Perokok Tak Boleh Pegang baby? Bagaimana Pula Dengan Vape? - Zuriat

Perokok Tak Boleh Pegang baby? Bagaimana Pula Dengan Vape?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Selalu kalau pesakit paediatrik yang masuk sebab bronchopenumonia, URTI dan asthma atau apa-apa sakit saluran pernafasan, sebelum aku discaj mereka keluar wad, aku akan tanya parents:

“kat rumah ada orang merokok tak?”
“Kat rumah ada kucing/anjing?”
“Kat rumah ada karpet berbulu?”

Dan sebagainya.

Pernah je aku nasihat seorang bapa ni, dia memang perokok tegar. Anak dia memang selalu masuk wad. Pernah juga aku nasihat ayah dia pasal berhenti merokok ni. Dari dulu jawapannya “ha ye lah ye lah ” tapi sampai ke sudah sama je.

Aku tahu, nak berhenti merokok ni memang susah. Aku tak pernah merokok so i don’t know how addicting the cigarette is. So nasihat aku kepada ayah-ayah yang merokok, yang ada anak kecil kalau nak merokok juga,

Kalau nak merokok, merokok lah luar rumah. Merokok jauh-jauh dari baby.

SEBAB:
Asap ni dia naik ke udara, macam bentuk gas , jadi kita tak tahu racun rokok tu dah merebak ke mana. Memanglah kau tak hembus asap tu direct depan muka baby tapi kalau kau duduk jauh pun, asap rokok tu mungkin boleh terbang melayang ke hidung anak kau.

Memang la kau tak nampak asap tu sebab dia dah jadi senipis nipisnya sampai tak nampak di udara, tapi hidung baby yang sensitif tu tetap dapat tangkap.

CONTOH: 
Kau pernah tak terhidu bau kentut orang padahal orang tu duduk jauh sikit je dari kau? Waktu kau hidu kentut orang tu, ada kau nampak asap kaler biru ke merah ke? Takde kan? So asap rokok tu kau tak nampak dia dah pergi mana actually.

Sesudah merokok, jangan terus pegang baby atau budak. Tapi pergi lah mandi , cuci tangan, sabun bersih-bersih dan tukar pakaian dulu.

SEBAB:
Baby ni dia obligate nose breather. Maksudnya, dia tak pandai nak bernafas guna mulut, memang hidung dia sensitif kaw-kaw. Kau mungkin tak dapat hidu bau tu tapi kanak-kanak boleh.

*alaa kau kan percaya budak-budak ni mata sensitif bole nampak hantu, so hidung budak sensitif jugak. Lol

Bila dah habis hisap rokok, bau-bau racun asap rokok tu still melekat kat baju dan kulit kau. Asap rokok tu jugak melekat kat mulut dan gigi kau, jadi pergi lah gosok gigi juga dan kumur guna listerine.

Bila baby atau kanak-kanak terhidu, paru-paru dia akan beri tindak balas “oh ni benda bahaya ni, kena tutup saluran jangan bagi racun masuk”.

So, saluran pernafasan bayi pun sempit sebab dia tak nak bagi racun masuk. Tidak balas ni dipanggil bronchospasm. Masalahnya, bukan racun je tak dapat masuk, oksigen pun tak dapat masuk skali. So , jadi la sesak nafas, baby/budak nafas laju, nafas bunyi-bunyi, dada berombak turun naik.

Macam orang yang kita benci la. Kalau kita tak nak bagi dia datang beraya rumah, kita pun tutup pintu rumah tak nak bagi dia masuk. Tapi kita bukan halang orang kita benci je, saudara mara pun tak dapat nak masuk sekali.

CONTOH:
Betul ke asap tu melekat kat baju dan kulit? Kau pernah tak pergi bakar sampah sarap, bila dah habis bakar, kau cium baju kau bau hangit? Ha. sama juga dengan bakar rokok. Beza dia kau bakar sampah kuantiti dia banyak, sebab tu bau hangit kat baju kau kuat.

Kau bakar rokok saiz dia kecik, so mungkin kau tak dapat hidu tengik kat baju dan badan kau sendiri tapi orang lain boleh. Especially bebudak sebab hidung diorang sensitif. So gosoklah gigi sebelum cium baby sebab kat gigi kau tu still melekat racun racun rokok.

So itu la pesan saya kepada bapa yang merokok di rumah.

  1. Kalau nak merokok, merokok jauh dari budak.
  2. Sebelum pegang budak, pergi mandi bersih-bersih , gosok gigi, kumur betul betul dan tukar pakaian.

Ada orang tanya, “rokok je ke doktor? Kalau vape atau e-cigarette?

Perokok Tak Boleh Pegang baby? Bagaimana Pula Dengan Vape? 1

Bang, paru-paru baby kau tak kenal tu rokok ke tu vape perisa vanilla ke strawberry ke, yang dia tau kandungan dalam tu bahaya so dia sempitkan saluran pernafasan. Kan aku cakap tadi, oksigen pun susah nak masuk kalau saluran dah sempit,

So kau expect bau haruman strawberry kat vape tu boleh masuk dengan jayanya?
So my answer is yes, vape and e-cigar also not good for your kids.

Jadi itu lah sebabnya kenapa doktor selalu tanya ada orang merokok ke tak kat rumah, bukan sengaja nak cari gaduh dengan bapak budak. Sebab doktor lebih sayang budak tu dari bapak dia sendiri.

So, ade la hikmah kerajaan haramkan rokok. Bukannya kau reply

“kenapa saman kalau orang merokok? bukan saman orang yang minum arak?

Siap ada yang perli menteri kesihatan

” rokok lagi bahaya ke dari arak? kite tanya jer hik hik”

Kau nak bajet alim tapi kau tunggang agama laju-laju nak pergi mana bhai? For me personally both arak and rokok is equally bahaya .

Arak boleh beri penyakit hati (liver problem) kepada si peminum, dan boleh affect orang lain kalau dia mabuk dan buat benda bukan bukan kat orang lain, memandu dalam keadaan bahaya sehingga langgar orang misalnya.

While rokok boleh beri penyakit paru-paru mainly kepada si penghisap, dan juga boleh menyebabkan orang sekeliling sesak nafas. Sama je, bahaya to both diri sendiri dan orang lain jugak.
So, stop lah melenting bila orang cakap pasal rokok, kau cakap pasal arak.

Orang maybe kata, ala aku hisap rokok tapi anak aku ok je? Itu nama dia “masih belum kena dan bernasib baik”

Akhir kata dari aku, aku tau nak berhenti merokok ni bukan senang. Kalau tak mampu, at least buat lah dua perkara di atas.

P/s : Nak seribu daya, tak nak sudah. Apa hak doktor nak suruh bapak berhenti merokok? Bapak-bapak ni kenal rokok terlebih dulu, kemudian baru la anak dia lahir. Jangka masa dia mengenal rokok tu lebih lama dari umur anak dia sendiri okay.

Perkongsian asal dari Facebook:

Dr, Khairi Malik

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top