25 Perkataan Yang Sepatutnya Boleh Diucapkan Oleh Anak 2 Tahun

[rank_math_breadcrumb]

Kajian oleh saintis melalui akhbar Daily Mail merungkaikan perkembangan anak 2 tahun antaranya adalah kebolehan untuk mengucapkan sekurang-kurangnya 25 patah perkataan yang selalu digunakan dalam perbualan harian.

Walaupun kebanyakan anak berumur 2 tahun sudah boleh menggunakan lebih daripada 50 perkataan, terdapat segelintir yang kurang bercakap dan agak sukar menuturkan perkataan.

Berikut adalah 25 perkataan yang sepatutnya boleh disebut atau digunakan oleh anak yang berumur 2 tahun:

  • Mama
  • Papa
  • Baby
  • Susu
  • Air / jus
  • Hello
  • Bye-bye
  • Ya
  • Tidak
  • Anjing
  • Kucing
  • Bola
  • Hidung
  • Mata
  • Pisang
  • Biskut
  • Kereta
  • Panas
  • Terima kasih
  • Mandi
  • Kasut
  • Topi
  • Buku
  • Nak lagi
  • Dah habis

Perlu diingat, bahawa kajian ini dilakukan di luar negara (Pennsylvania, Amerika Syarikat) di mana budaya mereka mungkin berbeza. Jadi, mungkin terdapat sedikit perbezaan dari segi bahasa atau penggunaan perkataan. Namun, kebanyakan daripada perkataan ini adalah bersifat umum. Jika anak 2 tahun anda mampu menggunakan kebanyakan perkataan di atas, perkembangan mereka dianggap normal.

Kesan Anak Lambat Bercakap

Ada banyak sebab seorang anak kecil lambat bercakap. Antaranya mungkin disebabkan oleh masalah pendengaran, isu pertuturan atau ‘speech delay’, serta turut dikaitkan dengan autisme atau disleksia. Oleh itu, sekiranya mereka tidak pernah menggunakan salah satu daripada perkataan ini, atau menuturkan kurang daripada 25 perkataan, mungkin anda boleh membawa mereka berjumpa dengan pakar kanak-kanak.

Walau apa pun, anak anda juga mungkin tidak mengalami sebarang masalah dan hanya perlu diajak berbual dan bercakap dengan lebih kerap. Menurut Profesor Leslie Rescorla yang mengetuai kajian tersebut, “Sekiranya lambat bercakap tetapi perkembangan anak 2 tahun yang lainnya kelihatan baik, ibu bapa tak perlu panik.” Ini kerana, sebahagian besar anak lambat bercakap adalah ‘late bloomers’ dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

perkembangan anak 2 tahun
Foto Kredit: avaz.ba

Galakkan Anak Berkomunikasi

Pelbagaikan aktiviti lain termasuklah membaca buku, bermain, dan membuat aktiviti yang mereka gemari untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam berkomunikasi.

Jadi, ibu bapa mesti ‘alert’ dengan perkembangan anak 2 tahun. Lebih awal masalah ini dikesan, lebih efektif cara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah