
Tahniah. Tetapiā¦
Pada minggu pertama dan kedua kehamilan, biasanya anda masih lagi tiada bayi di dalam kandungan.
Apa yang ada hanyalah telur (ovum) yang sedang menanti dengan penuh kerisauan lautan sperma yang cuba menembusi ovum.
Inilah waktunya untuk anda melakukan hubungan seks dengan suami.
Dalam 1 ke 2 minggu akan datang, badan anda akan mula bekerja keras untuk mempersiapkan diri bagi menerima kehadiran bayi anda.
Sekarang ini, rahim anda sudah pun mula mempersiapkan keadaannya untuk menerima telur yang telah disenyawakan.
Doktor sendiri susah untuk menentukan tarikh yang tepat berlakunya ovulasi. Jadi, untuk memudahkan kebanyakan doktor akan mengira hari pertama kehamilan anda bermula pada hari terakhir anda datang bulan.
Pening ke penjelasan ni? Boleh klik sini untuk belajar cara kira due date anda.
Ovulasi – Proses pelepasan telur dari ovari. Selepas ovulasi, telur bersedia untuk disenyawakan dengan sperma.
Simptom yang berlaku pada minggu satu ini biasanya lebih kurang sama dengan tanda-tanda datangnya haid. Ia boleh berlaku selama 3 hari – 7 hari. Antaranya ialah :
Masih lagi tiada bayi, tetapi rahim anda sudah mula menghasilkan lapisan rahim yang baru yang mana akan menjadi tempat telur yang sudah disenyawakan akan menempel.
Fakta menarik. Telur manusia adalah sel terbesar dalam badan kita. Saiznya mencecah sebiji buah peach.
Biasanya wanita hanya mula rasa tidak kena dengan badan mereka pada minggu ke-4 selepas ovulasi berlaku.
TIPS MINGGU INI
Sekiranya anda suka minum kopi dengan kerap, merokok atau minum alkohol, inilah waktunya untuk anda mula kurangkan dan berhenti terus.