#4 Tanda Bayi Mengalami Alergi – Cukup Merisaukan

[rank_math_breadcrumb]

kanak-kanak elergikFakta yang perlu kita bahawa apa sahaja makanan si ibu, si bayi yang menyusu juga akan menikmatinya. Demi bayi tercinta, si ibu sanggup makan apa sahaja yang terbaik demi memastikan bayinya mendapat zat penting untuk tumbesaran. Disebabkan itu, ramai ibu sangat berwaspada dengan makanan mereka kerana meraka tahu apa yang mereka makan, akan turut memberi kesan terhadap buah hati. Tetapi tak ramai yang menyedari bahawa makanan yang mereka makan, boleh membuatkan si bayi alergi.

Jika tiba-tiba anda dapati terdapat gejala alergi pada bayi anda, jangan hentikan pemberian susu. Apa yang perlu anda buat adalah, pilih makanan lain yang tidak menyebabkan alergi pada bayi anda. Dalam keadaan tertentu, anda mungkin boleh merujuk doktor dan meminta pendapat mereka berkaitan pemakanan yang perlu anda ambil.

Makanan yang biasanya menyebabkan alergi melalui susu ibu termasuklah susu lembu, kacang tanah dan makanan laut. Anda tidak perlu untuk menghentikan terus pengambilan makanan tersebut sepanjang menyusu kerana anda masih lagi memerlukan khasiat yang ada di dalamnya.

Apa yang terbaik yang boleh anda lakukan adalah, elakkan mengambil makanan yang menyebabkan alergi secara serentak.Berpantang dari mengambilnya dalam tempoh masa tertentu dan sekiranya anda ingin mengambilnya juga pastikan ia dalam kuantiti yang sedikit.

 

bayi-alergi

Tanda-tanda bayi anda mengalami alergi :

 

#Ruam pada kulit.

Bintik-bintik merah di kawasan pipi merupakan petunjuk awal bayi anda mengalami alergi.

#Selesema.

Bayi yang mengalami selesema akibat alergi biasanya akan mengeluarkan cairan yang cair dari hidung. Manakala bagi selesema biasa, bayi biasanya mengeluarkan cecair sedikit kental dan kadang kala berwarna hijau dari hidung.

#Air besar berdarah.

Ia akan berlaku apabila alergi sudah mula mengganggu saluran pencernaan si bayi.Kebiasaannya akan berlaku dalam kalangan bayi berusia dua hingga enam minggu.

#Cirit dan muntah.

Sekiranya si ibu tidak sedar bahawa bayinya sedang mengalami alergi, mereka cenderung untuk menghadapi masalah cirit birit dan muntah.

 

Kami di Anakku Permataku suka untuk menasihatkan anda supaya sentiasa berwaspada dengan apa-apa sahaja tanda awal yang ditunjukkan oleh bayi anda kerana dikhuatiri mereka sedang berhadapan dengan alergi. Jika ini berlaku, cepat-cepat tukar menu pemakanan anda. Jangan segan silu untuk sentiasa merujuk pada doktor yang berhampiran.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah