5 Ucapan ‘Magik’ Yang Anak Anda Perlu Dengar Setiap Hari

cara berkomunikasi dengan anak
[rank_math_breadcrumb]

Mungkin kerana kesibukan kerja, travel, atau rutin harian yang padat, kita menganggap anak-anak akan memahami situasi kita. Tapi hakikatnya, cara berkomunikasi dengan anak perlulah berkesan dan mereka seharusnya kasih sayang sentiasa diingatkan dan diekspresikan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW melalui sepotong hadis:

Abu Hurairah RA berkata;

قَبَّلَ النَّبِىّ صلى الله عليه وسلم الْحَسَنَ بْنَ عَلِىٍّ ، وَعِنْدَهُ الأقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِىُّ جَالِسًا ، فَقَالَ الأقْرَعُ : إِنَّ لِى عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا ، فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، ثُمَّ قَالَ : مَنْ لا يَرْحَمُ لا يُرْحَمُ

“Nabi SAW mencium Al-Hasan bin ‘Ali, dan di sisi Nabi ada Al-Aqra’ bin Haabis At-Tamimiy yang sedang duduk. Maka Al-Aqro’ berkata, “Aku punya 10 orang anak, tidak seorangpun dari mereka yang pernah kucium”. Maka Rasulullah SAW pun melihat kepada Al-‘Aqro’ lalu Baginda berkata, “Barangsiapa yang tidak merahmati/menyayangi maka ia tidak akan dirahmati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan betapa pentingnya kita sebagai ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak setiap hari.

Berikut adalah antara beberapa ucapan yang boleh kita ucapkan kepada anak-anak, tak kiralah yang masih kecil ataupun yang meningkat usia remaja. Mudah-mudahan, ia memberi kesan luarbiasa serta sentuhan magik kepada emosi dan rohani anak-anak kita.

5 Ucapan ‘Magik’ Yang Anak Anda Perlu Dengar Setiap Hari

1. “Mama/Papa sayangkan kamu”

Jangan biarkan satu hari pun berlalu tanpa memberitahu anak-anak bahawa kita menyayangi mereka. Anak-anak akan berasa selamat apabila diingatkan bahawa kita sentiasa mencintai mereka.

Dalam hari-hari yang sukar, anak-anak mungkin akan buat ‘perangai’ atau tidak berkelakuan baik seperti apa yang kita harapkan. Sungguhpun begitu, penting untuk anda jelaskan kepada mereka bahawa semua perkara ini tidak akan sesekali melunturkan kasih sayang anda terhadap mereka.

2. “Mama/Papa seronok bermain dengan kamu”

Tak kiralah apa jua aktiviti yang anda lakukan hari ini, cuba beritahu anak bahawa anda sangat gembira berada di samping mereka.

Tidak dapat dinafikan, seorang anak sememangnya sumber keceriaan dan kegembiraan dalam sebuah keluarga. Malah, anak juga adalah sumber rezeki dan anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Jadi, jangan malu-malu meluahkan kepada anak betapa berharganya mereka buat anda.

3. “Kamu sangat istimewa”

Tak perlu tunggu anak-anak naik pentas, terima anugerah di sekolah, atau menang pertandingan untuk mengucapkan ayat ini kepada mereka.

Sebaliknya, fahamilah bahawa setiap individu mempunyai keunikan tersendiri yang diciptakan oleh Allah. Oleh itu, beri perhatian kepada perkara-perkara ‘simple’ yang dilakukan oleh anak setiap hari dan ekspresikan penghargaan anda kepada mereka.

4. “Mama/Papa suka bila kamu…”

Setiap orang tentunya berasa gembira apabila mengetahui mereka dapat membuat seseorang gembira – terutamanya anak anda.

Jadi, ambil kesempatan ini untuk mengingatkan mereka tentang perbuatan mereka, karakter, kelakuan baik, idea bernas, atau apa-apa saja yang positif.

5. “Mama/Papa percayakan kamu”

Salah satu perkara mustahak yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak adalah apabila mereka tahu ibu bapa sentiasa menyokong mereka. Dengan kata-kata ini, anak akan berasa lebih konfiden, berani mencuba, dan tidak mudah berputus asa untuk menghadapi cabaran.

Selain itu, ia juga membuka lebih banyak peluang kepada anak untuk meneroka serta meningkatkan usaha dalam melakukan apa saja yang mereka minati.

Cara Berkomunikasi Dengan Anak Amat Penting

Mudah, bukan? Walaupun 5 ucapan ini begitu ‘simple’, tetapi percayalah cara berkomunikasi dengan anak ini mampu memberi kesan luarbiasa kepada masa depan mereka.

Jadi, pastikan anak-anak anda tahu betapa mereka disayangi dan dicintai agar mereka dapat membesar sebagai seorang anak yang positif, berkeyakinan tinggi, dan memiliki perasaan belas kasihan terhadap sesama insan.

Tak payah tunggu mereka besar, mulalah melakukannya hari ini juga!

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah