropok lekor dan pelbagai lagi makanan sudah diintegrasikan dengan keju. Jangan sampai ada nasi lemak keju sudah-lah. Ramai orang memang sangat meminati keju. Tidak hairanlah jika ada ibu yang mengidam keju ketika hamil. Namun,adakah pengambilan keju dibenarkan semasa hamil?
Bolehkah Keju Dimakan Ketika Hamil?
Keju merupakan salah satu sumber kalsium yang baik untuk badan. Tapi,bukan semuanya boleh dimakan ketika hamil kerana ada keju yang merbahaya kepada kandungan kerana mempunyai bakteria.
Selain dari itu juga, pengambilan kalsium yang banyak akan membuatkan bacaan HB anda rendah. Justeru itu, pengambilannya hendaklah dalam kuantiti yang terkawal.
p/s: Jangan ambil keju atau mana-mana makanan tenusu berdekatan dengan masa pemeriksaan doktor!
Ini Antara Keju Yang Boleh Dimakan Ketika Hamil
1. Keju Keras
Keju keras yang boleh dimakan adalah seperti cheddar, parmesan dan Stilton. Bakteria kurang cenderung untuk membiak di keju ini kerana kandungan air dalam keju ini adalah sangat kurang.
2. Keju Lembut
Keju lembut yang tidak digunakan sebagai di dalam masakan adalah selamat dimakan. Antara keju lembut yang boleh diambil ialah keju mozzarella, keju yang terhasil dari susu kambing dan keju yang diproses.

Keju Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Hamil
1. Keju Lembut Dengan Kulit Putih
Keju lembut berkulit putih merupakan keju untuk acuan masakan seperti brie dan keju camember. Keju jenis ini tidak boleh diambil oleh ibu hamil kecuali ianya dimasak terlebih dahulu.

2.Keju Biru Lembut
Keju biru lembut seperti Denmark biru, gorgonzola dan Roquefort juga tidak boleh dimakan ketika hamil. Namun,ia juga seperti keju sebelum ini ianya boleh dimakan hanya setelah dimasak.

Mengapa Keju Lembut Lebih Merbahaya Berbanding Keju Keras?
Keju lembut perlu dielakkan pengambilannya kerana mereka kurang berasid berbanding dengan keju keras. Kelembapan yang ada pada keju lembut membolehkan kehidupan bakteria berbahaya seperti listeria.
Walaupun jangkitan listeria (listeriosis) jarang berlaku, tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil kerana bakteria ini boleh menyebabkan berlakunya keguguran, mati ketika lahir atau sakit teruk pada bayi yang baru lahir.
Mengapakah keju lembut yang dimasak adalah selamat untuk dimakan?
Keju lembut yang dimasak membantu membunuh bakteria yang terkandung di dalamnya. Keju lembut tersebut adalah seperti Chevre, Roquefort atau gorgonzola.
Hidangan makanan yang mengandungi jenis keju ini juga perlu dimasak. Bahkan, adalah sangat penting untuk memastikan keju tersebut dimasak dengan sempurna.
Apa Itu Penyakit Listeriosis?
Kajian mendapati penyakit listeriosis adalah hasil daripada bakteria yang terkandung di dalam keju yang dipanggil listeria. Namun begitu,listerosis jarang berlaku.
Pada tahun 2011, terdapat lebih kurang 147 kes listeriosis di England dan Wales, dan 27 daripadanya adalah di kalangan wanita hamil.
Oleh itu,sekiranya anda seorang ibu hamil ,risiko dijangkiti penyakit ini adalah tinggi kerana sistem pertahanan semula jadi badan anda daripada bakteria listeria lebih lemah semasa mengandung.