Perkembangan Janin 22 Minggu Kehamilan – Perubahan Ibu & Bayi

Minggu ini bayi anda sudah pun sebesar cili benggala. Walaupun saiznya baru sebesar ini,  sudah mula buatkan anda termengah-mengah dan sakit belakang. Secara purata ukuran bayi ketika minggu ke-22 ialah  kira-kira 10.9 inci panjang dan seberat 430 gram.

Tamat sahaja minggu ke 22 ini, anda secara rasminya sudah hamil selama 5 bulan.

Keadaan Ibu Pada Minggu 22 Kehamilan

Untuk ibu pula, perut anda sudah memboyot besar. Kedudukan Uterus (janin) berada kira-kira 1 inci atas dari Pusat anda (bolehlah cuba ukur).

  • Saiz kaki bertambah. Anda juga boleh cuba untuk melihat kaki anda. Sekiranya anda perasan, kaki anda juga semakin membesar saiznya.
  • Anda juga memerlukan pertambahan kalori sebanyak 300 kalori bagi menampung keperluan bayi dan tubuh anda setiap hari. Ingat! 300 kalori bukan bermaksud 3 pinggan nasi, tetapi hanyalah pertambahan sebanyak 1 ketul ayam goreng tepung sahaja (contoh)
  • Pusat anda juga sudah keluar disebabkan perut anda yang semakin membesar.
  • Cecair yang keluar dari vagina juga semakin bertambah pada minggu ini. Jadi, jangan terlalu risau dan takut. Sekiranya terlalu banyak, anda boleh rujuk dengan doktor.
  • Tangan dan kaki membengkak. Semasa hamil, kandungan air dalam badan anda juga bertambah menyebabkan tangan dan kaki anda nampak seperti bengkak. Jangan risau, keadaan ini akan hilang sebaik sahaja anda bersalin
  • Sakit belakang. Belakang anda mula sakit disebakan tekanan berlebihan membawa kandungan anda. Minta suami untuk tuam dengan air suam atau urut urut belakang anda.
  • Susah Bernafas. Saiz bayi yang semakin membesar membuatkan paru paru anda lebih sempit dan sukar untuk bernafas. Sekiranya anda bersenam, jangan terlalu ekstrem dan terus berehat sekiranya rasa seperti hendak pitam.
  • Keinginan seks bertambah. Sesetengah wanita akan mengalami perasaan ingin melakukan seks bertambah. Ini kerana hormon anda agak mengganas ketika ini

Perkembangan Janin Pada 22 Minggu Kehamilan

Pada minggu ini, bayi anda sudah mula mengaktifkan deria sentuh dan belajar menggenggam tangannya. Disebabkan tiada apa yang dapat bayi pegang, dia akan memegang tali pusatnya (Jangan risau. Tali pusat tersebut cukup kuat untuk elak dari terputus), telinga atau hidungnya.

Selain itu juga, minggu ke 22 ini, deria penglihatan bayi sudah boleh memberi reaksi kepada cahaya dan kegelapan walaupun matanya masih lagi tertutup. Walaubagaimana pun, janin anda biasanya sentiasa dalam keadaan gelap.

Jadi, kalau anda tak percaya, anda boleh cuba menyuluh lampu suluh ke perut anda. Kebarangkalian untuk bayi anda bergerak sangat tinggi. Jangan risau, eksperimen ini tak membahayakan pun.

Dalam minggu ini juga, bayi anda sudah mula mendengar keadaan di dalam badan anda seperti pernafasan anda, denyut jantung anda dan bunyi perut anda ketika kelaparan. Bolehlah anda cuba dengan membuat bunyi dalaman untuk merasai samada bayi anda bertindak balas dengan bunyi dalaman atau pun tidak.

 

TIPS MINGGU INI

  • Untuk elakkan dari kekejangan kaki, lebihkan makanan yang kaya kalsium dan potasium seperti buah oren, pisang dan segelas susu sebelum tidur.
  • Sekiranya berlaku kejang kaki, cuba duduk sambil julurkan kaki dengan lurus. Sekiranya boleh, cuba sentuh jari kaki anda.

     

Sumber & Rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah