Bahaya Pakai Stoking Semasa Berpantang? - Zuriat

Bahaya Pakai Stoking Semasa Berpantang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

“Pantang kan? stoking mana? Manaa?”

“Ni tak pakai stoking, badan masuk angin kang bentan! Meroyan!”

Biasakan dengar dialog mak-mak kita menegur ibu ibu dalam berpantang untuk memakai stoking setiap masa dan ketika sepanjang tempoh berpantang. Katanya, angin boleh masuk ke dalam badan melalui kaki yang tak berstoking.

Betul ke?

Emmm, nak berstoking tu takda masalahnya. Tapi kena jaga-jaga stoking ni kadang2 licin tak pasal-pasal jatuh tersembam, satu hal pulak lagi.
Sekadar nak pakai stoking masa tidur untuk elakkan kedinginan malam, saya rasa bukan satu masalah besar.

‘Angin’ masuk melalui kaki orang berpantang tak pakai stoking tu saya rasa agak keterlaluan dan tiada kajian santifik yang menyokong kenyataan tersebut.

Bahaya Pakai Stoking Semasa Berpantang? 1
Compression stoking

Ni saya bagitahu, kalau nak berstoking skalipun, guna Ted stokin atau compression stoking lagi elok dari stoking biasa. Ted stoking ni agak ketat dan betul2 mengikut bentuk kaki – cover tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha. Dengan stoking yang ketat ini pengaliran darah pada kaki dikekalkan lancar sekaligus membantu mencegah pembentukkan darah beku pada kaki.

Baca betul-betul, saya cakap pakai ted stoking ni untuk cegah darah beku pada kaki bukan cegah angin dari masuk ke dalam badan. Stoking biasa yang dipakai kebanyakkan ibu tu tak cegah darah beku dari terbentuk pun, nak elakkan sejuk saja boleh la pakai. Kalau rasa menyusahkan nak pakai stokin biasa tu toksah la pakai. Ok saja 👍

Bahaya Pakai Stoking Semasa Berpantang? 2
Ted stoking

Ted Stoking ni pun licin, maka hati-hati bila berjalan. Jangan jatuh mcm nangka busuk dah 😆

Perkongsian asal dari Facebook:

Dr. Muhammad Izzat bin Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top