3 Resepi Bubur Bayi 8-12 Bulan Yang Mudah Disediakan

Resepi bubur bayi
[rank_math_breadcrumb]

Kadangkala, nak memasak untuk bayi boleh buat ibu pening kepala mencari idea apa yang boleh si comel makan. Kalau dah ada idea resepi bubur bayi, kena pilih pula yang sesuai dengan selera bayi anda. Semasa membesarkan si comel, anda perlu cuba mempelbagaikan jenis makanan yang anda berikan.

Anda disarankan untuk mencuba memperkenalkan hanya satu makanan pada satu masa, dalam masa 4 hari. Ini memberikan masa kepada lidah bayi anda untuk berasa selesa dengan makanan baru. ‘4 days rule’ ini juga membolehkan anda mengesan sebarang kesan alahan atau alergi pada bayi anda, jika ada.

Sekiranya tiada ruam dan alahan selepas 4 hari, bayi anda mungkin tidak mempunyai masalah dengan makanan tersebut.

Pada artikel ini, saya kongsikan 3 resepi bubur bayi 8 hingga 12 bulan yang anda boleh cuba berikan kepada si comel anda.

1. Resepi bubur nasi

Bahan-bahan:

  • Suku penuh cawan beras (25 gram atau dalam anggaran 3 sudu besar)
  • Satu tiga suku cawan air (dalam 450ml)

Cara memasak:

  1. Didihkan air dalam periuk memasak. Masukkan beras tadi yang dikisar halus. Kacau beras tersebut dari semasa ke semasa.
  2. Reneh bubur tersebut selama 10 minit dan teruskan mengacaunya.
  3. Hidangkan bubur nasi semasa ianya masih panas.

2. Resepi bubur nasi dengan labu manis dan lobak

Bahan-bahan:

  • 1 batang lobak
  • 1 potong labu manis
  • Suku penuh cawan beras (25 gram atau dalam anggaran 3 sudu besar)

Cara memasak:

  1. Basuh semua bahan di atas dengan bersih seperti biasa.
  2. Potong labu manis dalam bentuk dadu. Labu manis ini akan menjadi mudah lembik setelah dimasak dan mudah untuk dilenyek nanti. Jadi potong dalam bentuk dadu pun tak mengapa.
  3. Lobak dipotong kecil ataupun dihiris. Anda boleh gunakan alat pengupas kulit timun dan lobak untuk menghirisnya sehingga nipis.
  4. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk memasak.
  5. Seterusnya, hanya masakkan bubur nasi labu manis ini seperti biasa.

Resepi bubur bayi

3. Resepi bubur nasi dengan tauhu dan kacang pis

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar tauhu, dicincang (dalam 25 gram)
  • 2 sudu besar beras (dalam 25 gram)
  • 1 sudu besar kacang pis yang dibuang kulit (dalam 15 gram)
  • 2 cawan stok ayam rebusan sendiri (dalam 500ml)

Cara memasak:

  1. Masak nasi dengan stok ayam rebusan sendiri dalam periuk memasak.
  2. Setelah bubur nasi masak, masukkan kacang pis dan lenyek jika perlu.
  3. Renehkan bahan dengan api perlahan lebih kurang 5 minit.
  4. Masukkan tauhu ke dalam periuk sebelum memadamkan api.
  5. Sejukkan dan lenyekkan untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Kongsikan Artikel Ini

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah