5 Cara Seorang Ayah Boleh Lakukan Untuk Meredakan Tangisan Bayi. #3 Sangat Epik

Tips Meredakan Tangisan Bayi
[rank_math_breadcrumb]

Tips Meredakan Tangisan Bayi

Ayah-ayah jarang mendapat pegiktirafan atas usaha mereka dalam menjaga anak. Tapi kalau anda rajin bertanyakan ayah-ayah yang lain.Mesti ada diorang kongsikan tips dan teknik bagaimana mahu meredakan tangisan anak. Ini beberapa cara yang sempat kami AnakkuPermataku kumpulkan.

1) Sentiasa Bereksperimen

Ya.Macam saintis bunyinya.Tapi hakikatnya setiap teknik yang digunakan berbeza mengikut keadaan bayi dan persekitaran bayi tersebut berada. Bayi yang menangis di rumah tak sama strateginya dengan bayi yang berada di kompleks beli belah.

Tetapi.Sekiranya semua usaha anda tidak berjaya.Barangkali bayi anda mengalami situasi Baby Colic. Satu episod tangisan yang berlaku lebih 3 jam sehari dan dalam tempoh 3 hari seminggu dan berterusan sehingga 3 minggu. Biasanya berlaku antara minggu kedua sehingga bulan keempat kelahiran bayi.

Jangan risau! Keadaan ini dikategorikan sebagai SIHAT.Cuma anda tidak mampu mengawalnya.

2) Cari Punca Sebenar Bayi Menangis

Kalau kita orang dewasa sakit,kita akan mencari puncanya. Sama juga apabila bayi menangis.Pasti ada puncanya. Ini antara kemungkinan punca-puncanya :

  • Lapar
  • Terlalu sejuk/panas
  • Pampers sudah penuh dengan najis
  • Mahukan perhatian

3) Cuba Teknik Pinky Ini

Sekiranya anda sudah buntu mencari puncanya.Anda boleh mencuba teknik klasik sepanjang zaman ini.Pilih jari anda yang paling kecil sekali,dan biarkan bayi anda memegangnya erat-erat.Dan tawarkan kepadanya untuk menghisap jari anda.

Tapi AWAS! Jangan menolak terlalu kuat di dalam mulut bayi anda.Ia boleh menyebabkan kecederaan.

Cara Menghentikan Tangisan Bayi

4) Berikan Minuman

Jangan anda beri air mineral atau air manis pula.Bagi kepada bayi apa yang dia perlukan. Susu ibu yang diperah atau susu tepung formula.Tanya bini anda terlebih dahulu.Jangan beri sembrono.Nanti kena marah, kesian pada bini kena pujuk kita yang merajuk pula.

5) Rock dan Swing

Bayi teramat suka pada pergerakan.Masakan tidak.Kucing yang mengejar bola pun mampu membuatnya tergelak-gelak comel. Apa yang anda boleh lakukan ialah, mengagah-agah bayi anda.

Anda juga boleh mendukungnya dan melakukan aksi superman padanya.Jangan sampai terlepas pula.Berhati-hati dan have fun dengan anak anda.

6) Teknik Rahsia SuperMama

Okay.Ini tak termasuk dalam tajuk.Teknik ini amat sesuai setelah semua teknik dan strategi telah pun anda lakukan.Caranya ialah,tunggu sampai isteri@emak kepada anak anda tidak sibuk.Dan serahkan kepadanya.

Anda sebagai ayah boleh perhatikan,apa yang bini anda lakukan.Untuk kegunaan masa hadapan sekiranya bini anda tiada disisi.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah