7 Risiko Dan Komplikasi Kehamilan Kembar Yang Boleh terjadi Kepada Bayi Dan Ibu - Zuriat

7 Risiko Dan Komplikasi Kehamilan Kembar Yang Boleh terjadi Kepada Bayi Dan Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

“Jantung Danish Haikal belum dapat berdenyut sendiri, mama. Danish Haikal pun belum boleh bernafas lagi. Pernafasan kami tersekat-sekat. Kenapa ada banyak wayar-wayar pada badan kami mama?”

“Kami belum bersedia untuk dunia mama. Tolong kami, mama. Tolong kami…”

Ariana hanya mampu memandang Danish Haikal dan Danish Hakim samar-samar dari luar inkubator. Sejak dilahirkan lebih sebulan lalu, Ariana masih belum dapat menyentuh mereka. Hingga saat ini, Ariana hanya dapat berdoa agar kedua-dua anak kembarnya dapat bertahan untuk terus hidup.

Air mata Ariana mengalir membasahi pipi seraya menadah tangan ke hadrat ilahi.

Jauh dibenak pemikirannya, Ariana menyalahkan dirinya atas semua yang berlaku. Dia masih bernasih baik mempunyai taulan bergelar Lara yang tak putus-putus basah bibirnya memberi kata-kata perangsang pada Ariana.

Ariana pasrah, menyerahkan segala-galanya pada yang Esa.


Sketsa ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia.

Walaupun begitu, ianya bukan sesuatu yang asing bagi kehamilan kembar.

Risiko dan komplikasi kepada bayi dan ibu yang hamil kembar lebih tinggi berbanding kehamilan tunggal.

1) Masalah-masalah ringan yang berkaitan dengan awal mengandung seperti morning sickness, pedih ulu hati, kaki bengkak, urat timbul, sakit belakang – menjadi lebih biasa pada kehamilan kembar. Gejala-gejala ini akan berkurangan secara natural selepas bayi dilahirkan.

2) Anemia (kekurangan sel darah merah) – disebabkan oleh kekurangan zat besi disebabkan tumbesaran bayi-bayi kembar menggunakan banyak zat besi

3) Pre-eclampsia – keadaan dimana tekanan darah ibu meningkat dan terdapat protein dalam air kencing

4) Peluang tinggi untuk berdarah lebih dari biasa (tumpah darah) lepas bersalin akibat rahim tidak mengecut

5) Kemungkinan besar kelahiran adalah secara caesarean atau kelahiran dibantu (forceps atau vacuum) untuk melahirkan bayi-bayi

6) Kelahiran mungkin adalah pramatang – 60 dalam 100 kehamilan kembar 2 lahir sebelum 37 minggu. 75 dalam 100 kembar 3 lahir sebelum 35 minggu. Dalam perbandingan dengan wanita yang hanya ada 1 bayi , 10 dalam 100 yang lahir pramatang sebelum 37 minggu.

Bayi yang lahir pramatang ini, mempunyai risiko berkaitan dengan masalah pernafasan, permakanan dan jangkitan kuman. Lagi awal bayi dilahirkan, lagi kerap masalah ini berlaku. Bayi mungkin kena dimasukkan dalam wad ICU bayi, ibu digalakkan untuk menyusu badan walaupun bayi berada di wad ICU

7) Kehamilan kembar mempunyai risiko uri tidak berfungsi dengan bagus dan memberikan kesan kepada tumbesaran bayi

Twin-to-twin Transfusion syndrome (TTTS)

Kembar yang berkongsi uri (monochorionic pregnancies) turut berkongsi peredaran darah yang sama. 15 dalam 100 kembar yang berkongsi uri ini, peredaran darahnya mungkin menjadi tidak seimbang, keadaan ini dinamakan twin-to-twin transfusion syndrome (TTTS) .

Salah satu bayi menjadi ‘penderma’ – menerima bekalan darah yang terlalu sikit, dan mempunyai tekanan darah yang rendah, manakala bayi yang satu lagi menjadi ‘penerima’ yang menerima banyak darah, dan mempunyai tekanan darah yang tinggi. Ibu yang mempunyai kehamilan kembar seperti ini akan dipantau dengan teliti dengan pemeriksaan scan yang kerap untuk mengenalpasti tanda-tanda TTTS ini.

Kadangkala TTTS ini adalah jenis ringan dan tidak memerlukan sebarang rawatan, ataupun ianya menjadi sangat serius, dimana ibu akan dirujuk ke hospital yang mempunyai kepakaran Fetomaternal untuk rawatan selanjutnya.

Bukan menolak rezeki ataupun menidakkan takdir mahupun Qada Qadar, cuma bila diberikan pilihan berdoa lah untuk dapat kehamilan yang baik-baik sahaja dan jangan cepat merungut atau kecewa jika tidak mengandung kembar.

Perkongsian asal dari Facebook:

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top