13 Tips Dan Cara Terbaik Tidurkan Bayi Dengan Lebih Lena

[rank_math_breadcrumb]

Bayi anda sering terjaga malam? Pasti anda merasa sedikit ‘pressure’ terutamanya mereka yang baru pertama kali bergelar ‘papa’ dan ‘mama’. Timbul persoalan “Anak saya ni tidur lena ke sepanjang malam?”  .

Jangan risau! Anda tidak keseorangan. Mari lihat sedikit kajian dari Universiti Bristol.

Kajian di Universiti Bristol menunjukkan statistik hanya 16% bayi berumur 6 bulan yang tidur lena sepanjang malam. Manakala lebih separuh akan kerap terjaga malam, 9% lagi tidak tidur terus dan 17% yang tinggal akan terjaga lebih dari sekali untuk setiap malam.

KENAPA BAYI KERAP TERJAGA SEMASA TIDUR?

Untuk pengetahuan anda, bayi perlu bangun dan minum susu ibu dengan secukupnya pada siang hari. Anak-anak kecil ini mempunyai kitaran tidur yang singkat, di mana mereka akan kerap terjaga terutamanya bayi yang lebih muda usianya.

Professor James McKenna dari Universiti Notre Dame, Indiana, mengatakan kekerapan bayi terjaga adalah penting kerana ia bertindak sebagai SIDS (Sudden Infant Death Syndrome). Sindrom kematian bayi secara mengejut ini perlu dielakkan dan antara sebab bayi kerap bangun dari tidur ialah apabila mengalami sesak nafas atau keadaan terlalu sejuk atau panas.

Jadi pastikan bayi anda tidur dengan bijak.

Tidur yang bijak ialah tidur dalam keadaan aktif separuh dari kitaran tidurnya. Tidur dalam keadaan aktif ini bererti, bayi anda akan terjaga selalu dan tidur semula.

 

INI 13 PETUA ANDA BOLEH AMALKAN UNTUK BANTU BAYI ANDA TIDUR

Bagi mengatasi masalah anak kerap terjaga malam ini, anda perlu bijak dalam menanganinya. Susun beberapa strategi dari sudut psikologi dan habit tidur bayi anda. Jangan risau! Kami ada sediakan beberapa tips untuk bantu bayi anda tidur.

 

Tips 1 : Perhatikan Tanda-tanda Bayi Anda Hendak Tidur

Kenapa ianya penting untuk anda faham dan ‘alert’ apabila bayi anda hendak tidur? Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dan terawal dalam memastikan tidur yang lena sepanjang malam.

Anda mesti pernah mengalami situasi dimana bayi anda terjaga apabila dia baru sahaja hendak tidur. Akibatnya, bayi anda akan merengek dan tidak tidur dengan baik selepas itu. Tambahan lagi, anda pun tidak dapat tidur!

 

Tips 2 : Latih Bayi Anda Dengan Rutin Sebelum Tidur

Antara rutin yang boleh dilatih untuk bayi adalah mandi dengan air suam sebelum tidur. Mandian ini dapat merehatkan bayi serta dapat membantu bayi anda tidur dengan lebih lena dan selesa. Bedungkan bayi anda selepas mandi. Bedung dengan selesa ya. Jangan terlalu ketat sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepadanya.

 

Tips 3 : Amalkan Sentuhan Magis

Apa yang ‘magic’ tu? Percaya atau tidak, bayi pun perlukan urutan badan sebelum tidur. Kajian dari Universiti Miami melaporkan, bayi dan kanak-kanak yang diurut sebelum tidur selama 15 minit mampu untuk tidur lena tanpa terjaga.

amalkan sentuhan magis kepada bayi
Foto Kredit: Pixabay

Tips 4 : Mainkan Bunyi-bunyian Yang Menenangkan

Lagu-lagu tradisi yang menenangkan dapat mengimbaukan kembali bayi anda ketika di dalam rahim anda. Degupan jantung dan darah yang mengalir di dalam badan anda membuatkan bayi anda sudah biasa dengan bunyi-bunyian. Bagi muslim, alunan zikrullah dan ayat suci al-quran sudah tentu menjadi pilihan utama buat para ibu dan bapa.

 

Tips 5 : Buaikan Bayi Anda

Pergerakan buaian atau kerusi tidur bayi boleh membuatkan bayi anda terbuai-buai sehingga tertidur lena. Sebab itu kita selalu lihat bayi diletakkan di dalam buaian jika hendak tidur. Ayunan buaian dapat meredakan keadaan bayi dan tidak lama selepas itu bayi anda telah lena dibuai mimpi.

[ Baca : 6 Tips Mudah Menjaga Bayi Baru Lahir]

Tips 6 : Elakkan Pengambilan Kafein Bagi Ibu

Kafein bukan sahaja perlu dielak ketika hamil, juga semasa anda menyusukan bayi, anda juga perlu buang senarai minuman berkafein di dalam kepala. Minuman yang mengandungi kafein terdiri dari teh, kopi dan minuman bikarbonat (minuman bergas).

Bayi akan terkesan jika minum susu ibu yang mengandungi kafein. Lebih mengerikan, badan bayi mengambil masa sehingga 97 jam untuk hilangkan kesan kafein dari tubuhnya menyebabkan bayi lebih susah untuk tidur

petua tidurkan bayi dengan elakkan diri minum kaffein
Foto Kredit: Pixabay

Tips 7 : Makan Waktu Siang

Kekerapan makan di waktu siang mampu membantu tidur yang lena di malam hari. Bayi mempunyai saiz perut yang kecil dan perlu makan dengan kerap. Beri makan atau susukan bayi di waktu siang dengan kerap supaya masa dia tidur waktu siang tidak begitu lama.

Jika bayi anda tidur lebih dari empat jam, anda boleh buka bedungnya dan kejutkan dia dengan lembut. Rutin menyelang-selikan tidur dan makan dapat mengurangkan sedikit sebanyak masalah kerap terjaga malam.

 

Tips 8 : Tambah Makanan Bayi Anda Sebelum Tidur

Tambah lagi? Iya. Tidak kira bila kali terakhir anda memberi susu dan makanan kepada anak anda, cuba untuk berikan susu terakhir sebelum anda tidur. Ini membantu bayi dari terjaga kelaparan di waktu malam.

 

Tips 9: Ajarkan Bayi Anda Perbezaan Siang Dan Malam

Pada waktu malam, pastikan lampu sedikit malap berbanding kecerahan di waktu siang. Selain itu, suasana malam sepatutnya lebih sunyi berbanding waktu siang. Kebiasaan ini dapat membantu bayi anda tidur lena dan lebih lama di waktu malam. Serta tidur lebih singkat di waktu siang.

 

Tips 10: Jangan Kacau Bayi Anda

Elakkan mengganggu bayi dengan menukar lampinnya ketika dia sedang menyusu. Waktu seperti ini akan membuatkan bayi tidak selesa dan merengek. Tunggu sehingga anak anda betul-betul lena, baru tukar lampinnya.

 

Tips 11: Biarkan Bayi Anda Tidur Semasa Menyusu

Menyusu badan merupakan perkara yang paling berharga buat si ibu dan anak. Kebiaasaannya, bayi mudah tertidur apabila menghisap susu ibunya. Hal ini kerana, hormon-hormon akan terhasil dan menimbulkan keselesaan buat bayi dan ibu.

 

Tips 12: Tidur Sekali Dengan Bayi

Kajian menunjukkan bahawa, bayi dan ibu yang mempunyai kitaran tidur yang sama boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

cara tidurkan bayi tanpa buaian dengan tidur bersama mereka
Foto Kredit: Freepik

Tips 13: Bau-bauan ibu

Maksudnya, gantikan tempat si ibu dengan baju atau apa sahaja yang boleh membuatkan bayi anda merasakan anda berada disisinya. Ketika di awal kelahiran, deria bau antara deria yang sangat tajam bagi bayi.

 

Sumber Artikel: BellyBelly

Kongsikan Artikel Ini

2 Comments

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah