Bayi Selesema – Rawatan Alternatif Tanpa Ubat

bayi selesema
[rank_math_breadcrumb]

Semua ibu bapa pastinya risau jika bayi mereka mengalami selesema. Pasti mereka tidak senang duduk melihat bayi mereka tidak selesa, tersumbat saluran pernafasan serta sukar untuk menyusu. Fasa ini antara fasa yang agak sukar untuk ditangani ibu bapa memandangkan bayi itu masih lagi kecil dan mereka tidak berupaya untuk mengeluarkan cairan mukus hidung secara sendiri.

Ramai pakar berpendapat bahawa bayi akan mengalami selesema sebanyak 8 – 10 kali dalam tempoh 2 tahun pertama kelahirannya. Perkara ini adalah biasa, dan bagaimana untuk mengatasi bayi selesema bergantung sepenuhnya pada kebijaksanaan ibu bapa mereka.

bayi selesema

Punca bayi selesema

Selesema berpunca daripada jangkitan virus di bahagian atas saluran pernafasan. Penyakit ini biasanya disebarkan akibat daripada bersin. Apabila mereka yang menghadapi selesema itu bersin, dalam masa yang sama mereka menyebarkan virus itu ke dalam udara. Virus yang disebarkan di udara akan mencari hos yang baru untuk terus hidup. Dalam konteks bayi selesema, bayi itu sendiri adalah hos pada virus tersebut.  

Bayi cenderung untuk dijangkiti selesema kerana tahap imuniti mereka masih lagi rendah. Jadi, tanggungjawab pertama ibu bapa adalah untuk menjauhkan bayi dari terdedah pada khalayak ramai. Langkah ini bertujuan meminimumkan penyebaran virus dari mereka yang berpenyakit seterusnya mengelakkan bayi selesema. 

 

Bagaimana Selesema Menjejaskan Bayi?

Umum mengetahui bahawa bayi berusia bawah 6 bulan sukar bernafas melalui hidung apabila mereka selesema. Mereka akan mengalami kesukaran bernafas akibat saluran pernafasan tersekat oleh mukus di dalamnya. Mereka tidak berupaya untuk mengeluarkan lendir mukus itu secara sendiri sehingga usia menjangkau 4 tahun, jadi anda perlu membantu mengeluarkannya.

 [Baca : 7 Jenis Mainan Berbahaya Untuk Anak Kecil]

Langkah Pencegahan

Menyusukan bayi adalah salah satu cara yang terbaik dan semulajadi dalam proses membentuk imunisasi bayi. Susu ibu terkandung di dalamnya segala nutrien penting yang diperlukan untuk proses pembesaran. Dari susu ibu juga, bayi akan mendapat antibodi dari badan si ibu secara semula jadi. Antibodi berfungsi dalam sistem ketahanan badan untuk berhadapan dengan segala jenis bakteria jahat yang menyerangnya seperti selesema bayi.

Perlindungan dengan cara menjauhkan bayi dari khalayak adalah satu tindakan yang bijak. Anda tidak tahu berapa banyaknya virus yang terampai di udara di sekeliling. Penyebaran virus melalui udara adalah sangat efektif, jadi anda perlu berjaga-jaga.

Orang dewasa juga sangat sukakan bayi. Anda sebagai ibu bapa perlu meminta mereka membasuh tangan mereka terlebih dahulu sebelum benarkan mereka menyentuh bayi anda.

Elakkan mereka yang merokok. Kajian mendapati bahawa bayi yang tinggal bersama perokok lebih cenderung dan mudah untuk dijangkiti selesema. Dan selesema bayi itu biasanya berlarutan lebih lama berbanding bayi yang tidak terdedah dengan asap rokok.

 

Rawatan Alternatif, Tanpa Sebarang Ubatan Moden

Di sini, kami kongsikan satu bentuk rawatan tradisonal merawat selesema bayi. Anda boleh mencubanya di rumah. Rawatan ini dalam bentuk wap air dicampur bersama campuran minyak bawang putih.  

bayi selesema

#Pertama, panaskan air dalam periuk dan pindahkannya ke dalam baldi atau bekas mandian bayi anda.

#Kedua, bakar seulas bawang putih hingga kehitaman. Kupas kulitnya dan ketuk bawang tersebut. Campurkan ia dengan minyak habbatus sauda’. Jika tiada, boleh gunakan minyak zaitun ataupun minyak masak.

Minyak ini anda simpan, dan gunakan ia untuk sapukan pada dada, belakang badan dan tapak kaki bayi anda sebelum tidur untuk menghilangkan selesema bayi.

#Ketiga, masukkan beberapa titis minyak bawang putih berserta sedikit bawang yang telah diketuk sebentar tadi ke dalam air yang telah dipanaskan. Tiarapkan bayi anda di atas peha supaya dia dapat menghidu wap dari minyak bawang putih tersebut.

Amalkan selama 10-20 minit setiap sesi. Sehari dua sesi. Buat sampai 3-4 hari dan perhatikan perubahannya.

Selepas tamat sesi rawatan wap, anda digalakkan menyedut baki mukus dari hidungnya menggunakan alat penyedut (nasal aspirator). Dengan izin Tuhan, selesema bayi anda pasti berkurangan.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah