Resepi Bayi (9-11 Bulan): Sup Bihun, Ubi Keledek dan Sayuran

resepi bayi 9-11 bulan sayur dan ubi keledek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Takut si manja bosan dengan bubur nasi setiap hari? Mari pelbagaikan tunas rasa anak anda dengan resepi berkhasiat ini!

Bubur nasi sudah biasa. Apa kata cuba Sup Bihun pula!

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2 orang)

  • 15 g bihun, direndam dalam air sejuk selama 10 minit
  • 15 g (1 sudu makan) ubi keledek, dikupas dan dipotong dadu
  • 10 g (1 sudu makan) lobak merah dipotong dadu
  • 15 g (1 sudu makan) bunga kobis, dipotong dadu
  • 60 g (¼ cawan) isi ikan (tenggiri/kurau/ikan merah)
  • 400 ml (1¾ cawan) air

Cara memasak

  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Masukkan ubi keledek dan lobak merah dan masak sehingga lembut.
  3. Masukkan bunga kobis dan diikuti dengan ikan. Masak sehingga lembut.
  4. Masukkan bihun, teruskan memasak sehingga bihun menjadi lembut.
  5. Lenyek sehingga lembik dengan menambah air yang secukupnya.

Selamat mencuba!

 

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.

*Sumber Gambar dari Buku yang sama

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

NAK TAK...TIPS-TIPS BABY & PARENTING

Antara tips-tips yang akan kami kongsikan ialah...

  • Panduan Memperkenalkan Makanan Pepejal Pada Anak 6 Bulan Ke Atas
  • Rahsia Mengawal Emosi Supaya Tidak Memarahi Anak Walaupun Kita Tengah Stress & Tertekan
  • Dan banyak lagi tips lain yang akan membantu anda sebagai ibu bapa.

JOM FOLLOW KAMI DI TELEGRAM