Perkembangan Janin Dari Trimester Pertama Hingga Trimester Ketiga

perkembangan janin
[rank_math_breadcrumb]

Sejak mendapat tahu ada nyawa yang dikandungkan di dalam rahim, perasaan ibu tentu sekali gembira dan bersyukur. Dalam pada itu, ibu selalu ingin tahu apa yang sedang dilakukan dan bagaimana perkembangan janin setiap hari.

Perkembangan Janin Dari Trimester Pertama Hingga Trimester Ketiga

Dengan mengetahui tahap perkembangan janin, ibu juga dapat mengoptimumkan aktiviti demi mendapat kesihatan yang baik untuk si kecil.

Perkembangan Janin Trimester Pertama: Bulan 1-3

Dalam bulan pertama kehamilan, kantung ketuban mula terbentuk sebagai tempat tumbuhnya embrio. Plasenta akan berfungsi sebagai penyalur nutrisi dari ibu ke bayinya. Saiz janin pada awalnya adalah sebesar biji kacang dan jari-jari tangannya akan mula terbentuk pada bulan kedua kehamilan.

Di akhir trimester pertama, iaitu pada bulan ketiga kehamilan, saiz janin sudah mencapai sekitar saiz sekitar 7-8 cm. Pada waktu ini juga, cap jari sudah mudah terbentuk.

Perkembangan Janin Trimester Kedua: Bulan 4-6

Pada saat ini, pembentukan fizikal janin dapat dilihat berlaku dengan lebih pesat. Antaranya, tulang rawan yang lembut kini sudah menjadi tulang. Jaringan sistem saraf pusat mula terjalin seriring dengan pembentukan jantung dan sistem peredaran darah.

Dalam Islam, sumber menyatakan bahawa roh janin mula ditiupkan pada hari ke 120 kehamilan, iaitu pada hujung bulan keempat kehamilan. Di fasa ini, bayi juga sudah boleh meregangkan tubuhnya, dan anda akan mula merasakan gerakan bayi dari semasa ke semasa. Terujanya!

Sementara itu, pembentukan anggota lain seperti mata dan kening juga sudah mula berlaku. Pada akhir bulan keenam, berat badan bayi adalah sekitar 660gram.

Perkembangan Janin Trimester Ketiga: Bulan 7-9

Apabila mencapai bulan ketujuh, janin boleh membuka dan menutup matanya. Ia mungkin mula sensitif terhadap cahaya, suara, sentuhan, dan mampu bergerak untuk mengubah posisi tubuh. Ketika ini, baik bahagian luar mahupun dalamnya sedang terbentuk dengan lebih sempurna dan sedia untuk bertemu anda dalam sedikit masa lagi!

Pembentukan lemak mula berlaku dengan pesat dan menjadikan beratnya meningkat agak drastik berbanding sebelum ini hingga mencapai 1800gram pada bulan ke tujuh. Pada bulan seterusnya, ia akan meningkat lagi kepada 2.2kg, dan akhirnya boleh mencapai berat sekitar 3.2 kg pada bulan kesembilan. Oleh sebab itu, jika baby bump tidak kelihatan sebelumnya, dalam trimester ketiga inilah ia akan menyerlah.

Pada akhir bulan kehamilan, anda akan mendapat temujanji dengan doktor dalam selang masa yang lebih singkat untuk memastikan kehamilan dan kelahiran bayi dapat berjalan dengan lancar.

perkembangan janin
Perkembangan janin dalam rahim ibu mengikut trimester. / Foto Kredit: thevisualmd.com

Maklumkan Doktor Jika Berlaku Sebarang Masalah

Itulah serba sedikit tentang perkembangan janin dalam kandungan dari trimester pertama hingga ke trimester ketiga. Jangan lupa patuhi pemeriksaan bulanan dan maklumkan kepada doktor sekiranya berlaku sebarang komplikasi sepanjang kehamilan. Sebarang masalah yang dikesan pada peringkat awal biasanya akan dapat menyelamatkan kandungan daripada komplikasi menjelang kelahiran.

Perkembangan janin dari bulan ke bulan ini diharapkan dapat menjadi panduan untuk ibu mempersiapkan diri dan menjaga kesihatan. Semoga dipermudahkan semuanya!

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah