Resepi Bayi (9-11 Bulan): Sweet Corn, Potato and Chicken Mix

[rank_math_breadcrumb]

Apabila umur bayi mencecah 6 bulan, mereka memerlukan nutrien yang lebih banyak daripada pelbagai sumber untuk proses tumbesaran. Bergantung pada susu badan atau susu formula sahaja tidak memadai. Oleh itu bayi harus diperkenalkan dengan makanan pelengkap.

Seiring dengan umur yang meningkat, kekerapan untuk memberi makanan pelengkap juga meningkat. Sekiranya pada umur 6-8 bulan makanan pelengkap diberikan 2-3 kali sehari (serta susu ibu 5-6 kali sehari), pada umur 9-11 bulan, makanan pelengkap diberikan 3-4 kali sehari.

Jom cuba resepi penuh khasiat ini untuk si manja anda yang berusia 9-11 bulan!

Campuran Jagung Manis, Ubi Kentang dan Ayam

(Hidangan untuk 2 orang)

 

Bahan-Bahan

  • 60 g (¼ cawan) dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit.resepi-bayi-9-11-bulan
  • 90 g (1 biji) ubi kentang, dikupas dan dipotong dadu
  • 20 g (2 sudu makan) lobak merah, dipotong dadu
  • 30 g (2 sudu makan) jagung manis
  • 125 ml (½ cawan) stok ayam
  • 30 ml (2 sudu makan) susu ibu
  • 10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang

Cara memasak

  1. Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk.
  2. Masukkan ubi kentang. Tutup dan renehkan selama 15 minit sahingga ubi kentang menjadi lembut.
  3. Masukkan jagung dan masak lagi selama 2-3 minit.
  4. Akhirnya masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
  5. Kisar campuran sehingga menjadi kasar.
  6. Masukkan susu ibu dan hidang.
Cadangan
  • Anda boleh melenyek dengan belakang sudu semasa memberi anak anda makan.
  • Hidang bersama nasi lembik.

Selamat mencuba!

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.

*Sumber Gambar dari Buku yang sama

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah