Ayah Malas Mendidik Anak? Ini 4 Perkara Mudah Yang Ayah Boleh Lakukan

Apa Peranan Ayah Dalam Mendidik
[rank_math_breadcrumb]

Apa peranan ayah dalam mendidik anak?
Biasanya hanya mak-mak yang beria..

Sebuah pemandangan biasa setiap kali seminar atau kelas hanya dihadiri para ibu sahaja kalau ada pun suami yg hadir memang antara insan terpilih.

Pada saya itu perkara biasa, bukan satu masalah besar..
Anak masih boleh “menjadi” walaupun ibu sahaja yang beria-ria

Saya berpegang pada kata-kata

‘Ibu adalah Madrasah Pertama Anak-Anak’

Tetapi ini bukan satu alasan untuk suami terus sambil lewa tiada peranan!

Sekurang-kurangnya perlu ambil juga tanggungjawab dalan didikan anak:

1) Dari Segi Kewangan

Hulur pitis (duit) untuk isteri attend course keibubapaan. Jangan berkira beri duit beli buku anak2

Jika mampu sila invest anak masuk kelas skill seperti renang, kuda, memanah …

2) Support & Sokongan

Support isteri ajar anak2..Boleh tunjukkan dalam macam2 cara. Antaranya tolong jaga anak supaya isteri dapat attend seminar..tu dah kira satu nikmat besar buat para isteri

Moral support bila isteri break down ajar anak. Ingat senang ke ajar anak? Cuba tanya berapa ramai mak yang tukar jadi singa setiap kali ajar anak AlQuran

Banyak faktor buat ibu2 stress bila ajar anak..
(antaranya bila tengok anak orang lain boleh baca, anak sendiri belum lagi kenal huruf..)

Disini peranan ayah utk cool down para isteri. Lelaki, rasional mereka lebih tinggi
Sila bantu pasangan anda.

3) Contoh Teladan

Rasullah SAW. bersabda:

“Hadiah yang paling baik yang ayah boleh berikan kepada anak-anaknya ialah pendidikan dan akhlak yang baik. ”

Sifirnya mudah. Anak adalah cerminan kita!

Nak anak suka baca AlQuran, kita dulu mula membaca AlQuran
Impikan anak cinta masjid, rajin2 bawa anak solat kat masjid
Teringin anak amalkan sunnah Nabi, Ibu Ayah dulu berahlak selari dengan ajaran Nabi Muhammad SAW

Kurangkan memghadap gajet jika kita tak berkenan tengok anak yang ketagihan gajet.

4) Usahakan Ruang dan Masa

Sesibuk mana pun para ayah mencari nafkah untuk keluarga usahakan ruang / masa untuk ajar anak ikut kemahiran yg ada.

Suami saya lebih mahir bab tajwid so dia lah cikgu tajwid dia rumah. Saya pula take over bahagian hafazan sebab tajwid agak lemah

Maka disini suami isteri ambil peranan ikut kemahiran masing-masing. Kenal pasti kemahiran pasangan dan delegate tugas mengajar anak dirumah.

Tugas mendidik anak akan menjadi lebih mudah bila suami isteri saling melengkapi.

Para suami,

Pandanglah isteri dan anak dengan kasih dan ihsan..
Moga Allah berkati rumahtangga kita dengan sakinah dan mawaddah

Perkongsian Asal Dari FB Puan Siti Aminah Sulaiman

 

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah