Bolehkah Susu Kambing Fresh Diberi Minum Kepada Bayi? Betul Ke Ia Sunnah? - Zuriat

Bolehkah Susu Kambing Fresh Diberi Minum Kepada Bayi? Betul Ke Ia Sunnah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Banyak kali saya ditanya tentang susu kambing untuk bayi. 

Usually saya jawab “no comment”. Sebab banyak sangat mitos berlegar di halaman FB mahupun di rumah abang Google.

Kali ni nak sentuh pasal susu kambing FRESH

Yes, ada yang beri susu kambing FRESH kepada bayi bawah setahun

Kajian dan kes yang dilaporkan di dalam jurnal perubatan menunjukkan praktis ini membahayakan nyawa bayi.

Susu kambing fresh mengandungi kandungan garam Natrium (Sodium) yang tinggi (3x ganda susu ibu). Kandungan garam yang tinggi ni boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, darah jadi berasid (metabolic acidosis) dan juga sawan.

Kandungan folate (salah satu bahan untuk membuat sel darah merah) juga sangat rendah. So bayi berisiko tinggi untuk mendapat megaloblastic anaemia (kurang sel darah merah).

Susu kambing yang tak diproses juga mendedahkan bayi kepada risiko jangkitan kuman seperti Toxoplasmosis dan brucellosis.

Oh, ada yang counter claim
Minum susu kambing fresh ni, sunnah Nabi.

Meh aku nak bagi kau faham sikit. Aku dah tanya ustaz-ustaz yang mengaji hadis, ada tak hadis yang menceritakan Nabi minum susu kambing masa kecik, atau ada tak hadis yg menunjukkan Nabi bagi anak dia, atau anak2 sahabat yang masih bayi, minum susu kambing.
TIADA. Nil. Zilch. Nada. Yillek.

Kalau kau ingat lagi sejarah yang orang baca masa Maulud Nabi, masa kecil, Nabi diletakkan bersama keluarga Halimah dari Bani Sa’ad. (Halimatussaadiah). Baginda diberikan SUSU IBU. Bukan susu kambing!

So, sunnah yang sebenarnya ialah Susu Ibu. Jangan dok putar alam pulak neh.

Kalau susu formula yang diperbuat daripada susu kambing, ini consider grey area.
Kenapa? Trend susu kambing ni masih baru. So formula berasaskan susu kambing juga masih baru di pasaran. Tak banyak kajian dibuat menggunakan susu ini.

Cuma, antara ‘claim‘ oleh org yang promote susu ni ialah

  1. Susu kambing kurang allergic berbanding susu lembu.
  2. Susu kambing lebih mudah hadam dan lebih mirip dengan susu ibu.

Kajian menunjukkan bayi yg allergic dengan susu lembu juga, akan mendapat reaksi yg sama dengan susu kambing, malah maybe lebih teruk. 

Dan, takde kajian yg menyokong bahawa susu kambing lebih mudah hadam atau mirip susu ibu. Yang pasti, kandungan protein dalam susu kambing lebih tinggi, so risiko allergy lebih tinggi, dan sangat berbeza dengan susu ibu.

Whatever it is, susu ibu adalah yg terbaik untuk bayi.

Boleh komen kalau ada fakta saya yg salah. Terima kasih kerana membaca bebelan saya malam ni.

Dr Saleh yg.. 
Apa Sa? 
Saleh. Doktor mesra budak!

Perkongsian asal dari Facebook:

Dr. Salehudin Sulaiman

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top