5 Cara Bersihkan Mulut Bayi. Jangan Biarkan Saja Kesan Putih Itu

cara bersihkan mulut bayi
[rank_math_breadcrumb]

Bayi yang selalu memasukkan barang dan menghisap jari khususnya cenderung kepada pelbagai jenis bakteria yang ada di sekitarnya. Oleh itu, sungguhpun bayi belum tumbuh gigi, kebersihan mulut bayi perlu dijaga dengan sempurna dengan mempraktikkan cara bersihkan mulut bayi yang betul.

Mungkin anda juga pernah terlihat kesan berwarna putih pada lidah bayi setelah menyusu. Ini adalah sisa-sisa susu yang seharusnya dibersihkan. Sekiranya dibiarkan, ia bukan saja boleh menyebabkan mulut bayi berbau masam, tetapi juga mengundang kulat jangkitan kulat atau dikenali sebagai candida albicans.

5 Cara Bersihkan Mulut Bayi. Jangan Biarkan Saja Kesan Putih Itu

Di sini kami ingin berkongsikan cara bersihkan mulut bayi dengan betul, langkah demi langkah.

1. Sediakan peralatan secukupnya

Pertama sekali, sediakan bahan secukupnya. Pastikan anda menunggu lebih kurang 30 minit selepas bayi menyusu untuk mengelakkannya termuntah.

Anda boleh membeli berus gigi khusus untuk bayi yang mudah digunakan dengan memakainya pada jari telunjuk. Tapi kalau tak ada pun, boleh menggunakan kain kasa/lampin bersih yang dililitkan di jari telunjuk. Kemudian sediakan semangkuk air bersih.

2. Bersihkan Lidah

Pangku bayi dengan posisi duduk yang selesa. Kemudian, celupkan jari yang dibalut kain lampin tadi dan masukkan ke dalam mulut bayi atau pada kesan putih bekas sisa susu.

Berikan tekanan lembut pada lidah bayi, tarik ke arah luar. Ulangi langkah ini beberapa kali. Kalau bayi masih belum biasa dan nampak tidak selesa, jangan terburu-buru melakukannya. Ingat, jangan masukan jari terlalu dalam, kerana mungkin akan menyebabkan bayi termuntah.

3. Bersihkan Gigi

Jika bayi sudah mempunyai gigi, kita anda seharusnya turut membersihkan giginya. Gantikan kain tadi tadi dengan kain yang baru atau bahagian yang masih bersih. Bersihkan gigi bayi perlahan-lahan mengikut arah jarum jam.

Mulakan dari bahagian luar, bahagian atas, dan akhir sekali bahagian belakang.

4. Bersihkan Gusi

Seterusnya, bersihkan pula gusi bayi. Caranya sama seperti membersihkan lidah. Akhir sekali, berikan sapuan ringan pada bahagian atas lelangit bayi.

5. Ulangi Rutin Setiap Hari

Mulut bayi mungkin tidak akan terus bersih dengan mempraktikkan cara bersihkan mulut bayi ini. Ia sepatutnya dijadikan rutin yang dilakukan setiap hari.

cara bersihkan gigi bayi
Foto Kredit: thedentalcheck.com

Jangan Terlalu Memaksa, Ya!

Sekiranya bayi kelihatan tidak selesa, cuba pujuk bayi dengan mengajaknya berbual, menyanyi, atau bermain. Jangan terlalu memaksa atau memarahinya kerana ia boleh menyebabkan bayi trauma.

Nanti, lain kali mungkin bayi akan ‘mogok’ untuk buka mulut dan mengamuk apabila kita mahu membersihkan mulut mereka.

Di samping itu, ibu bapa jangan lupa membawa bayi untuk pemeriksaan gigi seperti yang ditetapkan oleh doktor. Selalunya mereka akan diberikan temujanji sekitar usia 6 bulan hingga 1 tahun. Lebih awal lebih bagus kerana sebarang kerosakan boleh dikesan dengan cepat.

 

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah