Resepi Bayi (9-11 Bulan): Sup Sayur Campur dengan Ikan

resepi bayi 9-11 bulan sup sayur campur ikan
[rank_math_breadcrumb]

Sayur kacang buncis kaya dengan serat yang boleh mengelakkan sembelit.  Lobak merah mengandungi vitamin A untuk mata yang sihat. Tomato pula mempunyai antioksida yang boleh menguatkan sistem imun badan bagi melawan penyakit.

Dapatkan semua khasiat tersebut untuk anak anda hanya dengan satu hidangan yang sedap! Mari cuba resepi sup sayur campur dengan ikan!

Bahan-bahan

  • 60 g (¼ cawan) isi ikan tanpa tulang dicincang halus
  • 20 g (2 sudu makan) kacang buncis dicincang halus
  • 20 g (2 sudu makan) lobak merah dicincang halus
  • 25 g (1 biji) tomato dicincang halus
  • 15 g (1 sudu makan) ubi kentang dicincang halus
  • 5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang halus
  • 300 ml (1½ cawan) stok ikan bilis
  • 5 ml (1 sudu teh) minyak sayuran

Cara Memasaknya

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga wangi. Masukkan isi ikan dan tumis selama 5 minit. Asingkan di atas pinggan.
  2. Masukkan satu persatu sayur-sayuran ke dalam kuali; kentang, lobak merah, dan akhir sekali kacang buncis. Tumis selama 3 minit atau sehingga sayur menjadi lembut.
  3. Masukkan stok ikan bilis dan ikan. Rebus selama 10 minit. Masukkan tomato.
  4. Lenyek dan hidangkan bersama nasi lembik.

Resepi ini bukan sahaja kaya dengan khasiat daripada sayuran. jangan lupa, ikan merupakan sumber protein dan kalsium untuk tulang dan ubi pula penuh dengan karbohidrat untuk tenaga.

Secara amnya, hidangan serba lengkap seperti ini sangat penting untuk tumbesaran anak anda. Apa lagi, jom masak untuk si kecil anda!

 

 

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.

*Sumber Gambar dari Buku yang sama

 

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah