Cara Solat Dhuha Yang Mudah Berserta Doa & Kelebihannya

[rank_math_breadcrumb]

Setelah mengajar anak anda dengan cara solat yang betul, anda juga boleh mengajar mereka untuk mengerjakan solat sunat dhuha pula.

Ini membolehkan mereka semakin mahir bersolat dan memupuk anak untuk cinta dengan solat.

Selain itu juga, solat sunat dhuha ini antara solat sunat yang mempunya begitu banyak kelebihan dan manfaat dalam kita menempuh kehidupan seharian kita.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan dengan lebih terperinci tentang tatacara solat dhuha yang betul beserta waktu, doa dan hukum hukum yang ada disebaliknya.

Bukan sahaja boleh menjadi rujukan kepada anak kecil, orang dewasa juga boleh belajar dan mengamalkan panduan solat dhuha ini sebaiknya.

Waktu Solat Dhuha Di Malaysia

Tidak kira anda tinggal di mana-mana kawasan di Malaysia ini, samada Kuala Lumpur, Kuantan, Ipoh, Kelantan mahupun Sabah & Sarawak, konsep dan asas waktu untuk mengerjakan solat dhuha ialah sama.

Secara umumnya, waktu dhuha ialah

Bermula dari terbitnya matahari setinggi segalah sehinggalah matahari condong ke barat

Ini pula cara pengiraan waktu solat dhuha berdasarkan formula falak. Mudah untuk anda ikut walau di mana-mana anda berada di muka bumi ini.

Waktu Syuruk (boleh rujuk kalendar di kawasan masing-masing) + 1/3 (Waktu Syuruk-Waktu Subuh) = Waktu Dhuha

Contohnya anda berada di Kuala Lumpur :

Waktu Syuruk = 7.05 pagi

Waktu Subuh = 5.45 pagi

Cara kira :

= 7.05 pagi + 1/3 (7.05 – 5.45 pagi)

= 7.05 pagi + 1/3 (1 jam 20 minit)

= 7.05 pagi + 27minit

= 7.32 pagi

Jadi, waktu dhuha di Kuala Lumpur bermula pada pukul 7.32 pagi.

Manakala waktu akhir solat dhuha ialah kira-kira 9 minit sebelum masuknya waktu solat Zohor. Iaitu ketika matahari tegak di atas kepala.

Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, Nabi Muhammad ﷺ keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda  ﷺ bersabda :

“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

[Baca juga : Doa Untuk Mudah Bersalin]

Cara Mengerjakan Solat Sunat Dhuha Dengan Yang Betul

Hukum mengerjakan solat dhuha ialah sunat muakkadah, iaitu satu amalan sunat yang sangat-sangat dituntut untuk dilakukan bagi orang Islam.

Secara asasnya, solat dhuha sama seperti solat-solat yang lain. Solat dhuha boleh dilakukan dari 2 rakaat sehinggalah 12 rakaat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah R.A., beliau berkata (Shahih Muslim, 1176) :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الضُّحَى أَرْبَعًا ، وَيَزِيدُ مَا شَاءَ اللَّهُ

“Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam shalat Dhuha sebanyak empat (rakaat), kadang beliau menambah mengikut keinginannya.”

1.Niat Solat Dhuha

Niat solat dhuha dalam rumi : Ushollii sunnaatadluhaa rak’ataini mustaqbil alqiblati adaa-a llillaahi ta’aala.”

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.

2. Bacaan Surah Dalam Solat

Dari segi rukun, tertib dan lain-lainya, solat dhuha adalah sama seperti solat wajib. Cuma ada bacaan surah-surag tertentu yang diajurkan ulama’ untuk dibaca semasa solat Dhuha.

i.  Sekiranya mengerjakan Solat sunat Dhuha sebanyak dua rakaat:

Klik pada nama surah diatas untuk melihat ayat/surah dan maksudnya dengan lebih jelas

ii. Sekiranya mengerjakan Solat Sunat Dhuna lebih dari empat rakaat:

Ini hanyalah anjuran para ulama’, anda juga boleh membaca apa-apa surah semasa mengerjakan solat ini kerana tiada surah khusus yang digariskan Rasulullah SAW.

Doa Dhuha – Doa Yang Digalakkan Membacanya Selepas Selesai Solat Sunat Dhuha

Solat ini juga dikatakan solat yang dapat membantu untuk membuka pintu-pintu rezeki dan dimudahkan urusan sepanjang seharian hidup kita sebagai hamba Allah SWT.

Ini antara doa yang digalakkan untuk anda baca usai selesai dari solat sunat dhuha. Baca dan hayati maksud disebalik doa ini.

اللّهُمَّ إِنَّ الضّحَاءَ ضَحَاؤُكَ ، وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ 

اللّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ ، وَإِنْ كَانَ فِي اْلأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ ، وَإِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ ، وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ ، بِحَقِّ ضَحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ ، آتِنِي مَا آتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ 

Bacaan doa dhuha dalam rumi : Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka, walbahaa’a bahaa uka, waljamaala jamaaluka, walquwwata quwatuka, walqudrota qudrotuka wal’ismata ‘ismatuka. Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu, wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu wa’in kaana mu’assiron fayassirhu, wa’in kaana harooman fathohhirhu, wa’inkaana ba’idan faqorribhu, bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita ‘ibaadakassolihiin

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Untuk lebih mudah anda menghafalnya, anda boleh menonton video doa dhuha ini yang dinyanyikan kumpulan nasyid UNIC. Moga-moga ianya tersemat di dalam minda kita.

Kelebihan-Kelebihan Solat Dhuha Berdasarkan Hadith

Sebaik-baik amalan ialah amalan yang dikerjakan secara berterusan dan konsisten setiap hari. Begitu jugalah dengan solat dhuha.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam satu hadis dari Nuwas bin Sam’an, Allah Ta’ala Berfirman:

اِبْنَ آدَمَ ارْكَعْ لِي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ أَكْفِكَ آخِرُهُ​​​​​​​

“Allah berfirman: “Wahai anak Adam, kerjakanlah empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Selain itu, ini antara beberapa kelebihan lain solat dhuha:

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  pernah bersabda:
    مَنْ حَافَظَ عَلَى شُفْعَةِ الضُّحَى غُفِرَ لَهُ ذُنُوبُهُ وِإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ​​​​​​​
    “Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.” 
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

Moga-moga dengan hadis-hadis dari Rasulullah SAW ini membuatkan kita lebih yakin, bersemangat dan termotivasi untuk menjadikan amalan solat sunat dhuha ini satu amalan yang konsisten dalam hidup kita.

Dan bilakah lagi waktu yang terbaik untuk menerapkan amalan pada diri kita ini kalau bukan sewaktu kita masih kecil.

 

Rujukan : Fatwa Irsyad Brunei, Shafiqolbu.wordpress.com, HamparanKasturi.blogspot.com

Kongsikan Artikel Ini

15 Comments

  1. bolehkah solat dhula yang dilakukan empat rakaan dan bacaan surah selepas al fatihah tidak sama dengan yang dicadangkan oleh ulamak..dan bolehkah surah yang kita baca pada solat pertama sama dengan solat yang kedua untuk empat rokaan

  2. Assalamualaikum.. Terima kasih di atas ilmu yg di kongsikan. Sangat jelas dan mudah difahami. Semoga dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Alhamdulillah

Leave a Reply to nurCAHAYA Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah