5 Doa Untuk Anak Yang Sangat Baik Untuk Ibu Bapa Amalkan

[rank_math_breadcrumb]

Tahukah anda, doa untuk anak daripada ibu bapa terdiri daripada salah satu doa yang amat mustajab. Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada anak-anak.

Hal ini sesuai dengan sebuah hadis, di mana Baginda bersabda:

“Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Tirmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Oleh itu, kami menyenaraikan beberapa potongan doa yang mudah dan ringkas untuk direfleksi, difahami, dan seterusnya dihafal. Ini supaya, lebih mudah untuk anda membaca doa-doa tersebut setiap kali selesai solat fardhu.

doa untuk anak
Foto Kredit: incolorsclub.com

5 Doa Untuk Anak Dari Al-Quran

Di bawah ini adalah doa untuk anak yang dipetik daripada Al-Quran, sesuai untuk amalan ibu bapa.

1. Doa Agar Anak Rajin Solat

رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim, Ayat 40)

2. Doa Memohon Anak Dan Keturunan Yang Soleh

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhoi dan perbaikilah keturunanku (Surah Al Ahqaf, Ayat 15)

3. Doa Agar Anak Dilembutkan Hati

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Maksudnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” (Surah As-Syura Ayat 19)

4. Agar Anak Dilapangkan Dada

Keseluruhan surah Al Insyirah boleh diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi mesej yang amat hebat tentang berlapang dada.

Selain dibacakan sendiri, elok juga kita mengajarkannya kepada anak agar mereka juga memahami dan mengambil pengajaran daripadanya.

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿١﴾

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿٢﴾
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu 

الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿٣﴾

(3) Yang memberatkan tanggunganmu

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ﴿٤﴾

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu 

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾

(5) Oleh itu, tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦﴾

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿٧﴾

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ ﴿٨﴾

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)

5. Doa Agar Diberi Rahmat

رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat. (Surah Al-Mukminun, Ayat 109)

Foto Kredi: vk.com

Semoga Menjadi Anak Soleh

Semoga, dengan membaca dan memahami ayat-ayat di atas sedikit sebanyak mendekatkan diri kita dengan Allah. Dalam masa yang sama, jangan lupa berdoa agar Allah menjadikan kita ibu bapa yang dapat menjalankan tanggungjawab terhadap amanah Allah yang terindah, iaitu anak-anak kita.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah