Perkembangan Bayi 2 Bulan Selepas Kelahiran - Zuriat

Perkembangan Bayi 2 Bulan Selepas Kelahiran

perkembangan bayi 2 bulan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dalam tempoh perkembangan bayi 2 bulan setelah dia dilahirkan, ibu bapa seharusnya peka serta memantau perkembangan dan pertumbuhan fizikal bayi mereka. Sesungguhnya, fasa ini adalah salah satu fasa yang penting bagi semua ibu bapa.

Dalam tempoh ini, bayi biasanya sudah mampu untuk mengenalpasti dan mengecam sedikit sebanyak suara-suara yang ada di sekitarnya.
Menggalakkan bayi bermain serta kenal suara ibu, suara ayah dan suara abang kakaknya adalah satu bentuk aktiviti yang sangat baik.

 

Perkembangan Bayi 2 Bulan

Tidak semua bayi akan tenang ketika didukung oleh orang yang dia tidak kenal.
Kebanyakannya akan mudah menangis. Biasanya hanya si ibu atau si ayah sahaja yang dapat mententeramkan bayi mereka.

Lihat saja bagaimana seorang bayi yang sedang menangis dikendong oleh orang lain akan serta-merta diam dan tenang saat si ibu atau ayah memeluknya. Itu lah tanda kasih sayang bonding antara ibu dan anak.

Perkembangan lain yang boleh dilihat sewaktu berusia 2 bulan juga adalah dari segi kemampuan motor dan otot terutamanya dari segi pergerakan kepala dan tubuhnya yang semakin aktif. Gerakan kepala, tangan dan kaki mereka akan lebih bervariasi.

Bayi biasanya sudah mampu mengangkat kepalanya sendiri di saat badannya diletakkan di atas tilam.
Seeloknya ibu dan ayah perlu berwaspada dan berhati-hati dengan kemampuan tersebut, ditakuti kekuatan leher bayi masih lagi belum sempurna.

Ada ketikanya juga ibu dan ayah dapat melihat bayi menghisap ibu jarinya sendiri dan kadangkala mereka juga sudah mampu menujah-nujah kaki mereka ke udara.

Di saat usia 2 bulan juga, bayi sudah berupaya memberi isyarat bahawa dia lapar dan perlukan susu ibu.
Isyaratnya pelbagai. Kadangkala dia menangis, kadangkala dia meragam dan sebagainya.
Ibu perlu berupaya untuk kenal pasti saat bilakah bayinya lapar dan perlukan susu ibu. Disebabkan itu, mereka perlu sentiasa bersedia dan berada dekat di sisi bayinya.

 

Tidur Bayi 2 Bulan

Antara perkembangan bayi di usia 2 bulan adalah dari segi pola waktu tidur.
Mereka biasanya perlukan hampir 14 jam sehari untuk tidur. 10 jam lagi dihabiskan untuk berjaga. Waktu tidur mereka juga biasanya banyak sesi.
Ada bayi yang tidur 2 kali sehari dan ada yang 4 kali sehari.

Tiap kali bayi bangun dari tidur, ibu perlu bersiap untuk menyusukan mereka.
Saat ini juga menguji kekuatan dan ketabahan si ibu, kerana kebanyakan bayi di usia 2 bulan terjaga pada waktu tengah malam untuk menyusu.

Ibu dan ayah boleh melatih bayi dengan biasakan mereka untuk tidur dalam posisi terlentang.
Ini dilakukan untuk mengelakkan risiko kematian bayi secara mendadak.

 

Senyuman Pertama Memahat Memori

Senyuman pertama si bayi adalah satu-satunya pencapaian yang menggembirakan hati ibu ayah.
Itu petanda bayi sudahpun mengenali ibu dan ayahnya.

Hayati kisah Robperkembangan bayi 2 bulanBagi Rob, senyuman pertama dari anak perempuannya yang berumur enam minggu menyebabkan air matanya bergenang.
“Hari itu banyak masalah di tempat kerja,” dia mengimbas kembali.
“Saya tak cukup tidur dan keadaan di jalanraya amat teruk. Apabila saya sampai ke rumah dan isteri saya menghulurkan bayi, bayi saya memandang terus kepada saya dan memberi senyuman yang hebat, menampakkan semua gusinya.
Terlintas di fikiran saya, ‘Dia mengenali aku’ – dan semua yang telah berlalu tidak lagi penting.”

Sangat mengujakan bagi mereka yang pertama kali punyai cahaya mata 🙂

 

Normal kah Perkembangan Bayi Anda?

Anda perlu ingat bahawa kemampuan setiap bayi adalah berbeza dan tersendiri. Mereka akan mencapai peringkat-peringkat tersebut mengikut jadual yang tersendiri.
Usah khuatir andai perkara-perkara yang kami nyatakan di atas masih lagi belum dicapai oleh bayi anda. Teruskan merangsang perkembangannya.

Jika anda punyai sebarang pertanyaan berkaitan perkembangan bayi anda, usah segan untuk merujuk doktor yang berhampiran.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

3 thoughts on “Perkembangan Bayi 2 Bulan Selepas Kelahiran”

  1. Normal ke bby 2month++ suka brdiri lma2.bg dduk xsmpai 5saat.bby since dlm pantng lg suka brdri.bby pnah colic.xsuka baring atas lengan.baring tilam pon bru2 ni je dh ok.ada pendpt x??

    1. Selagi bayi tiada masalah atau merengek yang berpanjangan, ianya normal. Apa-apa pun, boleh jumpa doktor untuk pemeriksaan yang lebih jelas. Tak cukup hanya sekadar bertanya di ruangan komen ini =)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top