Sendawa Selepas Menyusu. Penting ke Untuk Bayi Anda?

[rank_math_breadcrumb]

imageRamai ibu bapa yang tidak tahu sebenarnya bahawa setiap kali bayi mereka menyusu, sejumlah kecil udara akan turut serta masuk ke dalam badan bayi tersebut. Udara yang kita istilahkan sebagai angin ini akan terperangkap di dalam perut bayi.

Apa yang perlu anda lakukan sebagai ibu bapa adalah anda perlu keluarkan semula angin tadi. Disebabkan bayi anda masih lagi tidak berupaya untuk sendawa secara sendiri, anda perlu sendawakannya secara manual.

Angin yang terperangkap tadi sekiranya tidak dikeluarkan, akan menyebabkan ketidakselesaan pada bayi anda. Kadangkala, mereka anda akan tersedak susu jika anda terus menidurkan mereka tanpa dikeluarkan angin tersebut terlebih dahulu.

Kebiasaan yang selalu kita lihat pada bayi adalah kembung perut. Untuk pengetahuan anda, kembung perut juga terjadi akibat daripada angin yang terkumpul dan tidak dikeluarkan.

 

4 Cara Sendawakan Bayi

# Bahu

Gendong bayi anda dalam posisi tegak menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan-lahan bahagian belakang  sehinggalah dia sendawa.

# Meniarap di pangkuan

Tiarapkan bayi anda pada peha anda. Kemudian usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari badannya.

# Duduk menghadap ke depan

Biarkan bayi anda duduk dalam pangkuan anda dengan selesa.  Bongkokkan bayi ke hadapan, gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari-jemari anda sehingga angin dalam badannya keluar.

# Dukung

Dukung bayi anda sambil membawanya berjalan-jalan di dalam rumah.  Gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok-gosok bahagian belakangnya. Bayi anda pasti selesa.

 

 

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah