5 Cara Menjadikan Bayi Anda Bijak Melalui Permainan

[rank_math_breadcrumb]

Children playing with musical toys. Isolated on white background

Bayangkan anda sebagai seorang bayi yang baru sahaja belajar merangkak. Setiap benda yang yang berada di kawasan lantai adalah sangat dekat bagi si bayi dan setiap benda yang berada di paras mata seorang dewasa adalah jauh bagi si bayi. Si comel anda hanya menguasai kawasan lantai.

Cuba anda baring dan berlakon seperti bayi.Merangkak dan merasai perasaan,perhatian dan bau yang menguasai lantai. Yup,ianya Nampak keanak-anakan,tapi anda pasti terkejut dengan penemuan menarik di sekeliling anda. Kawasan bawah perabot anda menjadi sangat mudah untuk ditelusuri,kerusi meja makan dapat membantu anda memanjat untuk berdiri dan laci bawah almari anda sangat menarik untuk anda landing di situ.

Dan ini beberapa cadangan idea dari AnakkuPermataku untuk anda membantu proses pembelajaran bayi anda :

  1. Ikat Tali Pada Kaki Meja Anda

Ikatkan bersama-sama dengan permainan bayi, botol yang berisi beras dan scarf/kain. Tujuannya adalah untuk membolehkan si comel anda belajar mencapai, menggenggam dan menendang.

  1. Ikat Permainan Bayi Di Kerusi

Tujuannya adalah sekiranya si bayi anda terjatuhkan permainan tersebut, dia boleh belajar bagaimana untuk menarik permainan tadi menggunakan tali yang diikat. Ini dapat membantu si bayi untuk berfikir adakah permainan tersebut masih ada ataupun tidak setelah dia terjatuhkannya. Selain itu, ianya dapat membantu bayi untuk belajar menyelesaikan masalah (problem solving skills).

  1. Bina Satu Kotak Yang Si Bayi Boleh Gunakan

Isikan kotak tadi dengan permainan atau blok-blok permainan. Si comel pada masa ini suka untuk mengambil dan meletakkan permainan itu di merata-rata tempat. Tujuannya ialah untuk si comel belajar menyelesaikan sesuatu terutamanya dari permainan blok-blok tadi.

  1. Kotak Bunyi-bunyian

Kumpulkan segala peralatan yang selamat untuk bayi seperti sudu kayu,bekas kek dan lain-lain lagi.Ikatkan pada kotak yang membolehkan alatan-alatan tadi berbunyi apabila di laga-lagakan. Ini membolehkan si comel anda mengenal pasti bunyi-bunyi yang berbeza-beza.

  1. Kotak Kejutan

Bina satu kotak yang besar yang mana si bayi boleh merangkak di dalamnya.Kemudian, tutup kotak tadi dan tebuk beberapa lubang bagi membolehkan si bayi melihat dari lubang tersebut.Ini dapat membantu bayi untuk explore the world melalui deria penglihatan.

Permainan-permainan di atas tidak terhad kepada 5 ini sahaja.Anda boleh menggunakan imaginasai anda untuk menghasilkan pelbagai ciptaan yang dapat membantu si bayi menjelajah dunia barunya ini. Cuma pastikan ciptaan anda itu selamat untuk bayi.

Anda digalakkan untuk menghabiskan sebanyak-banyaknya masa untuk bermain dengan anak anda kerana tiada yang lebih indah berbanding si bayi yang dapat berkongsi kegembiraannya bersama-sama ibu dan bapanya.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah