9 Tanda Bahaya Kehamilan. Kalau Ada, Cepat Jumpa Doktor

tanda bahaya kehamilan
[rank_math_breadcrumb]

Semasa mengandung, ada banyak perkara yang berlaku kepada tubuh akibat perubahan hormon dan perkembangan bayi dalam kandungan. Namun, adakah ianya normal? Bagaimana mengesan tanda bahaya kehamilan?

Ini antara simptom yang tidak sepatutnya dipandang ringan.

9 Tanda Bahaya Kehamilan. Kalau Ada, Cepat Jumpa Doktor

Berikut adalah simptom dan tanda bahaya kehamilan yang perlu diwaspadai oleh ibu-ibu.

1. Pendarahan Vagina

Pendararahan, sama ada sedikit atau banyak – adalah salah satu perkara yang perlu diambil perhatian. Tidak dinafikan, sedikit pendarahan boleh berlaku kepada wanita semasa berlakunya proses penempelan dalam uterus.

Walaubagaimanapun, terdapat banyak lagi sebab lain yang menjadi punca semasa kehamilan seperti plasenta previa (uri di bawah) dan tanda awal keguguran. Seeloknya, terus berjumpa doktor sebaik saja anda mengalami pendarahan supaya mereka dapat mengesan sebarang masalah yang berlaku – sekiranya ada.

2. Sakit Kepala Yang Teruk

Sakit kepala biasa berlaku semasa mengandung dan biasanya ia berpunca daripada dehidrasi. Maka, minumlah sedikit air ketika ia berlaku. Tapi. sakit kepala yang teruk dan kerap disertai dengan rasa pitam, pusing, dan penglihatan yang kabur perlu dilaporkan kepada doktor.

Ia mungkin merupakan tanda bahaya kehamilan yang berkait rapat dengan masalah kencing manis, darah tinggi, anemia, atau juga penyakit lain serius seperti pre-eklampsia.

3. Kencing Yang Kerap Dan Menyakitkan

Kencing kotor adalah antara masalah kesihatan yang cenderung dialami oleh wanita hamil akibat kondisi tubuh. Sungguhpun pada amnya ia tidak merbahaya dan boleh dirawat dengan mudah melalui antibiotik, tetapi ia perlu ditangani dengan segera.

Sekiranya tanda bahaya kehamilan ini dianggap remeh, jangkitan boleh merebak sehingga menjejaskan organ lain dalam sistem urinari. Yang membimbangkan, ia mampu menjangkiti buah pinggang dan seterusnya menyebabkan kelahiran pramatang.

4. Muntah Berterusan

Morning sickness – muntah, mual, loya biasanya dapat diatasi dengan pelbagai cara. Ia tidak membimbangkan selagi ibu masih mampu menelan sedikit makanan untuk membekalkan tenaga serta keperluan nutirisi harian.

Tanda bahaya kehamilan adalah apabila muntah ini berterusan sehingga anda tidak dapat menyimpan serta menelan sebarang jenis makanan sehingga mengganggu kesihatan diri dan bayi. Jika ia berlaku, doktor akan mempreskripsikan ubat-ubatan untuk membantu anda.

5. Demam Bersuhu Tinggi

Sentiasalah memeriksa suhu anda seandainya anda diserang demam ketika hamil. Suhu yang tinggi melebihi 38 darjah celcius perlu cepat diperiksa oleh doktor. Mereka akan memberi ubat yang sesuai untuk ibu mengandung.

Ini kerana, demam tinggi adalah merbahaya kepada kehamilan, terutamanya kehamilan awal. Malah, ia mungkin juga petanda kepada masalah lain seperti jangkitan, tiroid, dan sebagainya.

6. Bengkak Tangan & Muka, Diikuti Kekejangan

Selalunya bengkak akan berlaku pada bahagian kaki apabila kehamilan menginjak usia 6 bulan ke atas. Hal ini tidak perlu anda risaukan kerana ia berlaku akibat edema.

Walaupun begitu, ia boleh berubah menjadi salah satu tanda bahaya ketika hamil sekiranya terjadi pada bahagian muka atau tangan, lebih-lebih lagi jika disertai tekanan darah tinggi, kekejangan, dan sakit kepala (pusing).

7. Bayi Kurang Gerak

Dalam keadaan normal, gerakan janin sudah boleh dirasakan oleh ibu pada usia kehamilan 4-5 bulan. Dalam bulan-bulan berikutnya, pergerakan janin akan makin sering dirasakan ibu.

Janin yang sihat akan bergerak secara teratur, dan doktor biasanya akan memberi carta untuk anda memantau gerakan ini. Jika gerakan janin berkurang, melemah atau tidak bergerak sama sekali dalam 12 jam, ia perlu lekas dilaporkan kepada doktor.

8. Air Ketuban Pecah Sebelum Waktunya

Berbeza dengan keputihn, air ketuban adalah cecair jernih yang tidak berbau, tidak likat, dan tidak berwarna. Apabila ada air ketuban yang pecah terlebih dahulu, ia boleh menjadi punca kelahiran pramatang.

Jika anda ragu-ragu terhadap sebarang discaj yang keluar semasa hamil, jalani pemeriksaan dengan doktor yang akan menentukan rawatan yang sebaiknya berdasarkan usia kehamilan anda.

9. Sakit Perut Seakan Kontraksi

Rasa sakit atau cramp pada perut, abdomen, dan pelvis juga perlu diwaspadai sebagai salah satu tanda bahaya kehamilan.

Jika hal ini terjadi, kelahiran pramatang mungkin boleh berlaku kerana ia mungkin tanda kontraksi.

tanda bahaya kehamilan
Foto Kredit: newhealthadvisor.com

Segera Dapatkan Nasihat Doktor

Tanda bahaya kehamilan merupakan gejala gangguan pada janin yang perlu ditangani dengan segera kerana ia dapat menyebabkan kelahiran prematang, keguguran, bahkan ada sesetengah kes yang turut membahayakan nyawa ibu hamil.

Oleh itu, ibu hamil perlu sentiasa peka terhadap kesihatan diri masing-masing. Pastikan anda mematuhi setiap temujanji pranatal dan memberitahu doktor sekiranya berlaku sebarang masalah kesihatan yang luarbiasa.

Kongsikan Artikel Ini

One Comment

  1. Assalamualaikum..salam sejahtera,saya nak tanya,saya pernah bersalin secara czer pada 2015 dan 2018..tapi anak saya yang ke 2 baru masuk 1tahun7bulan saya disahkan hamil lagi..adakah boleh berisiko rahim pecah dan berisiko saya di bedah buat kali ke 3,dapat kah saya bersalin secara normal untuk yang kali ke 3..saya jadi risau dan agak stress bila memikirkan masalah ni..

Leave a Reply to Ross eira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah