Resepi Makanan Bayi Ini Boleh Naikkan Selera Si Manja Anda. - Zuriat

Resepi Makanan Bayi Ini Boleh Naikkan Selera Si Manja Anda.

resepi-makanan-bayi-pisang-peech-dan-strawberry
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Assalamualaikum.

Biasanya, Daddy tengok ibu-ibu mesti macam nervous bila anak dah 6 bulan. Ye la, tak tahu nak bagi makan apa. Balik-balik bubur. Baby pun tahu jemu ye.

Sebab itu, daddy nak kongsikan 3 resepi makanan bayi dengan ibu-ibu sekalian. Check it out!

PUREE BETIK

resepi-makanan-bayi-puree-betik

Masa penyediaan: 2 minit

Masak: Tak Perlu

Cara Penyediaan: Kupas kulitnya. Lenyek dengan garfu. Boleh juga dicampurkan dengan susu ibu jika perlu. Betik mengandungi Vitamin C dan Beta-Carotene yang tinggi sebagai anti radang dan penguat imun sistem. Betik amat bagus untuk merawat anak sembelit, namun harus juga berhati-hati sebab kalau terlebih boleh sebabkan cirit-birit pula.

PUREE EPAL DAN MANGGA

resepi-makanan-bayi-puree-epal-dan-mangga

Masa penyediaan: 5 minit

Masak: 9 minit

Bahan-bahan: 100gm (4oz) mangga ranum, dikupas kulit dan dipotong kecil. 2 biji epal yang di potong kecil

Cara Penyediaan: Stim buah epal sehingga lembut. Campurkan epal dan mangga. Blend sehingga lembut. 

PUREE PISANG, PEECH DAN STRAWBERRY

resepi-makanan-bayi-pisang-peech-dan-strawberry

Masa penyediaan: 5 minit

Masak: 2 minit

Bahan-bahan: 1 biji pisang, 2 biji strawberi, 1 biji peach yang ranum.

Cara Penyediaan: Masukkan buah-buahan dalam kuali dan masak selama 2 minit. Blend dan siap!

Kesemua puree ini boleh diasingkan dalam bekas plastik kecil-kecil dan disimpan dalam freezer untuk digunakan pada hari lain. 

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top