3 Tips Memperkenalkan Makanan Pertama Kepada Bayi Anda

[rank_math_breadcrumb]

baby makan
3 Panduan PENTING untuk mengetahui makanan apa dan berapa kuantiti yang sesuai bagi memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda.

 

Kuantiti makanan yang kami kongsikan ini hanya sebagai rujukan sahaja, jadi jangan bimbang jika anak anda makan sedikit lebih atau kurang daripada yang ditunjukkan. Ia adalah satu langkah yang baik jika anda membincangkan rancangan makanan pejal dengan doktor sebelum memulakan memberi makanan pejal kepada anak anda.

 

Anda tidak perlu memperkenalkan makanan kepada anak anda mengikut turutan-turutan tertentu. Jika anda mahu memberikan bayi anda makan pisang pada usia 6 bulan, anda boleh berbuat demikian, walaupun ia tidak disenaraikan dalam senarai makanan kami sehingga bayi mencapai umur 8 bulan.

 

Dalam kebanyakan kes, anda tidak perlu menunggu untuk memperkenalkan makanan yang sangat tinggi alahan seperti telur, ikan, dan kacang tanah. Tanya doktor anda, untuk memastikannya. Lihat tips kami untuk memperkenalkan makanan baru, di bawah.

 

Umur: Bermula dari Kelahiran hingga 4 bulan

 

1. Tingkah laku bayi semasa makan

Perkembangan otot yang membolehkan refleks pergerakan yang membantu bayi anda beralih ke arah puting untuk mencari makanan

 

2. Apa yang bayi boleh makan ketika ini?

Semasa usia ini, susu ibu atau susu formula SAHAJA.

 

3. Tip pemakanan

Saluran penghadaman bayi anda masih belum sempurna, jadi makanan pepejal adalah tidak sesuai di usia ini.

 

Umur: 4 hingga 6 bulan

1. Tanda-tanda bayi anda bersedia mengambil makanan pejal

Bayi anda mungkin tidak akan melakukan semua perkara ini – mereka hanya petunjuk yang perlu diperhatikan.

  • Boleh mengangkat kepala
  • Duduk dengan baik di kerusi tinggi
  • Membuat gerakan mengunyah
  • Menunjukkan pertambahan berat badan yang ketara (berat kelahiran telah meningkat dua kali ganda) dan mempunyai berat kira-kira 6kilogram atau lebih
  • Menunjukkan minat pada makanan
  • Boleh memasukkan sudu ke dalam mulut
  • Boleh menggerakkan makanan dari bahagian luar ke bahagian dalam mulut
  • Boleh menggerakkan lidah ke depan dan ke belakang
  • Masih kelihatan lapar walau selepas 8 hingga 10 kali penyusuan susu ibu atau 40 oz. susu formula dalam sehari
  • Gigi mulai tumbuh

baby konfius

2. Makanan apa yang bayi perlukan

  • Susu ibu atau susu formula.
  • Makanan puri atau bubur(seperti kentang manis, epal, pisang, atau pear)

bubur

3. Berapa banyak setiap hari

  • Mulakan dengan kira-kira 1 sudu teh makanan puri atau bijirin. Campurkan bijirin dengan 4-5 sudu teh susu ibu.
  • Tingkatkan pengambilan kepada 1 sudu makan makanan puri, atau 1 sudu makan bijirin dicampur dengan susu ibu atau formula, dua kali sehari. Jika anda memberi bijirin kepada bayi anda, anda boleh meningkatkan kepekatan secara beransur-ansur dengan mengurangkan air.

baby sedih

 

4. Tips pemakanan

  • Jika bayi anda tidak akan makan apa yang anda tawarkan pada percubaan pertama, tawarkan sekali lagi dalam masa beberapa hari. Jangan paksa bayi anda.

 

Saat memperkenalkan makanan pejal pada bayi adalah sangat penting. jika anda memberi makanan pejal terlalu awal kepada bayi anda, bayi anda akan menghadapi komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Tetapi, jika anda lewat memberi makanan pejal kepada bayi anda, ia akan merencatkan tumbesaran bayi anda.

 

Jadi, perhatikan tingkah laku bayi anda, agar mereka membesar dengan sempurna.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah