Cara Mudah Kira Waktu Subur Selepas Haid. Biar Cepat Hamil!

kira waktu subur selepas haid
[rank_math_breadcrumb]

“Dah setahun mencuba, masih belum ada rezeki nak timang ‘baby’. Mungkin kena ikut cara yang doktor cakap, kira waktu subur selepas haid betul-betul. Mudah-mudahan kali ni berhasil.”

Bagi pasangan yang ternanti-nanti kehadiran cahaya mata, penting untuk anda tahu cara kira waktu subur selepas haid dengan tepat. Ini dapat meningkatkan peluang anda untuk hamil. Tapi, bagaimanakah cara yang sebenar untuk membuat kiraan tersebut? Dan bagaimana pula kalau seseorang tidak tetap haidnya?

Apakah Waktu Subur Dan Proses Ovulasi?

Waktu subur merujuk kepada proses ovulasi yang berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid seseorang wanita.

Setiap bulan, terdapat 15-20 telur matang dalam ovari wanita dan telur yang paling matang akan dilepaskan ke dalam tiub falopio yang menyambungkan ovari ke rahim. Apabila hubungan intim berlaku pada saat ini, sperma akan mempunyai peluang yang tinggi untuk disenyawakan di dalam rahim wanita.

Oleh kerana sperma boleh hidup sekitar tujuh hari, anda boleh menjadualkan hubungan intim bersama pasangan untuk cepat hamil selama waktu subur ini berlangsung.

Foto Kredit: essentialbaby.com

Cara Kira Waktu Subur Selepas Haid Dengan Tepat

Menurut BabyCenter, pasangan yang subur dan normal memiliki peluang sebanyak 20-30% kebarangkalian hamil dalam setiap kitaran. Oleh itu, penting untuk anda mengetahu cara kira waktu subur selepas haid dengan tepat.

Berikut adalah cara kira waktu subur selepas haid dengan tepat dan mudah.

Terdapat 2 perkara yang perlu anda tahu:

  • Ketahui kitaran terpendek anda. Contoh: 27 hari. Kurangkan jumlah angka ini dengan 18. Hasilnya: 9. Nombor ini mewakili hari pertama anda berada pada waktu subur.
  • Ketahui kitaran terpanjang anda. Contoh: 30 hari. Kurangkan jumlah angka ini dengan 11. Hasilnya: 19. Nombor ini mewakili hari terakhir anda dalam waktu subur.

Dengan demikian, jika tempoh kitaran haid anda adalah sekitar 27 – 30 hari, maka anda akan paling subur pada hari ke-9 hingga 19.

Selain menggunakan kaedah kiraan ini, anda boleh menggunakan kalkulator ovulasi secara online contohnya di sini.

Malah, terdapat juga aplikasi telefon bimbit yang dapat membantu cara kira waktu haid dengan tepat di samping mengingatkan anda tentangnya.

[cp_popup display=”inline” style_id=”28366″ step_id = 1][/cp_popup]

Foto Kredit: fertility-concepts.nycivf.org

Bagaimana Kalau Kitaran Haid Tidak Tetap?

Terdapat beberapa tanda fizikal yang boleh membantu anda menentukan waktu subur selain daripada menghitungnya.

Antara tanda subur seorang wanita termasuklah:

  • Peningkatan suhu basal tubuh
  • Lendiran pada bibir rahim
  • Rasa nyeri pada bahagian perut
  • Perasaan ghairah (libido)
  • Peningkatan deria bau (lebih berselera atau sebaliknya)

Antara tanda yang paling tepat adalah peningkatan suhu basal tubuh. Oleh itu, cubalah mencatatkan suhu badan anda menggunakan termometer basal (yang sensitif) kerana akan berlaku kenaikan suhu setiap kali bangun tidur.

kira waktu subur selepas haid
Foto Kredit: verywell.com

Teruskan Mencuba!

Menurut sumber, kira-kira 80% wanita di bawah umur 40 tahun yang melakukan hubungan intim secara teratur tanpa menggunakan pencegah kehamilan akan hamil dalam tempoh satu tahun. Manakala, lebih daripada 90% pasangan akan berjaya hamil dalam tempoh dua tahun.

Oleh itu, teruskan mencuba dan jangan cepat berputus asa. Di samping itu, perbanyakkan doa dan kekalkan ‘mood’ positif. Jika anda telah mencuba selama lebih 2 tahun, anda boleh cuba mendapatkan nasihat doktor atau pakar yang akan membantu mencari penyelesaiannya.

[cp_popup display=”inline” style_id=”28366″ step_id = 1][/cp_popup]

 

Kongsikan Artikel Ini

7 Comments

Leave a Reply to Hasni izzatie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah