7 Cara Mudah Mama & Papa Boleh Buat Agar Anak Cepat Bercakap

anak lambat bercakap
[rank_math_breadcrumb]

Menurut laman web kesihatan WebMD, seorang bayi biasanya mula meniru bunyi-bunyian sekitar usia 9 bulan dan akan melafazkan perkataan pertama mereka sekitar usia 12 bulan.

Walaubagaimanapun, keseluruhan proses untuk bercakap ini sebenarnya merupakan proses yang kompleks. Bahkan, ia turut bergantung kepada pendedahan dan galakan yang didapati oleh persekitarannya. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu bayi anda agar cepat bercakap.

7 Cara Mudah Mama Papa Boleh Buat Agar Bayi Cepat Bercakap

Sungguhpun tiada waktu yang spesifik ditetapkan untuk anak mula bercakap, ramai ibu bapa yang risau apabila mendapati anak lambat bercakap.

Berikut adalah beberapa cara yang patut dilakukan oleh ibu bapa seawal usia:

1. Bercakap Sejak Dalam Kandungan

Menurut BabyCentre, sejak usia 23 minggu dalam kandungan, janin sudah memiliki kebolehan untuk mendengar. Sebuah kajian turut mendapati bahawa bayi yang baru dilahirkan dapat mengenali suara ibu yang biasa bercakap dengannya.

Jika anda berasa kekok untuk bercakap dengan kandungan, anda boleh membacakan doa dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk bayi sejak mengandungkan mereka. Sedikit sebanyak, ia turut membantu bayi untuk didedahkan kepada suara anda.

2. Ajak Bayi Berbual Sejak Lahir

Walaupun pada awalnya bayi sentiasa tidur, dia sebenarnya boleh merespon terhadap suara anda. Mereka juga boleh mengesan bunyi-bunyian yang terdapat sekitar rumah.

Jadi, berbuallah dengan mereka dan ceritakan saja tentang hari anda, tunjukkan barangan di sekitar mereka dan beritahu mereka yang anda sayangkan mereka! Lebih banyak anda bercakap dengannya, lebih banyak peluang mereka untuk memahami sesuatu perkataan.

Pada usia 3 bulan, bayi biasanya akan mula membuat bunyi seperti ‘aah’ dan ‘uuh’ yang disebut ‘cooing’.

3. Rajin Mendengar

Selain berbual, anda juga sepatutnya merespon terhadap pergerakan dan bunyi-bunyian yang cuba dibuat oleh bayi.

Tindakan ini akan menjadikan bayi lebih seronok dan bersemangat untuk berkomunikasi dengan anda.

4. Membaca Buku

Membaca buku bukan sekadar dapat membuka imaginasi anak, ia juga membantu bayi untuk memahami lebih banyak perkara di sekelilingnya.

Oleh itu, biasakan membaca dengan anak sejak kecil lagi walaupun mereka masih belum mengenal satu apa pun di dalam buku tersebut.

5. Beri Pujian

Senyum, beri tepukan, dan pujilah mereka apabila mereka berkomunikasi dengan anda. Tidak kiralah sama ada anda dapat memahami apa yang bayi anda cuba sampaikan, teruskan memberi galakan supaya mereka lebih yakin untuk bertutur.

Bayi banyak belajar melalui pengulangan, oleh itu jangan berasa bosan untuk terus memberi galakan kepada perkara sama yang mereka lakukan berulang kali.

6. Pelbagaikan Intonasi

Walaupun bayi belum dapat memahami perkataan tersebut, mereka amat sensitif terhadap nada suara dan emosi anda. Mereka juga amat tertarik kepada pelbagai bunyi-bunyian dan lenggok suara yang boleh dibuat oleh anda.

Oleh itu, pelbagaikanlah intonasi anda semasa bermain, bercerita, menyanyi, makan, menukar lampin, mandi, dan sebagainya. Ianya bukan saja menceriakan hari mereka, tetapi anda juga!

7. Cari Minat Anak

Jika anda perasan anak lambat bercakap, janganlah berputus asa dan berasa tertekan. Elakkan memaksa mereka bercakap sekiranya mereka belum bersedia melakukannya.

Sebaliknya, cuba cari minat mereka dan cuba pupuk minat mereka bercerita apabila sedang melakukan apa yang mereka gemari.

anak lambat bercakap
Foto Kredit: tasalamati.com

Apa Perlu Buat Jika Anak Lambat Bercakap?

Usia 2 tahun adalah penentu di mana anda mungkin sudah dapat melihat tanda-tanda anak lambat bercakap. Menurut Parents.com, pada usia tersebut, seorang anak biasanya sudah mahir menuturkan sekitar 50 perkataan yang biasa didengarinya.

Jika anda mengesyaki anak lambat bercakap, cuba teruskan tips di atas dan semak tanda-tanda ‘speech delay’ menerusi sumber yang dipercayai. Anda juga boleh membawa si kecil berjumpa kanak-kanak untuk membuat penilaian tersebut.

 

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah