6 Cara Mengatasi Bengkak Susu, Bahaya Kalau Dibiarkan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

“Bisanya payudara ni… Macam mana nak menyusukan ‘baby’ kejap lagi. Berdenyut-denyut rasa sakitnya. Apalah cara mengatasi bengkak susu ni ya?”

Dalam setiap episod penyusuan badan, ibu-ibu tentu pernah mengalami banyak masalah seperti bengkak susu, puting melecet, puting tersumbat, dan sebagainya.

Tanda Bengkak Susu

Antara tanda bengkak susu adalah rasa sakit dan tegang pada payudara, terasa keras, sedikit panas, dan jika disentuh, ada ketulan di dalamnya. Keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi kondisi puting payudara. Bayi mungkin akan beasa sedikit sukar untuk melekap seperti biasa akibat puting yang tenggelam.

Nampak remeh, tetapi sebenarnya bengkak susu tidak patut dianggap ringan kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti mastitis sehingga memerlukan pembedahan.

Maka, kami ingin kongsikan beberapa cara mengatasi bengkak susu agar ianya dapat dikawal secepat mungkin.

cara mengatasi bengkak susu
Foto Kredit: breastfeedinginfoforparents.ca

6 Cara Mengatasi Bengkak Susu Dengan Mudah Dan Berkesan

Cubalah melegakan atau mengatasi bengkak susu melalui cara ini.

1. Tuaman Panas

Semasa payudara terasa sangat bisa dan berat, cubalah lakukan tuaman panas di rumah.

Terdapat beberapa cara melakukannya, sama ada menggunakan pek air panas, tuala yang direndam dengan air suam, dan mandian air panas di pancuran (shower). Dengan cara ini juga, pengeluaran susu pada saluran-saluran yang tersumbat dapat menjadi lebih lancar.

6 Cara Mengatasi Bengkak Susu, Bahaya Kalau Dibiarkan! 1
Foto Kredit: neswtrend.news

2. Mengurut Payudara

Anda mungkin berasa sangat sensitif apabila payudara anda disentuh, apatah lagi diurut, bukan? Tetapi, jangan biarkan perasaan ini menghalang anda untuk melakukan urutan.

Urutan pada payudara amat membantu mengurangkan bengkak susu. Jadi, rajin-rajinkan mengurut payudara dengan menggunakan 4 jari dari arah atas ke arah puting. Lakukan sekeliling payudara, terutamanya ketika anda sedang mengepam atau menyusu bayi.

Anda juga boleh menggunakan sikat rambut yang bersih untuk membuat urutan dan menghilangkan ketulan-ketulan pada payudara.

6 Cara Mengatasi Bengkak Susu, Bahaya Kalau Dibiarkan! 2
Foto Kredit: ja.be

3. Gunakan Pam

Jika susu terlalu penuh, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan lebihan susu. Namun, pastikan anda mempunyai jadual mengepam yang konsisten.

Jangan keterlaluan dalam mengepam kerana ia boleh merangsang penghasilan susu yang berlebihan dan melebihi keperluan bayi hingga menyebabkan anda sering mengalami bengkak susu.

6 Cara Mengatasi Bengkak Susu, Bahaya Kalau Dibiarkan! 3
Foto Kredit: which.co.uk

4. Menyusukan Bayi Dengan Kerap

Anda akan mendapati bayi sukar melekap dengan betul akibat puting yang terlalu tegang atau tenggelam. Seperkara lagi, bayi mungkin tidak mahu menyusu apabila anda mengalami bengkak susu akibat aliran susu yang terlalu laju.

Jadi, anda boleh cuba memerah keluar sedikit susu lebihan dengan menggunakan tangan. Dengan cara ini, bayi lebih mudah untuk menyusu seperti biasa.

Jangan lupa gilirkan payudara dan pastikan bayi turut menyusu pada waktu malam.

cara mengatasi bengkak susu
Foto Kredit: greenprophet.com

5. Gunakan Bra Yang Sesuai

Payudara yang terlalu penuh akan terasa berat dan boleh menyebabkan ibu berasa lenguh, bisa, dan letih yang luarbiasa.

Oleh itu, penggunaan bra yang sesuai amat penting bagi memastikan payudara anda disokong sepenuhnya oleh struktur bra menyusu yang baik.

6 Cara Mengatasi Bengkak Susu, Bahaya Kalau Dibiarkan! 4
Foto Kredit: bubhub.com.au

6. Ambil Ubat Tahan Sakit Dengan Nasihat Doktor

Jika anda tidak dapat menahan sakit, pastikan anda memberitahu doktor dan mendapatkan ubat dengan preskripsi dan dos yang selamat.

Sekiranya anda ada mengambil suplemen atau memakan jamu selepas berpantang, cuba hentikannya buat sementara kerana ia mungkin mengandungi ramuan yang merangsang penghasilan susu yang terlalu banyak.

6 Cara Mengatasi Bengkak Susu, Bahaya Kalau Dibiarkan! 5
Foto Kredit: videohive.com

Cepat Ambil Tindakan

Dalam sesetengah keadaan, bengkak susu boleh menyebabkan demam atau mastitis, iaitu jangkitan bakteria yang turut disebabkan oleh puting melecet atau puting tersumbat. Oleh itu, sekiranya anda mendapati payudara anda terlalu penuh, cepat-cepatlah pastikan agar anda mengambil salah satu tindakan di atas.

Seperkara lagi, jangan jadikan masalah bengkak susu sebagai penghalang untuk anda menyusukan bayi anda dengan kerap atau seperti biasa.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

1 thought on “6 Cara Mengatasi Bengkak Susu, Bahaya Kalau Dibiarkan!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top