Jangan Menjerit Ketika Memberi Arahan Kepada Anak. AMalkan Konsep Ini Supaya Anak Lebih Mudah Ikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Saya suka dengan satu konsep yang saya baca dalam sebuah buku parenting. Konsepnya adalah kaki dulu baru mulut.

Ha, mesti anda tertanya tanya kan. Konsep apa ni.

Sebenarnya, dalam menguruskan anak anak kita ni suka sangat menggunakan mulut kita sebagai senjata untuk memberi arahan kepada anak anak.

Tetapi masalahnya bila kita guna mulut kita sahaja kita akan cenderung untuk untuk menjerit, menjerkah dan berteriak saat bercakap dengan anak anak.

Katakan kita suruh anak pergi solat.

“Abang, pergi solat. Dah lewat ni, asyik je dengan televison tu”

Anak yang dengar tu sekadar berkata

“Kejap la buuuu….”

“Abang, pergi solat!!”

“Kejap la bu……”

Akhirnya….

Anda membebel tanpa henti dan kemarahan anda pun meluap luap.

Tapi, anak anda masih tidak berganjak. Paling tidak pun dia lari masuk bilik sebab bosan kena bebel kan.

Jadi, sebab itulah pentingnya konsep kaki dulu baru mulut tau.

Maksudnya, sebelum kita nak tegur atau suruh apa apa kita pergi dekat dengan anak.

Dari menjerit dan jerkah anak anak, lebih baik anda pergi dekat dengan anak dan barulah anda beritahu apa yang dia perlu lakukan.

Kalau anak tengah main , selesaikan permainan dia dahulu. Kemas apa yang patut.

Kalau anak tengah tengok tv, tutup dahulu television dan barulah anda beritahu apa yang perlu dia lakukan.

Kalau bab solat, pergi dekat anak untuk ajak mereka solat bersama sama.

Gerakkan kaki anda dulu ya.
Kaki yang bergerak dekat dengan anak anak itu akan membantu setiap mesej di terima dengan lebih baik.

Itu juga jadi contoh kepada anak anak tau.

Bayangkan kalau kita terbiasa menjerit kepada anak anak bila nak suruh sesuatu, mereka juga akan terbiasa bercakap begitu dengan anda.

Bayangkan akan menjerit minta nasi

“Ibu!!!!!! Nak nasii, lapar!”

Sedap tak dengar anak cakap begitu?

Tak kan?…

Jadi, bila mahu bercakap dengan anak anak,anda pergi dulu dekat mereka insyaAllah mereka juga akan amalkan begitu.

Perkongsian asal di Facebook dari:

Puan Farhan

p/s: Boleh juga join group telegram Puan Farhan. Banyak info-info berguna tau yang boleh kita baca dan amalkan. Klik je link di bawah okey!

https://t.me/notaparentingpuanfarhan

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top