Mainan Bayi Yang Sesuai Untuk Perkembangan si Manja di Bawah Usia 3 Bulan

mainan bayi
[rank_math_breadcrumb]

Bermain adalah salah satu proses pembelajaran yang penting dalam hidup seorang bayi. Mereka banyak belajar melalui sentuhan, pendengaran, penglihatan, deria rasa dan sebagainya. Melalui permainan, secara tidak langsung ia dapat merangsang dan membantu perkembangan bayi baik dari segi fizikal (motor, otot, sendi), logik mahupun minda mereka sendiri.

Ibu bapa seharusnya memilih mainan bayi yang sesuai mengikut perkembangan usia mereka. Ibu bapa sepatutnya tahu apa fungsi alat permainan itu serta bagaimana ia dicipta untuk memberi manfaat kepada perkembangan motor bayi.
Fasa perkembangan anak adalah berbeza mengikut tahap tumbesaran yang mereka alami.

Secara kebiasaan, hanya 3 perkara sahaja yang biasa dilakukan oleh bayi berusia bawah 3 bulan. Perkara itu termasuklah melihat, mengamati serta menolehkan kepala. Pergerakan mereka sangat terhad pada waktu ini disebabkan faktor kekuatan otot yang masih terbatas.

 

Mainan bayi yang boleh anda sediakan di rumah

1# Bermain rattle 

mainan bayiBayi biasanya akan tertarik pada permainan yang mengeluarkan bunyian. Mereka akan tercari-cari di manakah punca bunyi itu datang. Mainan bayi jenis ini mampu merangsang dan melatih bayi untuk peka dengan bunyi-bunyian di persekitarannya.

2# Bermain drummainan bayiTabiat semulajadi bayi adalah menepuk-nepuk tangannya di udara. Kadangkala kita melihatnya seperti sedang melambai-lambai. Dapatkan mainan bayi yang membolehkan dia menepuk-nepuk tangannya di situ. Kami cadangkan anda dapatkan set drum yang kecil, sesuai dengan usianya. Dengan mainan sebegini, dia berupaya mengasah kekuatan fizikal dan kemampuan tangannya.

3# Bermain telefon mainan mainan bayi

Bayi memang belum tahu apa fungsi telefon. Apa yang dia tahu, telefon hanyalah mengeluarkan bunyi irama lagu dan lampu kelipnya sahaja. Mainan bayi jenis ini sangat baik untuk merangsang stimulus mereka. Ia membantu perkembangan deria pendengaran serta deria penglihatan. Biarkan bayi respon terhadap mainan jenis ini, kerana itu tanda mereka seorang yang normal.

 

Secara keseluruhannya, mainan bayi bawah usia 3 bulan berfungsi untuk merangsang deria serta pancainderanya. Kepelbagaian warna dan bunyian mampu menarik perhatian mereka untuk terus mengexplore keseronokan hidup semasa mereka masih kecil.

Suka untuk kami ingatkan di sini, jika anda bekalkan mainan, ada baiknya anda pantau sekali keselamatan mereka. Dikhuatiri bayi anda akan masukkan mainan ke dalam mulut kerana mereka masih lagi dalam fasa pembelajaran. Bayi kecil masih tidak dapat bezakan antara makanan dan juga mainan. Jadi, tugas ibu bapa adalah untuk memantau keselamatan mereka sebaiknya.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah